Thomas Edison – Inovator & Usahawan. 8 Perkara Usahawan Boleh Pelajari

Thomas Edison mentol lampu

“Saya tidak gagal 10,000 kali, tapi saya temui 10,000 cara yang tidak berkesan.”

Ini merupakan pemikiran seorang inovator dan usahawan terkenal di dunia, iaitu Thomas Edison. Beliau menjawab sedemkian selepas ditanya wartawan selepas 10,000 kali dan akhirnya berjaya dengan mencipta mentol lampu.

Tapi tahukah anda, beliau mempunyai 1,093 paten inovasinya ketika meninggal dunia pada 1931 ketika berusia 84 tahun.

Apakah perkara yang kita boleh pelajari daripada beliau?

8 perjalanan keusahawanan boleh diambil daripada kisah Thomas Edison :

1/ Keinginan tinggi

Thomas Edison terinspirasi dan mempunyai keinginan tinggi untuk melakukan perubahan.

Beliau mendapatkan inspirasi selepas melawat bengkel seorang inovator, William Wallace di Ansonia, Connecticut dan melihat ciptaan Telemachon atau dinamo baru.

Ketika itulah Edison mendapat ilham kepada penyelesaian masalah dalam membangunkan sistem bagi membekalkan cahaya elektrik yang banyak dan murah.

2/ Jelas dan tekad

Dalam kisah Edison ini, selepas mendapat ilham itu beliau pulang ke bengkelnya di Menlo Park dan mula mencari pelabur bagi projeknya.

Ia memerlukan passion dan tekad dengan tujuan yang jelas.

3/ Kolaborasi

Beliau memupuk kolaborasi antara rakan-rakan dan pekerjanya dengan bersama mereka sehingga lewat malam.

Difahamkan, sikap Edison dengan meninggalkan buku notanya bagi semua pekerja dapat melihat idea-idea dan memberikan pandangan yang jujur.

4/ Perancangan

Melakukan perancangan yang terbaik bagi dapat mencapai apa yang nak dicapai. Edison melaburkan kebanyakn duitnya yang masih ada bagi mendapatkan kelengkapan terkini.

‘Menlo Park, bengkel dimiliki perlu mempunyai fasiliti paling komprehensif bagi penyelidikan elektrik dan juga team yang berkemahiran.

5/ Pembangunan

Melalui perancangan yang ada, mereka mula melakukan tindakan dan mewujudkan sistem, menghasilkan servis atau produk.

Dalam tempoh 2 minggu, Edison dan pasukannya menghasilkan filamen lampu yang dapat hidup selama 13 jam setengah.

Selepas beberapa bulan paten diberikan, barulah beliau dan team berjaya menghasilkan sebuah mentol yang dapat hidup dan bertahan sehingga 1,200 jam.

6/ Berfungsi

Ketua Jurumesin, John Kreusi yang teruja dengan banyak tawaran bagi membina stesen kuasa elektrik. Bagaimanapun Edison berkata kepada Kreusi bahawa:

“Jangan lakukan apa-apa. Kita masih belum bersedia. Kita perlu terus melakukan eksperimen, itu saja,
Ya memang kita sudah ada kejayaan dan konsepnya. Kita sudah tunjukkannya tapi ia tak cukup bagi projek sebegitu. Kita perlu uji setiap bahagian dalam sisten – bukan hanya soal kesilapan dan tambah baik malah soal ketahanan.

“Kita perlu tunjukkan fungsinya – bukan hanya sekali tapi bagi tempoh yang lama. Sekiranya ada kegagalan dalam sistem maka kita perlu tahu dulu sebelum orang lain,” jelasnya.

7/ Engage atau berhubung

Bila produk sudah bersedia untuk dipasarkan, anda perlu berhubung atau engage dengan pihak berkepentingan dan pengguna berpotensi.

Anda menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi ramai orang di luar sana. Perhubungan yang dibuat dapat memberikan lebih banyak maklumat, kepakaran dan mungkin juga usahasama.

8/ Feedback atau maklum balas

Usahawan akan menerima maklum balas daripada pengguna sama ada positif atau negatif.

Ia dapat menunjukkan sama ada keputusan dibuat adalah betul ataupun memperlihatkan keperluan untuk melakukan tambah baik.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Melita

    The way to success is believing that he can execute his project. He share details of the plan while he know that if project goes thru it can help a lot of problem onnovetive source of piwer with collaboration of people with same vision and purpose
    Understanding business its concept of business the purpose at same time problem that i can solve the product I am offering. Although i believe i can do ..till I am stuck in marketing that cause me cannot achieved my target
    I am not jealous pencapaian orang lain…but i feel jealous I cannot follow how they do it utk capai
    Thank you Rworks of its one of a kind helping a lots of people to ubah hidup utk live a better kehidupan

Leave a Reply