Bekerja Lebih Pintar, Bukan Lebih Sukar! 5 Tip Tingkat Produktiviti Pasukan

Bekerja Lebih Pintar, Bukan Lebih Sukar. 5 Tip Tingkat Produktiviti Pasukan

Masih anda ingat kisah peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat?

Maksudnya, sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain.

Pasukan atau team yang mantap akan memberikan kesan positif kepada syarikat.

Pemimpin mana yang tak mahu memiliki team yang efisien, mudah diurus dan mempunyai produktiviti yang tinggi?  Bekerja lebih pintar, bukan lebih sukar!

Sebelum pergi lebih jauh, kita ketahui dahulu produktiviti pasukan.  

Produktiviti pasukan merujuk kepada seberapa berkesan pasukan anda untuk tidak membuang masa, usaha dan sumber daya.

Apabila kualiti, kecekapan dan kuantiti seimbang maka sebilangan besar tugas dapat diselesaikan tepat pada waktunya (on time).

Pada masa sama, tugas dan penyampaian dilakukan dengan baik dan berintegriti.

Berdasarkan pernyataan Malaysia Productivity Corporation (MPC), kadar produktiviti pekerja di Malaysia turun sebanyak 5.4% pada tahun 2021, penurunan pertama sejak Krisis Kewangan Global 2009.

Bagaimana nak tingkatkan produktiviti pasukan anda?

5 tip tingkat produktiviti pasukan:

1. Kesihatan pekerja

Apabila minda, badan dan semangat diselaraskan, anda dapat mengharapkan produktiviti pasukan pada peringkat maksimum.

Cuba waktu kerja yang fleksibel, sediakan perabot yang selesa dan galakkan program kesihatan.

2. Pakaian sepadan/uniform

Mengapa ahli sukan memakai pakaian seragam yang sepadan?

Apabila pemain memakai pakaian yang sepadan, mereka tahu mereka bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama.

Buat pekerja merasakan rasa solidariti yang lebih kuat dengan pakaian yang sepadan.

Tampil seperti satu pasukan dapat membuat pekerja merasa dan bertindak lebih seperti satu pasukan, meningkatkan motivasi mereka untuk ‘menang’ di tempat kerja.

3. Persekitaran kerja memukau

Pejabat adalah rumah kedua? Persekitaran yang kondusif pasti akan mempengaruhi mood untuk melakukan kerja.

Motivasi dan mood beriringan. Mood mempengaruhi tenaga, keupayaan untuk menumpukan perhatian dan keseluruhan persekitaran.

Sekiranya anda mencari idea motivasi pekerja yang berfungsi, maka anda mungkin ingin melabur dalam persekitaran kerja anda.

Menciptakan suasana yang selesa akan memotivasi pekerja dan membuatkan mereka tak sabar datang ke pejabat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab.

4. Komunikasi

Kebertanggungjawapan dan komunikasi berganding bahu.

Tidak kira tempat pasukan anda bekerja, tidak kira perkara yang mereka kerjakan, anda semua mesti berhubung.

Mengekalkan komunikasi akan mengekalkan penglibatan pekerja dan juga kunci untuk pembangunan pasukan.

Sama seperti anda boleh membuang sekatan lokasi fizikal atau hieraki lapuk, anda juga harus membuang sebarang had pada saluran komunikasi terbuka anda.

5. Pencapaian dan pengiktirafan

Apabila pekerja mengetahui bahawa mereka dihargai atas kerja keras, mereka akan terus memastikan kualiti kerja yang tip-top.

Tak salah anda memberi ganjaran kepada pekerja sebagai motivasi.

Raikan pencapaian pekerja walau dengan ucapan ringkas dan penghargaan.

Kegagalan mendapatkan sesuatu menyebabkan keghairahan untuk bekerja menjadi kurang dan ada kemungkinan hanya memenuhi waktu kerja sementara menunggu pencen.

Situasi itu boleh berlaku kerana kecewa apabila tidak mendapat apa diinginkan ketika bekerja seperti kenaikan gaji, pangkat dan lain-lain seperti kebajikan diabaikan.

Kesimpulannya, anda boleh lihat betapa pentingnya untuk kita menjaga team dengan betul dan bersama-sama berkembang mencapai misi serta matlamat sama.

Artikel terbaru

Leave a Reply