Jutawan :Suri Rumah Ah Soh Boleh , Raih Jualan RM8 Juta

Suri Rumah Ah Soh Boleh Jadi Jutawan, Raih Jualan RM8 Juta

“Jika you Ah Soh (mak cik) juga macam saya, kalau you tak cantik juga macam saya, kalau you tak ada pengetahuan macam saya tak apa, kita boleh bimbing sehingga capai tahap tinggi.

“Tetapi saya seorang Ah Soh, Ah Soh juga boleh jadi seorang usahawan berjaya,” kata pengasas Carols THL Beauty dan jutawan, Tan Hwi Ling  atau lebih mesra dengan panggilan Caroline.

Beliau bukan seorang pengasas produk, tetapi bekas jururawat yang mengorbankan kerjaya demi cahaya mata yang dikasihi.

Caroline mengambil keputusan itu selepas ibu mertuanya jatuh dan mengalami kecederaan patah kaki sekali gus menyebabkan tidak dapat menjaga anaknya ketika bekerja.

Berniaga untuk bantu suami

Sejak insiden itu, beliau terpaksa bergantung hidup kepada sang suami untuk keperluan peribadinya dan tidak lagi bebas berbelanja seperti dulu.

Perasaan membuak-buak untuk membantu suami yang mengemudi bahtera rumah tangga, Caroline nekad untuk terjun ke dunia perniagaan secara atas talian.

“Saya mahu ibu lihat saya walaupun menjadi suri rumah, tetapi saya masih boleh memiliki pendapatan sendiri, masih mampu berniaga. Pada masa sama saya boleh jaga anak dan dapat merasai kebebasan kewangan dalam perniagaan,” ujarnya.

Caroline mula berniaga secara atas talian dengan menjadi ejen produk kecantikan Cellglo sehingga bergelar jutawan.

“Saya tak ada produk sendiri hanya jual produk orang. Saya tak ada pekerja, tak ada pasukan, bekerja dari rumah. Kita bukan pengasas,” katanya.

Master stokis Cellglo

Apa yang membanggakan Caroline, beliau berjaya mendaki anak tangga satu demi satu, sehingga bergelar Master Stokis kepada produk berkenaan. Namun, sejak menjadi Master Stokis, perjalanan perniagaan itu bukan satu perkara yang mudah.

Sehubungan itu, Caroline mengambil keputusan mengikuti program anjuran RichWorks dengan bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Saya mula ikuti Dr Azizan sejak tiga tahun lalu. Saya sertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

“Program itu memberi saya kekuatan dalaman yang mendorong saya untuk terus berjuang. Ternyata IMKK berjaya ubah cara saya berfikir. Mentor amat penting untuk memastikan apa yang kita lakukan adalah betul,” tegasnya.

Mengulas lanjut, pada 2021 jualan syarikat meraih RM 8 juta dan menjadi seorang jutawan wanita walau berdepan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan banyak perniagaan lain gulung tikar.

Buat tindakan ‘gila’

“Setiap kali one to one, Dr Azizan mesti suruh buat (buka pejabat) you fikir gila ke nak buat benda ini. Tetapi memang kita akan ikut.

“Apa yang Dr Azizan cakap kita ikut. Apa yang Dr Azizan suruh kita ikut. Dia suruh buka pejabat kita buka pejabat. Dia suruh cari sistem kita cari sistem. Dr Azizan cakap buat marketing agresif, kita ikut.

“Dalam keadaan PKP kita buka pejabat, ramai tutup pejabat.  Dr Azizan suruh buka pejabat. Selepas buka pejabat kita nampak keadaan bertukar, kita mula dapat pekerja yang baik. Bisnes kita mula berkembang,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Caroline yang menjalankan perniagaan dari rumah mengalami masalah pengurusan.

“Pada 2019, dah mula rekrut pekerja, tetapi sebab bekerja dari rumah, pekerja saya keluar masuk. Masa PKP saya dan suami sahaja pekerja untuk syarikat ini. Saya buat live, pembungkusan stok, semua buat sendiri,” kongsi Caroline.

Penerima anugerah Golden Phoenix

Berkat kesungguhan dan bimbingan mentor, pada 2021 Caroline terpilih menerima anugerah Golden Phoenix yang mengiktiraf kejayaan usahawan wanita di dunia.

“Anugerah ini pada tahun lalu hanya empat orang sahaja yang dapat, semua orang lain adalah pengasas produk saya seorang sahaja master stokis daripada produk Cellglo naik atas pentas. Golden Phoenix adalah anugerah untuk wanita yang berniaga dan berjaya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Carol berazam untuk membawa lebih ramai wanita untuk menceburi bidang perniagaan untuk menjadi seorang jutawan dan berjaya seperti dirinya.

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply