Bina Brand Ini Susah, Nak Musnahkan Sangat Senang

Nak bina brand hingga terngiang-ngiang dalam pemikiran orang ramai mengambil masa yang lama. Ia memerlukan kesungguhan dan konsisten untuk bina kepercayaan kepada brand berkenaan. Sama seperti untuk membina sebuah empayar, ‘Kota Rom tak dibina dalam 1 hari’. Ia mengambil masa untuk merancang, membina, memberikan kesedaran dan menimbulkan kepercayaan kepada orang ramai.

Tapi berbeza jika anda nak musnahkan sesebuah brand itu, boleh terjadi sekelip mata. Tindakan kita sendiri yang mungkin kita anggap ‘kesilapan kecil’ boleh memusnahkan brand yang susah payah dibina sebelum ini. Cuba bayangkan, situasi di mana pelanggan anda telah pun membeli satu produk pada hari ini dan dijanjikan ia akan diproses dalam tempoh 7 hari. Bagaimanapun dalam tempoh itu, team anda tidak dapat membuat penghantaran disebabkan masalah tertentu namun tidak pula memaklumkan kepada pelanggan. Mungkin disebabkan terlupa, tak ambil tahu dan lain-lain.

Bagaimanakah perasaan pelanggan itu? Cuba letak diri anda pada sudut pelanggan berkenaan, pasti ada rasa marah, sedih dan kecewa malah tertipu, betul tak? Pastinya, sedikit sebanyak ia akan ‘memusnahkan’ brand yang dipercayai selama ini jika tiada tindakan susulan untuk memulihkan kepercayaannya.

Bagi seorang usahawan baru mungkin anda tidak begitu jelas tentang maksud sebenar brand. Ada yang kata, bila sudah ada logo bisnes itulah brand sesebuah bisnes itu. Tapi tak bermakna brand bisnes itu telah pun dibina. Adakah brand itu dikenali dan mendapatkan kepercayaan ramai orang?

Bagi membina dan mengekalkan brand itu terutama dalam era teknologi maklumat ini, agak susah jika tidak tahu caranya. Hanya nampak saja mungkin tidak cukup lagi. Tapi apa yang menampakkan anda lebih menonjol berbanding orang lain. Kalau dilihat syarikat-syarikat besar di dunia melabur berjuta malah berbilion untuk pastikan orang ramai tahu apa yang brand mereka bawa.

Berikut 2 perkara penting untuk anda membina brand :

Kejelasan – Ketahui brand anda sebaik-baiknya agar boleh memperkenalkan kepada orang ramai pada bila-bila masa. Cuba tanya apakah ‘satu perkara’ yang membuatkan brand anda istimewa daripada pesaing lain? Apakah nilai yang dberikan dan mengapa pelanggan sanggup bayar untuk memiliki produk atau perkhidmatan brand berkenaan?

Keyakinan – Kebanyakan brand ada masalah dalam perkara ini. Mereka kurang yakin untuk bercakap hanya ‘satu perkara’ utama yang membuatkannya istimewa daripada pesaing lain. Banyak perkara akan ditampilkan sekali untuk menyokong brand mereka yang boleh buatkan pelanggan keliru dan tidak tahu mana satu nilai utama itu.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply