Tingkatkan Disiplin Di Tempat Kerja Dengan 5 Cara Ini

Tingkatkan Disiplin Di Tempat Kerja Dengan 5 Cara Ini

Disiplin diri adalah sifat penting yang perlu ada dalam diri setiap orang. Ia adalah keupayaan untuk memberi tumpuan kepada tugas atau matlamat dengan tujuan untuk mencapai hasil tertentu. 

Sama macam kualiti lain yang mungkin menyumbang kepada kejayaan keseluruhan, disiplin diri menghasilkan kejayaan dari semasa ke semasa.

Tak kiralah anda usahawan atau staf, penting tingkatkan disiplin sebagai kunci untuk mencapai matlamat peribadi serta kejayaan perniagaan anda.

5 cara tingkatkan disiplin diri

Walaupun kedengaran mudah, namun nak tingkatkan disiplin diri adalah satu cabaran. Mulakan dengan perkara yang kecil dan tetapkan tabiat harian yang membuatkan anda lebih berjaya.

1. Jadikan amalan

Seperti mana-mana kemahiran yang ada, anda perlu mengamalkan disiplin diri setiap hari. Jelas tentang jangkaan anda terhadap diri semasa bekerja dan cara merancang untuk penuhi matlamat yang menjadi tanggungjawab anda. 

Pecahkan waktu kerja kepada beberapa segmen boleh membantu anda tumpukan pada tugasan tertentu. Selain itu, pecahkan matlamat jangka panjang anda boleh membantu anda kekal bermotivasi dengan meraikan kemenangan kecil sepanjang perjalanan.

2. Fokus pada satu kemahiran disiplin diri pada satu-satu masa

Ada banyak sifat yang boleh anda kembangkan dan membawa kepada peningkatan disiplin diri. Fokus pada hanya satu bidang untuk diperbaiki pada satu masa. Sebagai contoh, anda mungkin memilih untuk fokus pada menjadi lebih teratur dan kemudian fokus pada penetapan matlamat.

3. Tentukan jangkaan anda dengan jelas

Apakah yang anda harapkan daripada diri dari segi mencapai matlamat di tempat kerja? Apa yang anda harapkan daripada orang lain yang boleh menyokong anda? Bagaimana anda merancang untuk menyokong mereka semula? 

Menjelaskan jangkaan anda terhadap diri sendiri dan orang lain boleh menumpukan usaha anda dan menjadikan disiplin diri lebih mungkin untuk dicapai.

4. Tetapkan matlamat peribadi

Menetapkan matlamat SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant & Time-Bound) yang boleh dicapai dan boleh diukur membantu anda membina disiplin diri dari semasa ke semasa dengan menyelesaikan tugasan yang tertentu. Fikirkan tentang apa erti disiplin diri kepada anda, dalam kerja anda sendiri dan kemahiran serta kualiti yang anda perlukan untuk mengamalkannya.

5. Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan

Disiplin diri tak perlukan kesempurnaan. Anda akan gagal menetapkan tabiat atau mencapai matlamat. Walau bagaimanapun, kegagalan adalah lumrah kejayaan. Kenali kegagalan anda, beri ganjaran kepada kejayaan dan jangan berputus asa untuk buat yang lebih baik dari sekarang.

Manfaat kuasa disiplin

Disiplin adalah perjalanan, bukan destinasi. Bersikap baik kepada diri sendiri, jejak kemajuan dan raikan kemenangan anda. Dengan memperhalusi pendekatan anda secara berterusan boleh memanfaatkan kuasa disiplin untuk membuka potensi anda dan lebih fokus pada perniagaan dan masa peribadi anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply