Kadang-kadang bila mengajar. Perkara yang paling payah adalah bila mereka usahawan sendiri tidak percaya dengan kemampuan diri dan bisnes mereka.
Nak tahu kenapa?
Kerana mereka sendiri tidak nampak dan faham berapa besar potensi pasaran mereka, tidak kenal siapa pelanggan utama sasaran mereka serta mereka tidak jelas pasti dengan apa kekuatan dan kemampuan produk atau perkhidmatan mereka.
Adakah anda percaya dengan kemampuan diri untuk tingkatkan jualan dalam bisnes anda?
Ramai tak percaya jualan mereka boleh meningkat sebab mereka kata, mereka sudah buat macam-macam tapi sama sahaja. Masalahnya, macam-macam mereka itu adalah ikut apa yang mereka tahu sedangkan ada banyak lagi strategi dan teknik yang mereka tidak tahu.
Pengalaman saya terlibat kempen pemasaran dan pengiklanan sejak 2001 untuk syarikat telekomunikasi, perbankan dan kemudian SME seluruh Malaysia berulangkali memberikan saya kepastian In sha Allah apakah strategi terbaik yang usahawan mesti lakukan sebelum melancarkan kempen pemasaran, ketika dan selepas supaya mencapai 3 perkara :-
1/ Pelanggan yang ramai yang sentiasa nak lagi produk atau perkhidmatan kita
2/ Peningkatan jualan & keuntungan yang tinggi kerana ia penting untuk bisnes
3/ Perkembangan syarikat yang pantas dan tersusun supaya ia akan menyokong sustainability perniagaan anda.
80% bisnes gagal atau tidak capai jualan yang mereka mahukan kerana mereka tidak mempunyai ilmu pemasaran yang betul.
Formula 6-Pillars Integrated Marketing & Formula P.O.W.E.R yang diajar pada Millionaire Marketing Mastery (MMM) dalam Marketing Mentoring akan membantu usahawan lebih pasti bagaimana nak capai 3 perkara di atas dengan pantas.
Saya selalu sebut, tak percaya tak apa, tapi cuba buat sahaja dulu kemudian tengok apa hasilnya…..
Ada sesiapa usahawan nak macam ni? Peningkatan jualan meningkat dan berganda-ganda.
Datuk Wira Dr Azizan Osman,
MenThor & Pakar Pemasaran No 1 Asia