5 Tanda Anda Boleh Menjadi Usahawan Yang Berjaya

5 Tanda Anda Boleh Menjadi Usahawan Yang Berjaya

Lumrah kehidupan, kejayaan merupakan satu perjalanan hidup yang mengembirakan. Sesiapa pun akan lakukan apa sahaja untuk memastikan kejayaan milik mereka. Tetapi apakah makna kejayaan buat anda?

Adakah dengan memiliki sebuah rumah, kereta atau sejumlah wang yang banyak merupakan kejayaan? Ataupun mempunyai empayar perniagaan yang stabil mampu memberi makna kejayaan untuk anda?

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah? Bagi anda yang belum mulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan itu mudah untuk diuruskan.

Tapi bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan itu susah. Untuk mereka yang dah berpengalaman seperti ahli Titanium, mereka akan merasakan perniagaan itu mudah.

Walaupun mudah bagi mereka, sebenarnya banyak perkara yang perlu mereka ambil berat. Susah atau senang sesuatu perniagaan itu, ia bergantung kepada tahap keadaan kita. Nak menjadi seorang usahawan yang berjaya memerlukan langkah demi langkah.

Barisan ahli Titanium yang mendapat mentoring dan coaching secara terus dari Dr. Azizan Osman turut melaui fasa-fasa perniagaan yang perlu mereka hadapi.

Jadi apakah tanda menunjukkan seorang usahawan yang berjaya, cuba baca 5 tanda ini.

  1. Anda memiliki “Sense of Urgency / Speed of implementation”

Seorang usahawan tidak menangguh atau menunggu masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan mereka. ‘There’s no perfect time”. Inilah kata yang dipegang oleh mereka supaya tidak menunggu masa yang terbaik untuk ambil tindakan.

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan, jangan sesekali menangguh perkara yang boleh dilakukan sekarang. Hal ini kerana masa itu adalah emas dan setiap masa yang terlepas bermakna anda terlepas satu peluang.

  1. Anda sukakan kehidupan yang sederhana

Ini merupakan salah satu lagi tanda seorang usahawan, iaitu mereka mampu hidup di bawah zon kemampuan mereka. Hal ini kerana, biasanya mereka tidak akan menunjuk-nunjuk dengan kekayaan yang mereka miliki sekarang. Sebagai contoh kita boleh lihat ciri ini pada Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Jack Ma.

  1. Anda menghargai masa

Sekiranya anda sentiasa menghargai masa yang anda miliki dalam mencapai matlamat anda, tidak membuang masa dan mengambil serius tentang kepentingan masa, maka itu menunjukkan yang anda boleh menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti. 

Hal ini kerana kebanyakan orang yang berjaya atau seorang jutawan itu sendiri adalah sangat menghargai masa mereka. Mereka bersungguh-sungguh dalam penggunaan masa sehingga membuat jadual harian.

  1. Anda mampu mengambil tindakan ketika waktu tidak menentu

Sekiranya berlaku situasi yang genting, anda mampu mengawal dan mengambil tindakan yang betul terhadap situasi tersebut. Seorang ushawan mampu menghadapi pelbagai situasi dengan baik. 

Contohnya adalah apabila mereka menghadapi satu masalah baru dalam hidup mereka, mereka lebih berani untuk mengambil tindakan kerana ini adalah satu peluang untuk mereka belajar sesuatu yang baru.

Selain itu, anda mestilah mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh, sekiranya tindakan yang mereka lakukan itu mengakhiri kegagalan, mereka belajar daripada kesilapan itu. “Don’t waste a good mistake… LEARN from it” – Robert Kiyosaki.

  1. Anda yakin pada diri sendiri

Kebanyakan usahawan menunjukkan keberanian dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap setiap perkara yang dilakuakan. Walau pun kadang kala ia tidak nampak jalan, tetapi dengan keyakinan yang tinggi dalam hati bahawa satu hari nanti matlamat pasti akan tercapai!

Kesimpulannya, menjadi seorang usahawan yang berjaya mestilah mempunyai matlamat yang jelas selain tindakan yang berterusan. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil untuk kejayaan yang kita inginkan di masa hadapan.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply