Teknik Rujukan untuk Promosi Bisnes

Teknik Rujukan untuk Promosi Bisnes

Teknik rujukan yang mana rujukan ialah meminta pelanggan anda untuk merujuk perniagaan anda kepada kawan-kawan dan sahabat mereka. Satu cara mudah ialah dengan memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan jika mereka merujuk beberapa nama kenalan mereka kepada anda.

Atau, anda sendiri memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik berurusniaga dengan anda sehinggakan tanpa perlu diminta pelanggan anda sendiri akan meminta kenalan mereka untuk berurusniaga dengan anda.

Teknik rujukan ini sebenarnya tak susah, tapi inilah yang peniaga tak buat.

Kerana, peniaga rasa pembeli tak suka nak merujuk kawan-kawan mereka untuk berurusniaga dengan anda. Kenapa? Sebenarnya kerana anda sendiri tak yakin anda dah beri perkhidmatan atau layanan yang terbaik kepada pelanggan anda.

Jika anda nak menggunakan teknik rujukan, apa kata anda berikan perkhidmatan atau layanan yang paling manis, yang akan diingati oleh pelanggan anda, sehingga menyebabkan mereka suka nak ajak kenalan mereka berurusan dengan anda.

Contoh, sebuah kedai cermin mata selalu menawarkan perkhidmatan membersihkan kanta cermin mata secara percuma kepada pelanggan yang lalu lalang di hadapan kedainya.

Lama-kelamaan, orang yang mendapat perkhidmatan tersebut akan menceritakan tentang pengalamannya berurusan dengan anda dengan kenalan mereka, dan silap-silap ianya akan jadi viral.

Artikel terbaru

Leave a Reply