Suri Rumah Pun Mampu Buat Bisnes Berjaya

Suri rumah ini sememangnya serba boleh, mereka boleh buat macam-macam benda dalam satu masa. Ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak malah ada juga suri rumah yang menjadi usahawan yang berjaya.

Sedangkan sebagai seorang suri rumah, banyak benda perlu dilakukan dan agak sibuk bagi menguruskan rumah tangga. Dari segi menjaga keluarga, pakaian, makanan, kebersihan rumah dan banyak lagi.

Tapi mengapa masih ada yang memilih untuk buat bisnes?

Mereka sanggup buat bisnes yang bukannya mudah untuk menjana pendapatan meskipun banyak benda lain yang perlu dilakukan.

Berdasarkan pemerhatian daripada usahawan yang mengikuti program latihan & bimbingan RichWorks selama lebih 12 tahun, antara sebab suri rumah membuat bisnes ialah :

  1. Mahu membantu suami dan keluarga mendapatkan wang tambahan.
  • Wanita ini berhati mulia, sedikit sebanyak nak meringankan bebanan suami dan keluarga. Mereka sanggup melaburkan masa mereka yang padat dan sibuk untuk menyenangkan keluarga.

2. Mempunyai wang pendapatan sendiri untuk berbelanja, buat simpanan dan persediaan di masa depan.

  • Wanita ini tidak mahu berikan lebih bebanan kepada suami dan keluarga untuk memenuhi kehendak mereka contohnya membelikan hadiah untuk diri sendiri dan lain-lain.
  • Selain itu, mereka juga buat persediaan untuk masa akan datang. Tiada sesiapa meminta untuk kehilangan suami namun kesemuanya merupakan ketentuan Allah SWT.
  1. Mendapatkan ilmu, pengalaman dan kenalan baru.
  • Melalui bisnes, mereka dapat ilmu dan pengalaman baru serta tingkatkan keupayaan untuk jana pendapatan. Mereka juga dapat berjumpa dengan kenalan baru.

Hal ini kerana dengan peningkatan kos sara hidup, soal inflasi, keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah krisis ekonomi dunia ketika ini.

Banyak pihak terjejas, lebih 800,000 dilaporkan hilang pekerjaan sejak pandemik bermula tahun ini. Pasti banyak keluarga yang terkesan selepas kehilangan punca pendapatan atau mengalami pengurangan pendapatan mereka.

Suri Rumah Jadi Jutawan Ketika 23 Tahun

Kami nak kongsikan anda dengan kisah seorang suri rumah, Puan Nur Aini Zolkepeli yang dulunya bermula jual rumpai laut kini menjadi jutawan kosmetik malah membantu ribuan suri rumah lain untuk jana pendapatan.

Ini bukan cerita yang dibuat-buat ya. Beliau merupakan pengasas brand Nurraysa Beauty yang menampilkan produk mesra wuduk.

Beliau mulakan bisnes dengan dengan tekad untuk bantu suami dan tingkatkan pendapatan keluarga. Hanya dengan modal RM500 yang dipinjamkan dari suaminya, Tuan Saiful Anuar Seliman, beliau mulakan bisnes.

Bukannya mudah untuk buat bisnes, ada turun naiknya dengan persaingan dan bermacam-macam hal lagi. Bagaimanapun, bisnes beliau terus berkembang selepas menyertai program anjuran RichWorks.

Dari situlah berlaku lonjakan dalam bisnesnya, ilmu marketing yang beliau dapat dan dipraktikkan secara konsisten.

Puan Nur Aini juga faham bahawa untuk lebih berjaya, beliau perlu membantu lebih ramai orang. Timbul idea untuk ‘berniaga berjemaah’ dan beliau mahu bantu suri rumah yang hadapi situasi yang sama sepertinya, yang tercari-cari cara untuk tambahkan pendapatan.

Jualan produk Nurraysa telah mencecah lebih RM100,000 sebulan! Sales mereka pada tahun 2019 sahaja sudah mencecah 13 juta! Tapi pada tahun ini, setakat 29 November lalu, jualan Nurraysa Beauty telah mencecah RM28.2 juta walaupun ketika krisis ini.

Menurut Puan Nur Aini, tanpa bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mungkin bisnes Nurraysa tidak wujud sehingga mencapai level sekarang.

Anda juga boleh menjadi seperti Pengasas jenama Nurraysa Beauty ini. Lihat dan belajar daripada perjalanan beliau hingga berjaya hingga hari ini.

Apa yang menarik, bukan beliau seorang saja berjaya malah ribuan suri rumah dan orang lain juga menjana pendapatan lumayan dan menjadi usahawan berjaya.

Jadi, siapa kata suri rumah tak boleh jadi usahawan berjaya?

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply