Ada yang berdepan kekangan masa untuk membeli produk kegemaran atau anda tidak mahu membazir masa beratur panjang demi membayar satu item sahaja sewaktu special offer produk tersebut.
Tetapi situasi ini adalah peluang bagi individu yang mahu tambah pendapatan dengan jadi personal shopper.
Jika anda seorang kaki shopping pun sesuai jadi personal shopper.
Siapa itu personal shopper? Personal shopper adalah individu yang mengambil pesanan daripada pelanggan yang mahu membeli sesuatu produk.
7 tips nak jadi personal shopper:
1. Kegemaran anda, kegemaran pelanggan
Ada yang mula menceburkan diri sebagai personal shopper kerana minat dengan sesuatu produk.
Contohnya, suka membeli alat solek di Sephora, suka membeli perabot di IKEA. Awalnya, ada sahabat, rakan sekerja dan keluarga yang kirim.
Daripada situ anda nampak satu peluang untuk menambah pendapatan.
Kelebihan jadi personal shopper barang kegemaran anda, anda mempunyai maklumat atau mahir mengenai produk tersebut.
Jadi mudah untuk anda menerangkan maklumat produk tersebut sekiranya ditanya pelanggan atau mereka meminta pendapat anda. Misalnya, warna lipstick apa yang sesuai dengan warna kulit atau warna untuk majlis makan malam.
2. Kaji lokasi barang hendak di beli
Setelah anda mengenal-pasti barang yang akan anda jual serta lokasi untuk mendapatkannya, langkah kedua yang perlu anda lakukan ialah dengan mengkaji lokasi tersebut.
Pastikan anda tahu selok-belok lokasi tersebut sebelum bergelar personal shopper.
Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menjadi personal shopper IKEA, ketahui setiap seksyen di IKEA supaya anda tahu di mana untuk mencari barangan dipesan oleh pelanggan.
Ketahui tempat parking yang paling dekat dan mudah untuk anda.
Tak salah juga anda berbaik-baik dengan pekerja di tempat membeli barang tersebut, mudah untuk anda mendapatkan bantuan mereka apabila membeli dalam kuantiti yang banyak.
3. Jujur dengan diri sendiri dan pelanggan
Kepercayaan pelanggan penting untuk diraih.
Perlu jujur dengan diri sendiri dan pelanggan anda. JANGAN mudah gelap mata apabila melihat ratusan atau ribuan ringgit dalam akaun anda. Itu satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan.
4. Akaun bank yang khusus
Jadi bagi mengelakkan anda terpakai duit pelanggan, lebih baik buat satu akaun bank yang khusus untuk tujuan perniagaan sebagai personal shopper sahaja. Terutama bila dah ada ramai pelanggan.
Maka duit anda tidak bercampur dengan duit pelanggan, lebih selamat dan mudah diuruskan.
5. Kaji harga jualan
Kaji harga jualan barang tersebut. Anda boleh lakukan dengan memeriksa laman web barangan tersebut atau catalog.
Setelah mengetahui harga jualan barang tersebut, tiba masa untuk anda menetapkan berapakah harga yang akan anda kenakan kepada pelanggan dengan mengambil kira kos pengangkutan, masa dan tenaga.
Pastikan anda mendapat keuntungan daripada harga jualan. Jika tidak, anda akan mengalami kerugian atau tidak membuat sebarang untung.
Dalam masa yang sama pastikan harga yang anda letak adalah munasabah supaya pelanggan sentiasa berminat untuk menggunakan perkhidmatan anda.
6. Faktor keselamatan
Jangan abaikan faktor keselamatan. Memandangkan barang yang dibeli adalah barang mewah, jika tidak mewah sekali pun tanggungjawab kita untuk memastikan barangan tersebut berada dalam keadaan baik sehingga sampai ke tangan pembeli.
Jika berlaku sebarang perkara tak diingi, akan menjadi kesukaran juga kepada anda apabila perlu mengganti atau memulangkan semula wang kepada pelanggan.
7. Tuntut ilmu jadi personal shopper
Jangan kata jadi personal shopper tak perlu ilmu.
Anda boleh mencontohi personal shopper yang berjaya.
Baca apa yang mereka kongsikan dan ambil mana yang berguna. Ikut jejak langkah mereka yang telah terbukti berjaya. Terdapat ramai personal shopper yang seronok berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
Salah seorang usahawan di bawah program Mentoring RichWorks, pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection.com, Nor Rafidah Khairuddin cukup menginspirasikan yang mana daripada menjual muffin pisang di Kanada sebelum menjadi personal shopper hingga kembali ke Malaysia dan menjadi online premium outlet pertama serta butik di negara.
Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam dunia perniagaan, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ilmu daripada Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Bermula daripada personal shopper mungkin suatu hari nanti anda juga mempunyai syarikat sendiri yang meraih jualan jutaan ringgit.