Zon selesa adalah keadaan psikologi di mana individu berasa selamat di dalamnya.
Apabila berada di dalam zon selesa, kita tahu apa yang kita mahukan dan tahu juga bagaimana untuk bertindak balas tentang sesuatu perkara.
Meninggalkan zon selesa, kita tidak lagi berada dalam situasi biasa dan boleh dikawal.
Otak kita belum lagi memproses cara untuk bertindak balas dan kita mungkin akan berasa cemas dan takut. Namun meninggalkan zon selesa anda adalah sangat penting.
Kenapa perlu tinggalkan zon selesa?
Berada di dalam zon yang selesa, anda akan berada dalam keadaan yang kurang tekanan, kebimbangan dan yakin untuk melakukan apa yang anda biasa lakukan.
Namun zon selesa juga membuatkan anda tidak berkembang. Sebagai seorang usahawan, sudah semestinya anda perlu keluar daripada zon selesa untuk memastikan perniagaan anda sentiasa mempunyai perkembangan mengikut peredaran semasa.
Keupayaan untuk keluar daripada zon selesa anda dengan cara yang positif membolehkan anda mencapai keseimbangan yang betul antara kepastian dan ketidakpastian.
Keluar daripada kebiasaan anda boleh membuatkan anda lebih produktif, lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang baru dan lebih kreatif.
Anda sedang melatih otak untuk menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan mencipta laluan saraf baharu yang menjadikan anda mampu untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menjadi pemimpin yang lebih baik.
Cara meninggalkan zon selesa
Untuk meninggalkan zon selesa, anda perlu belajar mengawal ketakutan dan kebimbangan yang anda rasakan apabila mencuba perkara yang baru.
Ia bermula dengan berhubung dengan emosi dan mengubah minda anda.
1. Cari garis dasar anda
Ramai orang yang berpendapat, mereka akan mampu untuk menghadapi risiko, tapi relitinya anda tak tahu risiko yang sebenar kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi yang melampau.
Untuk mencari garis dasar anda, tentukan daya penggerak anda. Jika keperluan nombor satu anda adalah kepastian, anda mungkin perlu meninggalkan zon selesa anda lebih daripada yang lain.
2. Kuasai emosi anda
Mereka yang dapat meninggalkan zon selesa dengan mudah mungkin mempunyai penguasaan emosi yang lebih daripada mereka yang terperangkap dalam rutin yang sama.
Mereka akui bahawa emosi mereka ada untuk membimbing apa yang mereka ingin dan sedang lakukan.
Dengan meninggalkan zon selesa kebimbangan adalah suatu perkara yang baru kerana anda nak masuk ke dalam zon yang baharu anda teroka.
3. Membangunkan pertumbuhan minda
Pertumbuhan adalah salah satu keperluan manusia yang paling penting. Ibaratnya jika anda tidak berkembang, anda akan mati.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang mempunyai keperluan mendalam untuk pertumbuhan yang mendorong mereka untuk meninggalkan zon selesa untuk mencari perkara yang baharu. Mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam apa jua cabaran.
Usahawan yang masih dalam zon yang sama pula tetap tidak percaya mereka mampu pergi jauh jika keluar dari zon selesa membuatkan mereka tidak mahu mencuba.
4. Mulakan daripada perkara yang kecil
Anda tidak perlu terburu-buru untuk melakukan perkara yang besar. Sekecil-kecil permulaan akan membawa kepada sebesar-besar kejayaan.
Mula cipta tabiat yang baharu untuk meninggalkan zon selesa anda kepada sesuatu yang lebih semula jadi dan jadikan sebagai rutin harian.
5. Cari circle yang betul
Jika anda nak meninggalkan zon yang selesa, anda mesti mengelilingi diri anda dengan orang yang betul.
Orang yang sama-sama nak mencabar diri mereka untuk menjadi lebih baik dan melakukan perkara yang lebih baik setiap hari.
Orang yang gembira dengan pencapaian anda dan bantu anda untuk capai kejayaan yang anda impikan.
6. Terima kegagalan dan jadikan pengajaran
Takut gagal adalah salah satu ketakutan yang paling biasa yang menghalang kita daripada capai kejayaan.
Jika anda melihat orang yang berjaya, mereka mempunyai satu persamaan di mana mereka semua pernah gagal dalam hidup dan tidak membiarkan kegagalan menghalang usaha mereka untuk berjaya.
Mereka tahu setiap kegagalan adalah proses kejayaan jika keluar dari zon selesa untuk mencarinya.
Kesimpulannya, keluar daripada zon selesa anda untuk capai kejayaan yang lebih tinggi.