Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda?

Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook?

Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa bagi bisnes yang anda jalankan. Tetapi anda kena ada ilmu supaya penggunaan Facebook ini bukan setakat dijadikan platform jualan malah dapat digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna.

7 Tips Bisnes Menggunakan Facebook :

  1. Posting

Tingkatkan kualiti post anda. Kini terdapat alat yang digunakan untuk menganalisis data kandungan post anda seperti BuzzSumo Dengan analisis ini, anda boleh lihat teknik mana yang sesuai digunakan untuk memasarkan produk anda pada masa akan datang.

  1. Pelbagai posting

Pelbagaikan posting anda, janganlah hanya nak ‘menjual’ atau mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu. Posting ada beberapa tujuan iaitu untuk menjual, mendidik dan santai.

  1. Tajuk posting

Hasilkan tajuk-tajuk yang ‘gempak’ yang boleh menarik followers untuk membacanya. Dengan tajuk-tajuk yang gempak ini, secara tidak langsung akan dapat viralkan perniagaan anda.

  1. Masa posting

Bukan setiap masa anda boleh share posting, gambar dan entri anda. Melalui post terdahulu, anda boleh tahu bilakah masa sesuai untuk post anda mendapat banyak share dan like. Ikut sahaja masa tersebut dan konsisten dengan post anda, kerana followers anda sudah tahu ‘timing’ anda untuk post.

  1. Konsisten

Bersabar kerana perniagaan anda sedang bersaing dengan perniagaan orang lain. Apa anda ingat, anda seorang ke yang berniaga di media sosial? Tidak…ramai lagi. Tapi itu pentingnya konsisten dan komited dalam perniagaan. Jika anda konsisten update post, menulis entri dan upload gambar, followers akan nampak kesungguhan anda berniaga dan mereka akan yakin dengan produk anda.

  1. Follower

Cari pelanggan yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti follower aktif yang ramai. Contohnya sekali rakan anda post di media sosial, beliau akan dapat banyak share dan like. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi page dan perniagaan anda. Jika ada, bina hubungan dengan mereka dan kongsi produk serta servis anda dengan mereka.

  1. What’s next?

Sebagai peniaga, pasti akan ada produk terbaru yang anda akan keluarkan, betul tak? Gunakan what’s next promotion dalam bisnes anda. Timbulkan rasa ingin tahu dalam hati customer anda dan buatkan mereka tertunggu-tunggu produk anda yang terbaru. Cara ini akan membuatkan mereka sentiasa update dengan posting anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply