8 Tips Bagi Anda Berdepan Stres

8 Tips Bagi Anda Berdepan Stres

Stres atau tekanan memang selalu berlaku dalam kehidupan.  Antara sebab berlakunya stres ialah kerana tekanan di tempat kerja, masalah dalam perniagaan, masalah kewangan, masalah keluarga dan berbagai sebab lagi.

Stres kalau tidak ditangani dengan betul akan memudaratkan.  Banyak kes dimana mangsa yang berdepan stres melampau mengambil jalan singkat untuk mengatasinya seperti terlibat dengan pengambilan dadah, membunuh diri dan lari dari rumah kerana tidak dapat menguruskan stres dengan betul.

Sebenarnya, stres adalah satu perkara yang biasa.  Stres yang terkawal dapat membantu anda untuk menjadi lebih efektif.  Kami kongsikan dengan anda tips menghadapi stres.

8 Tips Berdepan Stres :

1. Tenangkan diri

Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Duduk bersandar, pejam mata dan tarik nafas secara dalam. Buat kiraan 2,4 dan 8 saat. Tarik 4 saat, tahan nafas 2 saat dan lepas 8 saat. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali.

Ini adalah cara meditasi yang paling baik. Ketika tarik nafas, anda boleh membayangkan perkara yang menggembirakan anda. Atau, anda juga boleh menarik nafas serta beristighfar atau berselawat.

2. Tidur

Dapatkan tidur yang berkualiti. Pastikan anda tidur dalam keadaan yang selesa.  Mungkin dengan suhu yang betul, bantal yang betul atau lain-lain lagi. Tidur sekejap di waktu siang juga dapat membantu anda menghilangkan tekanan.

3. Dengar muzik

Mungkin pada sesetengah orang, muzik rock adalah cara yang baik untuk melepaskan kemarahan atau perasaan yang terpendam. Melepaskan kemarahan dengan menyanyi sambil menjerit-jerit. Namun ada pula yang lebih suka memilih muzik instrumental seperti petikan gitar, piano dan biola.

Pakar psikologi mengesahkan, muzik ada hubungkaitnya dengan emosi. Mendengar muzik yang bersesuaian boleh memberikan kesan yang baik kepada minda dan tubuh badan.

4. Window shopping

Ini adalah salah satu tips menghadapi stress yang paling disukai oleh perempuan.  Menurut kajian, bila melihat barang-barang beraneka warna, barang-barang baru, atau barang-barang yang kita impikan, ianya dapat merembeskan adrenalin yang dapat membantu kita melupakan tekanan atau stress.

Tapi berhati-hati, ada juga yang terlebih berbelanja kerana terlampau tertekan dan akibatya mencipta tekanan atau stress yang lain pula.

5. Bersukan

Berolahraga dapat menggerakkan otot-otot kita, mempercepat aliran darah dan membuka paru-paru untuk mengambil lebih banyak oksigen.  Bila bersukan, hormon stress anda akan dimetabolisasikan dan akan meningkatkan penghasilan hormon ‘anti-anxiety’.  Ini akan menjadikan anda lebih tenang.

6. Hubungi kawan

Jangan terkejut dengar fakta ini!  Kajian menunjukkan memiliki sekurang-kurangnya seorang sahabat baik boleh memanjangkan hayat anda! Selain dari itu, memiliki kawan yang bagus juga dapat membantu ramai pesakit pulih dari penyakit yang kritikal. 

Jadi, jika anda berdepan stres, hubungi kawan anda. Luahkan perasaan anda pada mereka. Pastikan kawan yang boleh dipercayai. Dapatkan perbualan yang menarik dan menggembirakan hati. Sesekali cuba berjenaka dan buat lawak dengan mereka.

7. Makan

Ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress. Makan adalah satu trik cepat untuk menghilangkan trik.  Tapi berhati-hati! Terlebih makan pun akan mengundang bahaya.  Ramai orang fikir makanan yang manis dapat membantu mengurangkan stress.

Salah! Ia mungkin akan menghilangkannya sementara sahaja.  Antara jenis makanan yang membantu mengurangkan stress ialah buah-buahan, kekacang, teh hijau, sayur-sayuran dan bijirin.

Cubalah semangkuk salad buah-buahan dengan sedikit bijirin dan kekacang!

8. Mengingati Allah dan membaca al-Quran

Sebagai umat Islam, cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan atau stress ialah dengan selalu mengingati Allah.  Seperti firmanNya. “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d 28).

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak.  InsyaAllah, dengan sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran dan berzikir kita akan lebih tenang.  Sambil itu kita dapat membersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan Allh swt.

Stress tak terkawal akan menghalang anda untuk melakukan tugasan harian. Semoga tip ini membantu anda berdepan stres dan menjadi lebih tenang.

Artikel terbaru

Leave a Reply