Teknik Orang Cina Buat Bisnes yang Kita Kena Tahu

Cara Berhenti Daripada Overthinking

Teknik Orang Cina Buat Bisnes yang Kita Kena Tahu

Percayalah pada diri sendiri dan lakukan tindakan pada hari ini juga! Jangan sesekali bertangguh lagi dan buatlah perancangan yang terbaik.” – Datuk Wira Dr Azizan Osman

Melihat dari kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, ia merupakan satu nasihat terbaik untuk kita semua. Lebih-lebih lagi buat anda yang menggalas tanggungjawab untuk memastikan bisnes yang anda lakukan sekarang ni berada di tahap terbaik.

Untuk memulakan dan mengekalkan bisnes di track tidak mudah. Semestinya banyak pengorbanan perlu dilakukan. Namun apabila dituai hasilnya, hanya mereka yang lalui sahaja dapat rasa nikmatnya,

Sebagai seorang yang memiliki bisnes anda perlu tahu apakah matlamat yang anda ingin capai. Dengan adanya matlamat tersebut, anda akan rancang strategi dan mempunyai guideline anda sendiri.

Lihat saja peniaga-peniaga berbangsa Cina di Malaysia. Bagaimana mereka kekal dan membangunkan bisnes mereka? Mesti anda tertanya-tanya kenapa orang Cina pandai buat bisnes? Niaga apa pun mesti kaya raya.

Apakah rahsia mereka? Disini saya akan kongsikan strategi-strategi bisnes yang digunakan oleh mereka.

”Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang-orang barat, kita masih tidak dapat untuk tandinginyaa. Jika ingin lebih berjaya daripada mereka, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali berkerja lebih kuat daripada mereka” – Tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo Choong)

1.       Set Dunia Bisnes

Ini paling penting. Mereka sudah set  apa yang mereka ingin capai dengan bisnes tersebut. Oleh sebab itu orang Cina tidak gemar memilih perniagaan yang bermusim contohnya seperti hanya berniaga di musim perayaan.

Perniagaan secara bermusim akan mengakibatkan berlakunya kecairan modal sekaligus membantutkan usaha yang telah mereka lakukan selama ini. Apa yang dimaksudkan dengan kecairan modal? Modal perniagaan akan berkurangan dek banyak kelopongan masa kerana hanya berniaga ikut musim.

Rancang bisnes yang boleh dilakukan berpanjangan. Orang sentiasa akan cari produk serta perkhidmatan kita. Jadi, sale akan sentiasa berlaku. Simpanan pun akan semakin meningkat.

Apa yang bagusnya orang Cina ni, mereka pantang mengeluh. Tambah-tambah di hadapan pelanggan. Mereka sentiasa menunjukkan ketekunan dan sikap yang bagus bagi mewujudkan keyakinan kepada bisnes dan pelanggan.

Peniaga Cina sinonim dengan tawar menawar. Mereka tahu bahawa tawar menawar itu akan membuatkan mereka kurang untung. Tapi, mereka tetap lakukannya demi memberikan kepuasan kepada pelanggan. Peniaga Cina sangat utamakan pelanggan.

2.       Budaya Bisnes

Kalau nak cerita soal budaya orang Cina berniaga pasti anda semua akan berasa kagum. Tidak ada istilah “letih” buat mereka jika ingin berjaya. Mereka sanggup bekerja tak kira waktu. Tengok sahaja bengkel-bengkel servis milik peniaga Cina, pukul berapa mereka tutup?

Mereka sangat bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Bila mulakan sesuatu, buat sampai jadi. Bukan berhenti bila baru 3 atau 4 produk tidak terjual.

Mungkin kata-kata orang Cina ni boleh suntik semangat anda.

“Kegagalan pertama memberi semangat. Kegagalan ke-2 jadikan sebagai pengajaran. Kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan.”

Oleh sebab itu pentingnya matlamat untuk anda cipta sendiri budaya kerja bisnes anda. bila ada matlamat, barulah semangat. Lagi besar matlamat, lagi banyak tindakan.

Mereka juga lebih tekankan pepatah “siapa cepat dia yang dapat.” Jadi, anda nak tangguh lagi? Tak nak tambah speed dalam bisnes anda?

3.       Berjimat Cermat Elak Kebocoran Duit.

Anda mesti perasan bagaimana orang Cina spend duit mereka. Mereka sangat berjimat cermat. Orang Cina mementingkan untuk menyimpan daripada dibelanjakan. Mereka menggunakan duit dengan bijak.

Mereka tidak boros. Duit bisnes mereka kalau boleh hanya digunakan untuk roll modal dan kembangkan bisnes sahaja. Jarang lah kita nak dengar mereka enjoy sakan.

Apa yang penting, mereka sangat menjaga duit keluar masuk di dalam bisnes. Mereka akan catat segala detail dengan jelas sebagai bukti.

4.       Etika Bisnes.

Etika juga antara perkara yang perlu dijaga ketika melakukan bisnes. Sudah tentu di dalam bisnes ada untung dan rugi. Yang penting, jangan biarkan kerugian berlaku berpanjangan. Bagi mereka kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang.

