Tips Mula Jadikan Bisnes Anda Ada Value

Tips Mula Jadikan Bisnes Anda Ada Value

Kepentingan value dalam bisnes

Value atau nilai sangat penting dalam sesebuah bisnes untuk mempunyai asas yang kuat dan boleh pergi jauh lagi. Value dapat memberikan hala tuju yang jelas kepada team dan bisnes.

Mengikut penulis buku mengenai pengurusan bisnes khususnya pengurusan team, Patrick M. Lencioni, value dapat membezakan bisnes anda dengan pesaing lain. Perbezaan tersebut dengan identiti yang jelas bagi kakitangan anda ikuti dan amalkan dalam kerja dijalankan.

“Melalui value yang kuat, bila ia diamalkan memerlukan kesungguhan dan komitmen sebenar,” katanya.

Para pekerja mahu mempercayai bahawa mereka berada dalam satu tujuan yang besar dan bekerja bersama mereka yang mempunyai value berkenaan.

Bagaimanapun, syarikat yang terbaik membolehkan kakitangan mereka menyokong value disamping boleh buat keputusan tanpa melanggar tujuan atau misi syarikat.

Bagi membuat value yang kuat dan mengamalkannya adalah tidak mudah sama sekali. Apatah lagi dalam syarikat dengan kakitangan yang ramai.

Syarikat yang mahu memastikan value itu dapat diikuti dan diamalkan oleh pekerja-pekerja melalui langkah-langkah ini iaitu dengan kenal pasti jenis value anda, tulen, proses memupuk value dan diguna pakai dalam operasi dalam bisnes anda.

Mungkin untuk mengamalkannya value ini dalam bisnes tidak mudah namun ia boleh dilakukan hingga memberikan manfaat kepada anda dan team.

Bagaimanapun, jika value yang dibuat tidak diamalkan, ia boleh membawa masalah kepada anda. Ia boleh mempengaruhi visi dan mesej anda kepada orang lain. Soal kepercayaan dan pengaruh anda boleh dipersoalkan.

Apa itu core value?

Core value merupakan prinsip dan kepercayaan yang menunjukkan siapa kami ketika menjalankan operasi pada tahap optimum atau terbaik.

Ia bukannya penerangan kerja yang dilakukan mahupun strategi yang digunakan. Bukannya perkara kita lakukan tetapi prinsip yang kita pegang.

Core value menjadi petunjuk arah kepada kerja-kerja dan dalam keputusan yang akan dibuat.

Sebab itu jika dilihat pada bisnes dan syarikat yang berjaya mempunyai value dan core value yang dipegang dan menjadi budaya bersama hingga dapat dilihat dalam kerja yang mereka lakukan.

Artikel terbaru

Leave a Reply