Membaca ini penting untuk kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan, belajar benda-benda baharu yang dapat bantu bisnes dengan mengikuti perkembangan terkini. Mungkin kita tak cukup masa, agak sibuk untuk menguruskan bisnes, tapi itu tidak boleh menjadi alasan untuk tak pun membaca.
Bacalah, bukankah turunnya wahyu pertama yang memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk ‘baca’. Rasulullah SAW berjaya membawa sinar kepada kaum Jahiliyyah, bukan hanya membawa agama Islam malah mewujudkan budaya baru untuk tangani budaya yang sudah lama dengan membudayakan iqra’ iaitu membaca.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-‘Alaq, ayat 1-5)
Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW menunjukkan kepentingan membaca dan meletakkan ilmu sebagai asas utama dalam penyebaran dakwah Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Justeru itu, bagi umat Islam marilah kita membudayakan membaca dengan menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai bacaan utama dan buku-buku atau artikel yang bermanfaat.
Kemajuan teknologi masa kini membuatkan ramai orang dapat membaca hanya menggunakan telefon pintar masing-masing. Mengikut kajian firma Picodi yang dikeluarkan tahun lalu mendapati Malaysia berada dalam ranking antara negara tertinggi berbelanja membeli buku secara online. 76% rakyat Malaysia dilaporkan membeli minimum sebuah buku setahun.
Bagaimanapun, adakah trend aktif membeli buku secara online menggambarkan budaya membaca dikalangan rakyat di negara ini? Tidak, trend ini hakikatnya tidak menggambarkan sifat suka membaca secara realiti.
Senang, cuba tanya diri kita sendiri dalam setahun berapa banyak buku yang dibaca? 10 buku, 5 buku atau tak ada buku yang kita baca. Ingat, hanya dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat mencipta kejayaan untuk manfaat diri sendiri seterusnya membentuk tamadun yang terbilang.
Sebab itu, pemilihan bahan bacaan berkualiti juga perlu diberi perhatian. Sebagai usahawan anda perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mempersiapkan diri dengan cabaran-cabaran baru.
Selain itu, anda juga boleh mengikuti program-program pendidikan keusahawanan virtual yang banyak dianjurkan oleh RichWorks International dan juga semestinya program live Nak Ubah Hidup yang bakal berlangsung pada esok hari. Tak sabar rasanya!
Berikut kami kongsikan 3 tips untuk usahawan dapat membudayakan membaca :
- Baca sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
- Buat komitmen yang kecil ini. Jika anda terus kata nak luang masa 1 jam untuk membaca, ia akan membuatkan anda ‘terkejut’ dan akan terasa beban kepada diri. Dari 10 minit lama-kelamaan anda mungkin secara tak sedar meningkatkan masa membaca itu.
2. Baca beberapa buka dalam satu masa
- Mengikut perkongsian pembaca tegar, jika anda baca satu buku pada satu masa akan membuatkan anda ‘keletihan’ atau mudah give up untuk teruskan membacanya. Hal ini kerana manusia tidak selalu dalam ‘mood’ untuk baca buku yang sama setiap hari.
3. Jangan paksa diri baca buku yang anda tak suka
- Cari buku yang membuatkan anda seronok untuk membacanya. Jika anda rasa tak seronok untuk baca buku itu, tinggalkannya.
Apa yang membuatkan menjadi pembaca bergantung kepada keputusan dan komitmen anda sendiri untuk membaca. Lebih-lebih lagi, kini semuanya berada di hujung jari anda. Banyak e-book boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih murah berbanding buku fizikal di kedai. Kalau tak boleh juga, bacalah artikel-artikel RichWorks Business Review yang akan kami kongsikan setiap hari.
5 Comments
Iqra… Subhanallah Walhamdulillah Wala ila ha illallah
Yes.setuju.Thanks.
Terbaik! Sama-sama
Ye setuju
Terbaik puan! Semoga bermanfaat.