Susah Nak Kekalkan Pelanggan? 8 Cara Buat Pelanggan Jatuh Cinta Bisnes Anda

Buat pelanggan jatuh cinta

“Kenapa awak selalu pergi kedai mamak tu” “Sebab saya ‘tehtarik’ dengan servisnya..” “Aku memang pelanggan tetap kedai ni, dah 5 tahun aku beli kat sini je..”‘ “Aku setia dengan dia je, yang lain tak kena dengan hati aku..” Seronokkan ada pelanggan yang macam ni.

Setia bersama anda. Walaupun ada pesaing baru muncul, mereka tetap nak pilih anda juga. Mereka ini kita panggil ‘raving fan’ atau ‘repeat customer’. Ada juga yang panggil pelanggan setia. Cuba anda fikir, anda sendiri pernah tak membeli sesuatu dari satu tempat saja?

Kalau ada, apa yang buatkan anda asyik nak pergi ke kedai tu je, dan bukan tempat lain? Ada peniaga letak pembantu kedai sweet gila, cun berabis untuk pikat hati pelanggan dan buatkan mereka kerap membeli dari anda. Ada ke? Tak guna cakap lebat, jom baca 8 cara anda boleh guna untuk buatkan pelanggan anda selamanya cinta dengan perniagaan anda.

8 Cara Buat Pelanggan Jatuh Cinta Bisnes Anda

1. Pukau Hatinya Dengan Perkhidmatan Terbaik.

Kadang-kadang kesilapan kecil je menyebabkan seorang pelanggan dah tak datang kembali ke kedai anda. Kadang-kadang, kesilapan kecil tu mereka tak ambil kisah sangat disebabkan perkhidmatan pelanggan anda yang sangat hebat.

Macam kedai mamak, tak sedap sangat pun orang masih datang sebab perkhidmatannya cepat dan semua jenis makanan pun ada. Dalam dunia yang gila sekarang ini, manusia hidup penuh dengan tekanan. Kesesakan, masalah duit, masalah perhubungan dan macam-macam.

Ada kalanya perkhidmatan terbaik yang anda berikan jadikan mereka rasa best. Cuba fikirkan kembali apa perkhidmatan dalam perniagaan anda yang boleh diperbaiki. Senaraikan dan cari jalan untuk jadikannya lebih baik supaya dapat pikat hati mereka.

Bak kata Dr Azizan “berikan ‘user experience’ yang memukau hati pelanggan.” 81% dari pelanggan akan datang kembali ke sesuatu perniagaan, bila mereka dapat perkhidmatan pelanggan yang excellent dari peniaga.

2. Ikat Emosi Dengan ‘Content’.

Perasan tak, manusia sekarang lebih banyak baca sesuatu di media sosial atau bacaan online dari baca bahan bacaan manual? Tapi, jumlah cetakan novel-novel cinta masih lagi tinggi kerana sifatnya yang melayan dan bermain-main dengan emosi pembaca.

Jadi, anda boleh cuba ikat emosi pelanggan anda dengan ‘content’ yang menarik, yang berguna, yang memukau dan yang sentiasa membuatkan mereka ternanti-nanti posting anda yang seterusnya.

Tak bermakna anda nak kena tulis novel cinta di posting anda, tapi anda boleh gunakan teknik copywriting yang hebat untuk jadikan pelanggan jatuh cinta dengan anda.

3. Janji Ditepati.

Kalau anda ada pasangan hati, cuba try test tak tunaikan janji. Cubalah. Buat-buat lupa janji lebih dari 3 kali…akibatnya bye..bye! Kalau dah janji stok baru datang minggu depan, pastikan ianya betul-betul ada.

Pelanggan takkan tanya “bila stok baru sampai” jika mereka tak berminat nak membeli dari anda. Dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif ini, menepati janji adalah satu perkara penting.

