Sukan Olimpik – Apa Usahawan Boleh Belajar?

Sukan Olimpik-Apa Usahawan Boleh Belajar?

Demam Sukan Olimpik sudah bermula, dalam masa beberapa minggu ini ribuan mata akan di kaca mata televisyen bagi melihat persaingan antara atlet dunia.

Dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo ini selain bagi menyokong negara masing-masing, sebenarnya ada pengajaran yang boleh setiap usahawan belajar.

Mungkin usahawan tidak sangat melihat kepada atlet Olimpik ketika ini. Tapi sebenarnya banyak benda boleh dipelajari di mana atlet kelas dunia yang bermula dari bawah hingga berjaya.

Mereka bertanding dengan pesaing-pesaing dalam kategori mereka, membangunkan kemahiran melalui latihan yang konsisten untuk mencapai prestasi yang terbaik.

Cuba lihat ada sedikit sebanyak sama seperti perjalanan seorang usahawan itu?

5 pengajaran Sukan Olimpik buat usahawan :

1/ Atlet berlatih dan buat persediaan bertahun sebelum membawa kepada kejayaan besar

  • Sesetengah usahawan mahu cepat berjaya, baru bermula dan terus nak buka banyak cawangan dan sebagainya. Sedangkan terdapat proses dan persediaan yang perlu ada bagi memastikan mereka mampu menguruskan perniagaan itu.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sentiasa ingatkan bahawa kita perlu ‘trust the process’. Ikuti proses sudah disediakan beliau dan RichWorks yang mana telah melahirkan ramai usahawan berjaya.

Dari kosong menjadi jutawan dan menyaksikan perkembangan yang luar biasa, insyaAllah. Seperti seorang atlet yang mana mereka berlatih setiap hari dengan konsisten dan fokus dalam proses mereka untuk capai destinasi iaitu pingat emas dalam Sukan Olimpik.

2/ Rehat dan penjagaan diri yang penting untuk kejayaan

  • Mentaliti seorang pelari maraton diperlukan bagi seseorang atlet itu sama bagi seorang usahawan. Jika anda tergesa-gesa mahukan kejayaan akan membuatkan kepenatan dan mungkin juga susah nak bertahan.

Pastikan ada waktu rehat bagi diri anda untuk kekalkan bertenaga sepanjang perjalanan yang panjang ini. Ada masa anda perlu memperlahankan pergerakan yang dibuat memastikan tidak kehabisan tenaga dengan cepat.

3/ Bayangkan kejayaan anda

Atlet dunia dalam sukan renang, Michael Phelps ada berkongsikan rahsia kejayaannya mendapatkan banyak pingat dalam Sukan Olimpik sebelum ini iaitu dengan menggunakan visualization atau pembayangan.

Selain latihan yang konsisten, Phelps memperuntukkan masa setiap malam untuk membayangkan rekod dunia yang berjaya dicipta dengan memenangi pingat emas.

Teknik visualization ini sangat power yang dapat membantu bukan saja atlet dunia malah usahawan untuk mencapai kejayaan.

4/ Bersedia untuk berubah

Apa yang kita rancang tidak semestinya berlaku dengan perkara-perkara luar jangka. Justeru itu, agility atau ketangkasan perlu ada bagi melakukan perubahan yang perlu dalam sukan mahupun keusahawanan.

Buat beberapa perancangan bagi berdepan situasi terburuk atau sebaliknya untuk buatkan kita bersedia dan dapat bertindak dengan tepat dan pantas.

5/ Kejayaan sukar diperolehi berseorangan

Meskipun dalam sukan solo, atlet Olimpik mesti bekerjasama untuk mencapai goal mereka. Mungkin kita melihat, atlet itu berseorangan dalam pertandingan itu tapi mereka sebenarnya mempunyai team terutama jrurulatih yang menyokong dan pastikan prestasi dan kejayaannya.

Sama seperti seorang usahawan, jika anda cuba buat perniagaan ini seorang diri tanpa bantuan, komuniti atau circle atau MenThor maka agak sukar untuk berjaya.

Jom tonton acara Sukan Olimpik terutama yang ada wakil negara kita. Moga kita dapat melihat atlet negara dapat menghasilkan pingat emas pertama buat Malaysia. Doa kita buat mereka semua.

Artikel terbaru

Leave a Reply