Nak Tulis Buku Bagi Branding Anda? 5 Tip Menulis Buku

tulis buku

Ramai orang tak tahu, sebagai peniaga bagus jika anda ada buku sendiri. Tak kiralah samaada buku yang dijadikan e-book, buku diterbitkan sendiri atau penerbit.

Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, buku boleh jadi ‘name card’ anda. Orang lain hulurkan ‘name card’ untuk perkenalkan diri tapi anda boleh hulurkn buku anda. 

Best tak?

Tulis buku tingkat keyakinan

Bila anda ada buku sendiri, ianya membuktikan anda sebenarnya pakar dalam bidang yang anda niagakan, ianya buatkan orang lebih yakin bila nak berurusan dengan pakar.

Hanya orang yang pakar dan betul-betul tahu tentang bisnes mereka, boleh tulis buku sendiri kerana anda dah tahu macam-macam dan dari pelbagai sudut tentang perniagaan anda.

Amacam? Terasa nak tulis buku sekarang? Kami kongsikan beberapa tip dan cara tulis buku untuk bantu anda.

5 tip buat anda:

1) Muka Surat Pendahuluan

Ramai orang gagal tulis buku kerana tak tahu apa yang nak ditulis, untuk siapa, kenapa anda tulis dan bagaimana buku ini boleh bantu atau beri impak kepada mereka yang membacanya. 

Anda boleh mulakan dengan tulis muka surat pendahuluan. Dalam muka surat ini anda tuliskan kenapa anda tulis buku ini, untuk siapa, kenapa mereka perlu baca dan apa harapan anda terhadap buku ini, bagaimana buku tersebut dapat membantu pembaca.

2) Senaraikan Nama Bab

Masalah seterusnya ialah bila dah menulis, kita tak pasti samada kisah yang kita tulis untuk bab itu dan ditulis dalam bab sebelumnya. 

Satu hal pula nak belek dan cek semula. Apa yang harus mulakan dengan senaraikan judul bab dan apa yang anda nak tuliskan dala bab tersebut. 

Periksa jika ceritanya berulang dan dah diceritakan dalam bab lain.

3) Jumlah Bab dan Muka Surat

Jika anda nak tulis buku, bagus sekiranya anda dapat tulis sekitar 4 hingga 5 muka surat untuk satu bab. 

Dan amatlah baik jika anda dapat menghasilkan buku anda sekitar 200 muka surat. Tapi jika anda nak tulis ebook, ianya lebih mudah dan tak perlu panjang.

4) Penggunaan Bahasa

Gunalah bahasa yang mudah difahami. Anda bukan menulis buku sastera. 

Tujuan anda tulis buku ialah supaya orang baca dan beri impak kepada mereka, jadi anda kena tahu siapa pembaca sasaran anda dan gunakan bahasa seperti yang mereka selalu gunakan.

5) Menggunakan Perkhidmatan Ghostwritter

Ghostwritter ialah orang yang membantu orang lain menulis. Kadang-kadang, ramai orang nak menulis tapi tiada masa dan tak pandai menulis dengan baik. 

Bagus jika anda dapatkan perkhidmatan ‘ghostwritter’. Mereka mampu menulis bagi pihak anda. Anda hanya perlu sediakan bayaran untuk perkhidmatan mereka.

Artikel terbaru

8 Comments

  • Artah Binti Sampaladon

    Learning point
    NAK TULIS BUKU BAGI BRANDING ANDA

    1. Buku boleh jadi “Name card”
    2. Tulis buku boleh jadikan kita pakar dengan produk kita.
    Bila dah jadi pakar , orang akan yakin dan senang berurusan dengan kita.

    5TIPS Menulis Buku
    1. Pendahuluan
    ~kenapa tulis buku
    ~ kepada siapa?
    ~ kenapa mereka baca?
    ~ Harapan tentang buku ini

    2. Senaraikan nama bapa
    3. Jumlah muka Surat 4-5 m/surat
    ~ sebuah buku sekurang2nya 400ms
    4. Penggunaan Bahasa
    5. Perkhidmatan ghostwriter

    • Team RichWorks

      Terbaik puan! Terima kasih atas Learning Points yang puan kongsikan. Semoga tips ini bermanfaat untuk puan.

  • zarina binti yusoff

    sebelum ni xpernah terpikir nk bt buku sendiri..ideal yg sngt membantu…

    • Team RichWorks

      Terima kasih kerana share positive feedback. Semoga dapat menulis buku yang boleh memberi inspirasi kepada orang ramai.

  • Sangat2 membantu panduan utk mencipta biografi pada masa akan datang

  • Ada tak contoh penulisan yang boleh refer?

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment puan. Boleh lihat contoh-contoh buku dengan topik dan penulis yang baik dan berpengalaman. Semoga bermanfaat.

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment puan. Puan boleh lihat contoh-contoh buku dan penulis yang baik dan berpengalaman di pasaran. Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Reply