Ada peniaga suka berjanji dengan alasan nak pikat pelanggan tapi sekali mungkir janji, susah untuk orang nak percayakan anda lagi. Silap-silap pelanggan akan kata anda seorang penipu sebab asyik tak tepati janji.

4. Dengar Suara Hati Mereka.

Memang tak dapat nak ditolak, ada masanya kita tak dapat nak puaskan hati dan permintaan semua pelanggan walaupun kita dah cuba yang terbaik. Kadang-kadang, masih ada pelanggan yang tak berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk yang kita berikan.

Apa nak buat? Luangkan masa dengar maklum balas mereka. Mungkin ada yang datang atau hubungi anda dengan marah-marah dan kekecewaan, anda perlu bersabar dan biar mereka luahkan.

Cara terbaik untuk layan komplen dan feedback negatif ini ialah dengan beri peluang mereka bercakap, dengar baik-baik dan bila dah habis, minta maaf dan ulang kembali segala luahan hati mereka. Cara ini buatkan mereka fikir anda ambil serius ketidakpuasan hati mereka.

5. Konsisten Bagus Dalam Layanan.

Haa..Ini penting! Peniaga jangan nak emosi sangat. Kadang-kadang, ada hari dan bulannya bila kita pergi ke satu-satu kedai, kita dapat layanan yang sangat best, tapi bila kita pergi sekali lagi layanannya dah tah macam apa.

Sama juga dengan produk yang diberikan, kali pertama dan kedua beli produk yang sama kualitinya sangat bagus, bila dah sampai kali ketiga dah mula kurang kualitinya. Siapa pernah ada pengalaman macam ni?

Kali pertama datang ke sesebuah restoran, nasi goreng ikan masinnya sangat best, minuman fresh orangenya yang terbaik dari ladang. Tapi, bila datang kali kedua, nasi goreng ikan masin dan fresh orangnya dah jadi hambar.

Agak-agak mereka nak datang kali ketiga tak? Ini macam dah potong minat pelanggan untuk terus setia dengan anda. Jadi, pastikan layanan dan kualiti yang anda berikan adalah konsisten pada tahap tertinggi.

6. Sentiasa Di Sisi.

55% pelanggan dah tak mahu berurusan dengan sesebuah peniaga kerana peniaga tersebut tak mampu selesaikan masalah mereka dalam kadar waktu yang mereka kehendaki.

Pernah tak anda ke sesebuah kedai yang anda dah mula rasa nak suka, tapi kemudiannya anda tengok kedai tu buka dan tutup ikut suka hati?

Atau pernah tak anda hubungi mana-mana syarikat yang memberikan perkhidmatan dan mereka asyik beri alasan seolah-olah nak mengelak untuk bantu anda? Peniaga macam ini memberi gambaran mereka berniaga bukan untuk bantu pelanggan selesaikan masalah mereka.

Mereka tak pedulikan sangat kehendak pelanggan tapi hanya mementingkan kehendak diri sendiri.Contoh terbaik dari 7-Eleven, ramai orang sukakan mereka kerana sentiasa ada di sisi.

Dengan taglinenya “Always There For You” kadang-kadang menjadikan anda masuk ke 7 Eleven bukan sebab nak beli apa-apa pun, tapi akhirnya terbeli juga. Betul kan…

7. Bertanggungjawablah.

Pikat hati pelanggan dengan jadi peniaga yang bertanggungjawab. Orang kata ‘act of kindness’ adalah kunci kepada perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Macam orang kata “jangan tipu isteri, macam mana tipu pun mereka akan tau juga.”

Begitu juga dengan pelanggan, jangan tipu pelanggan, lambat laun pasti akan tahu juga. Ambil tanggungjawab untuk berikan perkhidmatan terbaik dan berniaga secara penuh berhemah. Jangan libatkan diri anda dengan perniagaan yang tak baik dan dari sumber yang tak baik.

Artikel terbaru

Leave a Reply