Mereka amat larang untuk gunakan taktik kotor di dalam bisnes. Mereka tidak suka ganggu dan burukkan bisnes orang lain. Mereka hanya amalkan etika bersaing secara sihat. Mereka juga sangat menyokong antara satu sama lain.

Jadi, tidak hairanlah bisnes orang Cina sangat harmoni.

Berbalik kepada tawar menawar, mereka juga percaya dengan cara itu dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan.

5.       Pantas Bertindak.

Kalau tengok mereka berniaga, kepantasan adalah perkara yang kita dapat kesan. Siapa sahaja yang tidak sukakan kepantasan? Apatah lagi kalau pelanggan amat berpuas hati. Itu yang membuatkan servis mereka sentiasa menjadi pilihan.

Tidak kisahlah kalau kita tengok perniagaan mereka semakin maju dan berjaya.

6.       Amalan Bisnes.

Bagi orang Cina, kalau tak ada kerugian dari mana nak datangnya untung. Seperti kebanyakkan mereka, sesebuah bisnes itu akan diwarisi. Ini adalah kerana mereka ingin mengekalkan kepercayaan dan juga latihan buat keluarga yang diwarisi.

Menjaga hubungan dengan pelanggan adalah perkara yang sentiasa diberikan keutamaan. Cara mereka berbisnes bukanlah hanya dengan memikir duit semata-mata. Ada juga hubungan di antara pelanggan yang bertukar menjadi kawan dan kenalan rapat.

7.       Pengalaman.

Bisnes mereka sama juga dengan anda semua. Bermula dari kecil-kecilan sahaja. Ini adalah kerana mereka percaya bahawa pengalaman itu yang akan menentukan perjalanan bisnes mereka.

Berniaga dengan ilmu sahaja tidak cukup jika anda tidak pernah ada pengalaman. Kerana anda tidak pernah menempuh dunia reality di dalam pernigaan akan membuatkan anda tumbang jika dihimpit masalah. Anda tidak tahu jalan penyelesaian. Tahu caranya, tapi tidak tahu untuk praktikkannya pun tidak boleh juga.

Oleh sebab itu kebanyakkan anak muda berbangsa Cina bekerja dengan orang dan berniaga secara kecil-kecilan untuk memperoleh pengalaman serta selok belok di dalam dunia perniagaan.

Mereka bukannya nak cari ilmu sahaja, malah mereka juga berkorban untuk mengutip pengalaman untuk kegunaan masa hadapan. Jadi, jangan mengeluh kalau anda baru bermula dari bawah. Percayalah pada perjalanan dan proses.

 Ia akan menguntungkan anda suatu hari nanti.

8.       Petua Bisnes.

Mereka juga ada petua bisnes yang mereka sentiasa patuh jika ingin jadi peniaga yang berjaya, antaranya:

·         Jadilah peniaga yang boleh dipercayai, mudah untuk berurusan dan tak cerewet.

·         Sentiasa menjaga pelanggan.

·        Tidak takut untuk keluarkan kos perbelanjaan demi untuk memikat hati pelanggan.

Macam mana? Ada salah satu dari petua tersebut yang boleh anda gunakan?

9.       Percaya Pada Konsep Rezeki.

Sama juga seperti kita, orang Cina percaya bahawa jika mereka rajin berusaha bangun di awal pagi lagi mudah mereka akan dapat rezeki. Mereka juga memegang konsep “ memberi akan lebih membuatkan mereka diberikan balasan berganda.”

Sama sahaja konsepnya dengan bersedekah. Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa berfikiran yang membuat banyak kebaikan kerana dari situ mereka akan dikurniakan lebih banyak rezeki.

10.   Minda Positif.

Semangat orang Cina dalam berniaga dipengaruhi oleh fikiran yang positif. Fikiran yang positif melahirkan keputusan serta tindakan yang baik. Bukan sahaja pemikiran, malah sikap mereka juga positif dalam berniaga.

11.   Jadi Bos Pada Diri Sendiri.

Walaupun mereka bekerja dengan orang lain, tetapi mereka tetap membayangkan diri mereka sebagai bos. Dengan cara ini, mereka akan lakukan sehabis baik bagi memberikan kepuasan buat diri mereka. Hasilnya, kerja yang sangat berkualiti ikut piawaian yang diingini.

Mindset sebegini juga akan membuatkan mereka berfikir dan bertidak seperti bos yang akan berusaha untuk membawa kejayaan dan keuntungan kepada syarikat.

Begitulah cara orang Cina buat bisnes. Kalau kita juga konsisten buat perkara yang sama dengan teknik dan ilmu yang betul, kita juga boleh berkali ganda berjaya dari mereka dan sudah tentu kita dapat bantu lebih ramai orang di luar sana.

Tak sabar nak mulakan strategi baru? Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda idea dan inspirasi. Mulakan langkah anda, buat sampai berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply