Alangkah mudahnya jika dapat menarik pelanggan secara online untuk membeli dengan anda. Atau sekurang-kurangnya menimbulkan kepercayaan serta buat mereka tertarik untuk datang ke kedai bertanyakan tentang produk atau perkhidmatan anda.
Ini adalah permulaan yang baik kepada perniagaan kerana tanpa kepercayaan, pelanggan tidak akan kekal lama. Tak perlu nak berhabis duit yang banyak untuk keluarkan iklan di media massa, media cetak maupun billboard.
Zaman sekarang, selagi ada cara yang relevan untuk kurangkan kos pemasaran, kenapa tidak? Ini peluang besar untuk usahawan, lebih-lebih lagi mereka yang belum mencapai tahap perniagaan yang diimpikan.
Selain nak menjimatkan kos, jimat masa juga penting. Tak perlu lagi nak edarkan flyers dari pintu ke pintu atau di tepi jalan. Segalanya kini hanya di hujung jari.
3 cara tarik pelanggan secara online
1. Manfaatkan media sosial
Media sosial merupakan sebuah platform yang sangat berkuasa hari ini dan mampu memberi manfaat yang besar kepada usahawan. Dengan content yang bagus menggunakan gambar atau visual yang menarik akan menarik perhatian pelanggan.
Konsisten dengan jadual posting sangat penting di media sosial untuk mengekalkan algorithm yang bagus. Walau bagaimanapun, ramai usahawan tidak konsisten dengan pelbagai alasan masa, tak tahu, tak nak dan macam-macam lagi.
Alasan-alasan ini tak akan membantu selesaikan masalah anda, malah jualan akan semakin menurun dan boleh mengakibatkan perniagaan muflis kerana tidak dikenali ramai.
Menerusi media sosial juga anda akan dapat berinteraksi dengan pelanggan secara dekat. Ia juga memudahkan anda agar mudah dihubungi sekiranya mereka hendak mendapatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Lebih banyak anda berkomunikasi dengan pelanggan, lebih banyak peluang untuk anda naikkan jualan.
2. Website dengan content yang tepat
Ada website jenama sendiri sangat bagus untuk pemasaran produk atau perkhidmatan anda. Boleh juga buat jualan secara online menerusi website. Tapi kalau tak nak, tak apa. Sekurang-kurangnya anda ada website untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan, harga serta alamat kedai. Senang pelanggan nak cari info dan membeli.
Bila ada website sendiri ni, jangan ingat sales boleh tiba-tiba masuk tak henti tau. Kenalah usaha untuk tarik trafik masuk ke website kita dulu, barulah ada peluang buat jualan. Bila trafik yang masuk berkualiti, insya-Allah jualan lebih mudah berlaku.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk tarik trafik masuk ke website seperti Facebook Ads, Google Ads, Search Engine Optimization dan banyak lagi!
3. Buat promosi yang gempak
Dah guna teknik pemasaran melalui media sosial dan website, trafik pun dah banyak, namun tetap tak dapat nak tarik minat orang untuk membeli. Apa lagi nak buat?
Sebenarnya ada platform dan trafik sahaja tak cukup buat orang tertarik untuk membeli. Anda boleh tarik perhatian mereka dengan membuat promosi yang istimewa.
Promosi ini seperti potongan harga, barang percuma atau berikan hadiah. Kadang-kadang pelanggan suka membeli jika ada pertandingan, jadi anda kena kreatif dalam menambat hati pelanggan agar mereka jatuh hati dan membeli. Lebih seronok lagi jika mereka membeli dan menjadi pelanggan yang setia.
Kadangkala anda kena buat secara santai dan tidak terlalu menjual. Akan tetapi, ada waktu-waktu tertentu anda perlu menjual ‘gila-gila’. Bergantung kepada situasi semasa.
Jangat ‘give up’, teruskan usaha!
Setiap usahawan bermula dari bawah. Apabila dah berada di atas, tak semestinya mereka akan kekal di atas. Pasti ada satu ketika bisnes hadapi cabaran dan menyebabkan jualan merudum.
Jangan sesekali ‘give up’ sebab dengan menggunakan strategi yang betul, suatu hari nanti anda akan mencapai kedudukan yang lebih baik dari hari ini dan dapat memenangi hati pelanggan dengan lebih mudah.
Dan hari ini, pemasaran digital untuk menarik pelanggan tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan pemasaran tradisional. Jika tak pernah mencuba, tak salah untuk anda membuat pembaharuan. Yang penting ada usaha dan bersungguh-sungguh untuk kecapi kejayaan.
Teruslah berusaha untuk membina reputasi dan membesarkan empayar perniagaan anda.
3 Comments
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Tq DWDnTeam RW
Tak salah kita cuba cari baharu
Banyak cara lagi untuk kita tarik pelanggan
Usahawan kena rajin dn keritef
Ad cara mudah untuk kita berniaga
tapi susah untuk bertahan lama
Masih mencari ilmu
Cari ilmu