Tetapkan Hari & Waktu Operasi

Tetapkan Hari & Waktu Operasi

Ramai orang kata, bila mereka bekerja mereka tiada masa untuk bersama keluarga, tiada rehat untuk diri sendiri dan sebagainya. Bila anda ada bisnes sendiri, anda boleh tetapkan sendiri waktu operasi bisnes anda.

Tambahan lagi, jika anda buat dua cara pemasaran iaitu anda ada kedai dan juga berniaga secara online. Jadi, sekiranya anda tutup kedai sekalipun, bisnes anda tetap berjalan seperti biasa melalui media sosial.

Walau bagaimanapun, anda juga kena tetapkan hari dan waktu operasi bisnes anda. Jika anda ada kedai, tampal di dinding kedai anda supaya orang nampak dan tahu bila anda beroperasi.

Sekiranya anda berniaga online, anda boleh letakkkan terus di wall media sosial anda atau di link bio anda.

Anda tahu kenapa anda perlu tetapkan hari dan waktu operasi bisnes anda?

  1. Masa untuk berehat

Bila anda dah tetapkan hari untuk bisnes beroperasi, jadi anda sudah ada masa dan peluang untuk berehat dan bersama keluarga anda. Contohnya, anda tetapkan waktu dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam, atau dibuka pada hari Sabtu sehingga Khamis sahaja.

Jadi, hari Jumaat anda boleh cuti dan habiskan masa untuk diri anda. Ambil peluang ini untuk anda berehat atau keluar jalan-jalan bersama keluarga atau kawan-kawan anda. Kumpul semula tenaga anda untuk mulakan hari bekerja yang akan datang.

  1. Untuk mengira stock

Bila anda dah tetapkan waktu-waktu ini, anda telah satu masa yang dah dikhaskan untuk mengira semula atau menambah stok yang dah habis. Anda boleh lakukan ketika tamat masa bekerja untuk apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan bisnes anda.

Sebab itu ada mesti tetapkan masa untuk anda bekerja. Kalau anda tak buat, cuba fikir bila masa yang sesuai untuk anda kira balik stock anda? Adakah anda nak gunakan masa ketika anda bekerja?

  1. Merancang jadual perniagaan

Bila anda buat waktu operasi ini, anda boleh rancang jadual perniagaan anda secara tersusun. Jika anda tak buat, sesetengah pelanggan akan main redah je datang ke kedai anda. Ini kerana mereka tidak tahu bila masa ia beroperasi. Latih pelanggan anda supaya hormati masa rehat anda untuk solat dan lunch.

Jika anda ada ramai staff, anda boleh minta mereka bergilir-gilir uruskan bisnes ketika waktu lunch sekiranya anda risau hilang pelanggan, boleh boleh? Bila pelanggan dah biasa dengan jadual bisnes anda, mereka akan faham dan follow. Mungkin untuk memulakan agak susah, tapi semakin lama, mereka akan biasa.

Namun di kala pandemik ini, waktu beroperasi juga berubah dan bagi bisnes yang ditutup ada yang sudah beralih kepada online dengan menggunakan laman web sendiri mahupun web e-dagang bagi memastikan kelangsungan mereka.

Jelaskan bila penghantaran akan dibuat bagi tempahan sebelum waktu tertentu. Hal ini dapat memudahkan untuk pelanggan jangka bila barangan dibeli boleh diperolehi. Malah kini jika membeli melalui platform marketplace, kita sudah dapat ketahui tempoh masa barang boleh diperolehi dan sebagainya.

Artikel terbaru

Leave a Reply