Tips Call To Action Yang Efektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Tips Call To Action Yang Efektif

Pernah tak anda terpengaruh untuk membeli sesuatu produk yang dipromosikan hanya melalui iklan? Tak sampai seminit anda tengok atau baca iklan promosi, terus terdetik di hati anda “aku nak beli barang tu”.

Itulah efektifnya call to action (CTA) yang berkesan. Anda mahu perniagaan laris keras macam ‘tu?

Dengan CTA yang simple, anda boleh tarik ramai orang untuk guna produk anda. Kami akan kongsikan dengan anda 7 teknik untuk jadikan CTA anda lebih efektif.

7 tips Call To Action efektif :

1/ BE DIRECT

Maklumkan secara terus apa yang anda ingin sampaikan kepada pelanggan. Jika anda mahu mereka beli produk anda, tulis terus keistimewaan produk tersebut tanpa perlu berkias.

Ini kerana, mereka tahu apa yang anda buat dan produk serta servis yang anda sediakan.

CTA anda mestilah pendek, tepat, mudah dan mampu menarik pelanggan (persuasive). Pastikan anda tidak main teka teki dengan pelanggan anda supaya mereka tidak clueless dengan maklumat yang anda nak sampaikan.

Jika CTA anda memerlukan link, letak terus link tersebut supaya pelanggan boleh direct klik dan masuk ke page yang anda maksudkan.

2/ JADIKAN IA MUDAH & JELAS

Tak kira CTA anda merupakan satu imej atau tawaran dalam bentuk tulisan atau ucapan, pastikan info dan arahan yang anda mahu sampaikan mudah, ringkas dan cuba cari jalan agar interaksi anda dengan pelanggan boleh membuatkan mereka telefon, PM, emel atau klik link yang anda bagi.

Jika anda beri maklumat dengan jelas, mesti mudah bagi mereka untuk berhubung dengan anda, betul betul?

3/ TAMBAH ‘SENSE OF URGENCY’

‘Pendaftaran hampir ditutup’, ‘hanya tinggal beberapa kekosongan lagi’, ‘cepat sebelum terlambat’, itu merupakan kata-kata mendesak yang boleh anda gunakan.

Tapi harus ingat, anda tidak boleh desak atau paksa pelanggan anda buat apa yang anda mahu. Gunakan kata-kata yang berhemah supaya mereka boleh rasakan ia penting untuk mereka.

Jika mereka tidak lakukan terus, mungkin peluang itu sudah tiada atau perlu tunggu peluang yang lain. Jangan lupa untuk masukkan CTA ini di setiap penulisan atau promosi anda.

4/ PASTIKAN IA UNIK

Anda mungkin sedar persaingan dalam bidang perniagaan semakin sengit. Macam mana anda nak atasi persaingan ini?

Gunakan CTA yang unik dalam memasarkan produk anda bagi mengatasi persaingan ini. Jika anda belum tahu, penting untuk anda membezakan perniagaan dari pesaing anda.

Anda perlu cari sesuatu yang boleh membuatkan CTA anda special, ia boleh jadi sedikit ‘berlebih-lebih’ tapi bukan CTA yang terlalu exaggerate.

5/ UJI CTA ANDA

Create beberapa CTA dan uji keberkesanannya pada pelanggan anda dan kenal pasti teknik CTA yang mendorong keputusan perniagaan anda lebih baik.
Ramai peniaga yang suka guna hanya satu corak CTA, mereka tidak mahu mencuba dan cari alternative baru dalam memujuk pelanggan.

Kadang-kadang, satu ayat yang ringkas sudah cukup buat anda dan mungkin di masa hadapan, anda perlu gunakan cara yang lain seperti animasi gif atau selainnya.

6/ GUNA CTA YANG SESUAI

Anda tidak boleh gunakan satu Call To Action untuk semua penulisan atau promosi yang anda lakukan. Ia perlu ikut kesesuaian produk dan program apa yang anda lakukan.

Anda juga perlu tahu mana tempat yang sesuai untuk anda letak CTA, untuk itu anda boleh rujuk Facebook, Instagram dan Blog yang anda fikir boleh membantu anda.

7/ JADI PEMBACA

Sebelum anda menulis atau buat Call To Action, anda perlu bayangkan anda berada di tempat pembaca dan berada di situasi mereka.

Sebelum anda berniaga, anda juga seorang pengguna…betul betul?

Anda perlu fikirkan apa kehendak pengguna, apa yang mereka mahukan dari seorang peniaga dan sebagainya. Dengan ini, lebih mudah untuk anda buat CTA yang efektif, tapi jangan lupa “different Call To Action for different goals”.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan