TEKUN Nasional : Perkara Usahawan Perlu Tahu!

TEKUN Nasional

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.

Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Kini TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata.

Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Visi TEKUN Nasional sebagai institusi peneraju pembiayaan mikro yang unggul dan misi adalah untuk melahirkan dan membangunkan usahawan melalui pembiayaan mikro kredit yang mudah di akses.

9 program utama di bawah TEKUN Nasional

  1. Skim Pembiayaan Tekun Niaga
  2. Skim Pembiayaan Teman Tekun
  3. Skim Pembiayaan Program Temannita
  4. Skim Pembiayaan Kontrak-i
  5. Ar-Rahnu TEKUN
  6. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
  7. Program Khas
  8. Skim Pembiayaan Kepada Komuniti Lain
  9. Skim Pembiayaan Sukan

Selain daripada 9 program di atas ini, terdapat Skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang diwujudkan pada Disember 2020 bagi membantu usahawan terutama ketika pandemik ini.

SPIN adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).

Syarat utama untuk memohon pertamanya kenalah warganegara Malaysia dan kedua – Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.

Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM5,000 secara berkumpulan di bawah Produk TEMAN TEKUN (Tertakluk kepada terma dan syarat) dengan kadar keuntungan yang dikenakan sebanyak 4% setahun.

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat). Untuk keterangan lanjut anda boleh klik di sini.

Setakat 16 Julai, TEKUN Nasional telah mengeluarkan pinjaman bernilai RM19.47 juta daripada peruntukan RM50 juta di bawah SPIN kepada 3,309 pengendali perniagaan informal di seluruh negara.

Selangor mendahului dengan RM3.15 juta bagi 390 penerima, diikuti Sarawak RM3.04 juta (589 penerima) dan Terengganu RM2.54 juta (469 penerima).

Sehubungan itu, perusahaan mikro digesa untuk menghubungi TEKUN Nasional, bagi mendapatkan bantuan pembiayaan dan bukannya pergi kepada peminjam wang haram atau dikenali sebagai along.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau bimbang dengan laporan bahawa ramai usahawan pergi mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik untuk meminjam wang bagi mengekalkan perniagaan mereka.

“Malahan mereka yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) juga layak untuk memohon.

“Bagi mereka yang perlu meminjam wang bagi tujuan perniagaan, sila cari kami dan bukan along. Kadar faedah kami jauh lebih rendah dan kami menjaga kepentingan anda,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply