Tak Seronok Dengan Rutin Kerja Harian, Ini Cara Bagi Mengubahnya

Tak Seronok Dengan Rutin Kerja Harian, Ini Cara Bagi Mengubahnya

Dalam hidup ini, kita mungkin sering berada dalam dilema di antara perkara yang kita perlu lakukan ataupun yang benar-benar mahu dilakukan.

Malangnya, mungkin jalan yang anda pilih tidak dapat memberikan kegembiraan dan kepuasan yang dicari. Adakah anda merasakan hal yang sama?

Jika anda merasa seperti demikian, maka sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan dan satu pilihan demi mencipta perniagaan yang sejajar dengan impian anda.

Bagi mengenal pastinya, langkah pertama dalam proses penciptaan perniagaan anda dengan membina idea yang menjawab tiga soalan utama di bawah:

Anda pandai buat apa?

Apa yang anda suka?

Apa yang memberi anda kepuasan?

Sebenarnya anda boleh menjadikan rasa kepuasan itu sebagai asas untuk mencipta perniagaan yang berjaya.

Jika anda ingin membuat peralihan untuk memulakan perniagaan anda sendiri tetapi anda tidak tahu cara melakukannya, anda tidak bersendirian.

Mungkin selama ini anda rasa gaji yang diterima berpatutan namun kepuasan itu masih tidak dapat dirasai.

Rasa kepuasan ini kebiasaannya lebih penting daripada jumlah ringgit yang diperolehi. Pada penghujung hari, perasaan kepuasan akan memupuk dan melengkapkan hidup dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh duit semata-mata.

Apabila membina syarikat baharu anda, adalah penting untuk memasukkan elemen keikhlasan dengan sepenuh hati ke dalam rangka kerja perniagaan kerana ini merupakan antara bahagian penting dalam kejayaan syarikat baharu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Berikut adalah tiga langkah untuk mula memikirkan perkara yang akan memberi kepuasan yang dicari-cari selama ini.

Langkah 1: Mula mengambil kira perasaan dengan serius

Manusia adalah unik kerana kita mempunyai keperluan emosi dan psikologi melebihi makhluk lain. Apabila keperluan ini dipenuhi, ia akan memberikan rasa kekuatan dan kegembiraan dalam diri.

Ramai orang mengambil bahagian dalam aktiviti seperti sukarelawan dan kerja amal kerana ia membantu memenuhi keperluan mereka untuk berkhidmat, yang mana ia mungkin tidak dapat dilakukan dalam pekerjaan seharian mereka.

Perbezaan sebegini mencipta perubahan dalam diri seseorang. Terokailah perasaan anda dengan memberi perhatian kepada apa yang membuatkan anda rasa gembira. 

Langkah 2: Cari inspirasi dan senaraikan perkara yang anda gemari

Walaupun rasa kepuasan itu berbeza-beza bergantung kepada seseorang individu, namun selalunya ia akan berhubung kait rapat dengan tujuan hidup yang besar dalam hidup kita.

Ia merujuk kepada bagaimana kehidupan seharian kita dapat menyumbang atau memberi manfaat kepada individu yang lain.

Mengetahui bahawa perniagaan anda dikaitkan dengan tujuan yang lebih besar membantu membuatkan kerja seharian terasa lebih bermakna.

Mulakan dengan kehidupan anda dengan rasa syukur dan fikirkan apa yang membuatkan anda rasa bahagia.

Fikirkan tentang isu yang meringankan minda anda dan buat senarai. Pertimbangkan cerita yang anda suka baca dalam berita, filem atau subjek dokumentari yang mencetuskan sesuatu isu dalam diri atau pengalaman yang dialami di mana anda merasakan anda boleh membuat perubahan kepada seseorang.

Ia tidak semestinya sesuatu yang besar atau topik yang luas. Ia boleh jadi semudah “membuatkan orang tersenyum” atau “membantu rakan yang memerlukan.”

Dengan melakukan perkara reflektif sebegini, anda boleh meningkatkan potensi diri ke arah idea perniagaan yang bukan sahaja memenuhi keperluan dalaman tetapi juga memenuhi tujuan hidup yang dicari.

Langkah 3: Mula cuba sesuatu yang baru

Ramai sebenarnya tidak tahu apa yang mereka suka, atau apa yang memenuhi kehendak diri mereka. Ada juga yang mengatakan mereka mempunyai terlalu banyak perkara yang disukai dan tidak boleh memilih satu sahaja!

Ia boleh menjadi sesuatu sukar bila harus memilih satu atau beberapa perkara sahaja untuk difokuskan. Walau bagaimanapun, pilihan tetap harus dilakukan.

Cuba kecilkan perkara yang anda suka kepada tiga perkara untuk bermula. Ingat, apabila perniagaan anda berkembang dan terus berkembang, anda mungkin mencari cara untuk memasukkan idea baharu dan perkara lain yang anda sukai ke dalamnya.

Perkara kritikal yang perlu dilakukan pada peringkat pertama ialah fokus. Fokus untuk menjadi usahawan yang hebat. Sebaik sahaja anda mempunyai tiga perkara tersebut, maka sudah tiba masanya untuk mula bereksperimen.

Bagaimanakah anda boleh mengetahuinya? Terdapat banyak cara untuk melakukannya dan anda hanya perlu mengambil satu langkah sahaja bagi melaksanakannya.

Saya suka peraturan 1% James Altucher, yang menyatakan bahawa adalah lebih baik untuk mengambil tindakan 1% ke arah perkara yang anda ingin terokai daripada mencuba dan mencapai peningkatan 100% dalam sekelip mata.

Jika anda berminat untuk membantu orang lain, anda bolehlah cuba menjadi sukarelawan di rumah kebajikan sebagai contoh.

Mulakan dengan mendapatkan maklumat, membuat panggilan telefon atau menghantar emel untuk mendaftar. Semua ini boleh disiapkan sedikit demi sedikit. Tetapi satu-satunya jalan ke hadapan adalah dengan mengambil satu langkah.

Jangan menghabiskan 10 tahun berfikir bahawa suatu hari nanti semuanya akan menjadi jelas. Mula mencuba sesuatu dari sekarang. Biar perlahan daripada langsung tiada perkembangan. 

Cari sesuatu yang anda mahir, yang anda suka dan yang memenuhi kehendak anda untuk mencipta perniagaan yang sejajar dengan siapa anda sebenarnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply