Tetapkan Harga Dengan Betul Kalau Tak Nak Rugi! Bacaan Khas Untuk Usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pejam celik sekejap je lagi nak masuk tahun 2020 dah. Ada beberapa pihak yang kata tahun 2020 nanti pertumbuhan ekonomi Malaysia akan meningkat, tapi ada juga yang kata tahun 2020 nanti cabaran ekonomi adalah sangat mencabar untuk semua golongan termasuklah usahawan.

Tapi persoalannya adakah anda dah buat persediaan awal?

Selama 10 bulan sebelum ni pernah tak anda check atau review bisnes anda terutamanya melibatkan keuntungan bisnes. Ada untung tak sebenarnya? Antara faktor yang menentukan untung rugi bisnes adalah ‘Penetapan Harga’.

Penetapan harga ni diibaratkan macam ‘tarik rambut dalam tepung’, kalau kasar cara kita tarik, sama ada rambut terputus atau tepung yang berserakan. Itulah perumpamaannya.

Percaya atau tidak, proses meletak atau tetapkan harga ni bukan proses yang mudah, ianya perlu beberapa kajian dan penelitian supaya harga yang ditetapkan sesuai untuk syarikat dan relevan kepada pengguna.

Contoh, kalau harga mahal tak ada pelanggan pulak yang nak beli dan akhirnya produk tak terjual. Nak letak harga murah stress pulak nanti kena pikir macam mana kalau habis terjual pun, kalau untung tak ada susah juga. Jual murah ni bukan je kita dah rugi, tapi ini akan melambangkan yang produk atau servis kita ni dilabel tidak berkualiti.

Belum lagi ambil kira yang terlalu sibuk nak perang harga akhirnya kena tanggung rugi sendiri.

Inilah keadaannya jika kita meletakkan sesuatu harga tanpa melihat faktor asas dulu. Kita tak ada planning, tak ada strategi dan tak ada rentak tersendiri, kebiasaannya tersilap langkah membuatkan kita gigit jari.

3 langkah ni mungkin anda boleh guna pakai dalam proses nak tetapkan harga produk/servis anda.

1) Min, Mod dan Median

Min = purata harga

Mod = harga yang popular digunakan

Median = harga yang berada ditengah-tengah julat

Penetapan harga produk ini terbahagi kepada beberapa faktor, yang utama sekali ialah positioning harga iaitu melalui kaedah kiraan purata. Anda tentu pernah dengar perkataan “min”, “mod”, “median” kan? Ya, kita belajar dalam subjek matematik masa sekolah menengah dulu. Dalam bisnes teknik ini akan membantu kita positionkan harga mengikut strategi perniagaan masing-masing.

2) Tetapkan Margin Produk, Selaraskan Harga Mengikut Kategori Pelanggan Sasaran

Jika mahu positionkan harga premium, kaedah pemasaran perlu juga seiring dengan levelnya kerana kita berhadapan dengan segment pelanggan yang berbeza. Bagi syarikat yang menjalankan proses pengeluaran, penetapan harga sebaiknya dibuat kepada beberapa pelanggan sasaran seperti pemborong, stokis, agen dan harga pasaran (end user). Margin dan minimum kuantiti akan berubah mengikut kategori yang sesuai.

3) Harga Produk Anda Diakhiri Dengan Angka ‘9’ Dan ‘7’

Produk untuk end user selalunya dipamerkan di rak rak jualan. Selain packaging dan warna yang menarik, Harga yang memainkan unsur psikologi mampu menarik perhatian pengguna.

Sedar atau tidak, kebanyakan pasaraya-pasaraya besar dan restoran-restoran ‘fast food’ menggunakan strategi ini. Strategi harga ini menggunakan ‘pendekatan psikologi’ terhadap minda pembeli.

Sebagai contoh, tanpa sedar, pembeli merasakan harga produk RM 9.99 dikatakan jauh lebih murah dari produk yang berharga RM10, sedangkan bezanya hanyalah 0.01 sen sahaja. mungkin anda boleh gunakan idea ini untuk mencuit hati pelanggan anda.

Moga-moga perkongsian ini bermanfaat dan ini adalah idea untuk anda, mana tahu ada keberkesanannya untuk anda.

Apa pun yang penting adalah anda perlu ada ilmu dan guru yang boleh bantu dan bimbing anda supaya tak buat kesilapan. Ingat.. Tuan Nasrul Hadi Shukran pernah pesan, kos adalah duit dan kegagalan urus kos akan membawa kepada kerugian.

#TeamRichWorks
#NakUrusBisnes

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang