Engagement media sosial merupakan salah satu aspek penting bagi sesebuah bisnes untuk melihat prestasi mereka.
Contohnya engagement dalam Facebook – pengguna boleh share, like dan jadi follower, Instagram – like dan follower dan Twitter – retweet dan follower.
Cuba lihat posting yang dihasilkan, adakah ia mendapat sambutan orang ramai? Berapa banyak orang yang like ataupun share content yang dikeluarkan itu.
Platform media sosial ini sudah pun menjadi satu kemestian dan tempat utama bagi bisnes untuk memastikan keberadaan mereka secara online.
Mengikut laporan Statista Research Department pada 13 Julai tahun lalu, sekitar 81% rakyat Malaysia merupakan pengguna media sosial yang aktif dengan Facebook menjadi platform nombor satu berbanding yang lain.
Dijangkakan jumlah pengguna Facebook di Malaysia akan menjangkau sehingga 24 juta orang pada 2023. Facebook, mempunyai seramai 2.74 bilion pengguna aktif sebulan di seluruh dunia pada 30 September 2020.
Apatah lagi, ketika ini semua negeri kecuali Sarawak berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 4 Februari 2021 nanti. Ramai orang berada di rumah dan meluangkan lebih masa secara online termasuk platform media sosial.
Bimbang apabila melihat masih ada bisnes yang tidak menggunakan platform media sosial untuk memperkenalkan jenama mereka dan produk atau servis yang ditawarkan pada masa ini.
Malah ada juga sudah mempunyai akaun bisnes Facebook masing-masing tapi posting jarang-jarang dibuat, main hentam saja apa nak posting yang jadinya tak ada orang yang jadi follower, like atau share posting berkenaan.
Bukankah lagi baik, jika posting dibuat mendapat engagement yang baik dengan like makin meningkat, orang mula share posting anda itu.
Justeru itu, posting juga perlukan ilmu dan strategi untuk pastikan ia dapat mencapai sasaran dan objektif anda. Ia perlulah dirancang dan dibuat dengan betul untuk pastikan bukan saja bantu kembangkan lagi bisnes anda malah juga berikan nilai kepada orang lain.
Berikut kami kongsikan anda beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk tingkatkan engagement media sosial anda.
5 perkara yang boleh bantu tingkat engagement media sosial anda ketika PKP ini :
- Konsisten buat posting
Konsisten merupakan kunci untuk mendapatkan followers yang setia bersama anda. Ia membolehkan jenama anda dilihat dengan bahan-bahan kandungan yang menarik malah dapat bantu mereka. Ini juga boleh membantu anda untuk meningkatkan brand awareness bagi bisnes anda.
- Berikan values
Values atau nilai sangat penting untuk dikongsikan kepada followers anda. Ia akan tingkatkan lagi engagement media sosial apabila mereka merasa ia bermanfaat sebelum share kepada rakan-rakan lain.
Sama juga dalam bisnes anda, bila ia tak lagi berikan value kepada pelanggan anda. Itulah masa di mana bisnes anda akan ‘mati’.
“Di saat kita berhenti memberi nilai atau manfaat kepada orang lain melalui kerja, bisnes ataupun tugasan kita, pada saat itu kita jadi tidak bernilai atau tidak bermanfaat.”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
3. Respons kepada komen
Perkara ini penting bagi memastikan orang dapat melihat bahawa anda responsif dan mendengar apa yang diperkatakan orang lain. Ia juga menunjukkan anda aktif di media sosial.
Bukan saja pujian yang dibalas, aduan atau kritikan perlulah dijawab dan diuruskan dengan baik. Ini boleh tingkatkan kepercayaan mereka terhadap bisnes anda.
- Gunakan gambar yang menarik
Gambar juga memainkan peranan dalam meningkatkan interaksi dan engagement media sosial. Kajian menunjukkan posting Facebook yang mempunyai imej mempunyai 85% kadar interaksi berbanding 4 peratus bagi posting lain.
- Perlu posting santai, isu semasa atau viral
Elakkan posting seperti laporan berita, sebaliknya dalam nada santai yang menunjukkan ada orang sebenar di belakang jenama anda.
Adakala juga perlu posting mengenai isu-isu semasa dan viral yang mana ramai orang nak tahu mengenainya.
Tips di atas ini merupakan beberapa perkara yang dapat bantu tingkatkan engagement media sosial anda. Ianya perlu dibina dan dibentuk, tidak berlaku dalam sekelip mata
Meskipun ketika ini engagement masih rendah, melalui tips yang dikongsikan ditambah ilmu dan strategi yang betul akan dapat bantu anda meningkatkannya dari semasa ke semasa. Selamat mencuba.