Catatan impian sebuah perjalanan kejayaan…
Bekerja selama enam tahun sebagai pembantu showroom di sebuah syarikat yang menjual pakaian seragam dengan gaji permulaan RM750 ringgit sebulan terpaksa ditinggalkan apabila beliau terpaksa menjalani rawatan kanser limfoma tahap satu.
“Kenapa saya berhenti bekerja di syarikat lama, saya masa itu ada masalah kesihatan. Saya disahkan menghidap limfoma tahap satu dan memerlukan rawatan lebih lanjut, memerlukan cuti yang agak panjang. Jadi prestasi saya menurun. Keadaan kesihatan saya yang tak mengizinkan,” kata Pengasas Sueffi Attire, Suzana Hashim memulakan cerita.
Kemahiran menjahit dan sijil SPM
Berbekal kemahiran dalam bidang jahitan yang dipelajari selapas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman kerjanya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.
“Saya hanya ada SPM sahaja tetapi saya memang berminat dalam bidang jahitan. Habis SPM saya sambung belajar di sebuah kolej 6 bulan saya belajar menjahit, cita-cita ni adalah daripada ayah saya. Dia nak anak dia jadi tukang jahit.
“Saya mulakan bisnes pertama saya pada 2013 di Sungai Besi. Saya ada pengalaman kerja dengan orang. Saya belajar dulu dalam bidang jahitan baju perempuan. Kita ambil tempahan buat baju perempuan. Bermulalah perjalanan saya masa itu,” katanya.
Apakan daya, keputusan yang dibuat Suzana dengan jangkaan mampu membawa pulangan yang baik, ternyata meleset sama sekali.
Rugi tiga tahun pertama perniagaan
“Tiga tahun pertama mengalami kerugian. Sebab saya ingat dengan ada kemahiran ada pengalaman bekerja boleh buat bisnes dan jadi orang yang berjaya. Rupa-rupanya saya silap. Nak buat bisnes yang berjaya tak cukup dengan hanya pengalaman dan kemahiran bekerja di syarikat orang dulu.
“Masa tu saya tak ada jualan, sedangkan saya ada tiga orang tukang jahit sehingga satu tahap saya tak mampu nak bayar gaji termasuk sewa kedai. Ini berlarutan sehingga saya tak ada duit dekat tangan,” jelasnya.
Pada tahun 2015, Suzana terpaksa menjual semua barang di dalam kedainya kecuali sebuah mesin jahit untuk bangkit semula memulakan perniagaan dengan menumpang di kedai orang lain.
“Saya dah berhenti lagi macam-macam masalah datang. Sampai saya tak mampu nak belikan makanan untuk anak saya yang ketika itu berusia 3 tahun setengah. Paling saya sedih saya tak mampu nak belikan KFC atau McDonald. Apa yang saya ajar bila nampak KFC atau McDonald saya cakap tak boleh beli sebab tiada duit.
“Saya fikir, apa lagi yang perlu saya buat. Hari-hari nak makan pun tak ada duit. Makan nasi dengan telur goreng. Kadang-kadang tak ada duit langsung dalam dompet,” ujarnya.
Tiket percuma hadiri kelas
Dalam menghadapi situasi itu, Suzana tidak pernah putus asa dan sentiasa menitipkan doa kepada Allah SWT agar diberi jalan keluar daripada masalah dan kesukaran yang dihadapinya.
“Saya nampak iklan RichWorks dan kebetulan kawan saya ada sertai kelas anjuran RichWorks, dia Titan masa itu. Saya macam terkejut tengok macam mana dia boleh berjaya. Sebab dulu dia orang biasa-biasa sahaja. Saya tengok dia naik. Masa tu saya tak kenal pun siapa Mentor Usahawan Datuk Dr Wira Azizan Osman.
“Saya nak sertai, tetapi saya tak ada duit masa tu. Kawan saya beli tiket RM198 satu tiket, satu tiket percuma dia bagi dekat saya. Duduk dekat belakang sekali. Saya tak nampak pun Dr Azizan secara dekat, hanya melalui skrin sahaja,” katanya yang mengikuti Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada 2017.
Catatan impian pada sekeping kad
Ketika di dalam seminar IMKK, Suzana diminta untuk menulis impian pada sekeping kad. Dalam kotak fikiranya terlintas adakah dia mampu mencapai impian tersebut. Namun beliau akur dan menulis beberapa impiannya.
“Saya tulis pada satu kad 2020 nak capai jualan RM1.2 juta pertama, nak beli kereta Honda CRV, nak beli rumah, nak beri duit kepada mak dan ayah dan beberapa impian lain,” ujarnya.
Pulang dari IMKK dengan semangat baru, Suzana mula melakukan perubahan dalam perniagaan.
Suzana melaksanakan tindakan dan menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya daripada Dr Azizan dan team RichWorks.
“Dr Azizan ajar macam mana nak lakukan rundingan. Saya runding macam mana nak beli mesin jahit. Saya beranikan diri untuk minta bayar hutang, bayar 3 kali. Saya beranikan untuk keluarkan cek, sedangkan tak ada duit dalam bank masa tu. Alhamdulillah, setiap kali sampai tarikh cek tu, ada duit jualan saya masuk.
“Saya berjaya masuk kedai baru bermula dengan 3 mesin jahit yang saya hutang dan saya ada dua orang tukang jahit Bangladesh.
“Saya apply teknik yang Dr Azizan ajar, strategi pemasaran. Saya guna satu sahaja, Teknik ejen. Macam mana saya mula dengan ejen. Saya buat tempahan pre-order, customer order baru saya potong. Memang tak ada duit langsung untuk nak restock baju. Melalui kaedah itu, perniagaan saya menjadi,” jelasnya.
Mengulas lanjut, katanya ejen akan mengambil tempahan dan melakukan penghantaran. Lebih manis, daripada seorang ejen meningkat kepada empat ejen dan hasil jualan naik daripada RM30,000 ke RM50,000.
Tegas Suzana, daripada situ juga beliau sedar kepentingan ilmu perniagaan dan tekad untuk menyertai program Titan. Beliau berjaya menyertai Titan selepas 4 tahun bersama RichWorks.
“Semua kelas RichWorks buat saya pergi sebab saya nak masuk Titan, nak cakap dengan Dr Azizan yang saya ini adalah produk RichWorks. Saya mula semula tanpa modal. Dia cakap mula dengan apa yang ada di tangan.
“Saya tak ada ilmu, tak rekod pun jualan masuk. Tak ada ambil gaji. Main buat je, langgar dinding. Sebab tu sangat struggle 3 tahun pertama tu. Bila saya masuk SPIRE tu macam-macam kejayaan yang saya capai,” katanya.
Jualan perniagaan meningkat, daripada menyewa kedai RM600 sebulan berpindah ke kedai di Ampang dengan sewa RM3,500 sebulan.
Semua impian jadi kenyataan
Lebih manis, semua impian yang ditulis sewaktu IMKK menjadi kenyataan.
“Saya berjaya beli kereta pertama saya Honda CRV, saya dapat capai jualan RM1.2 juta pada tahun 2020 yang saya tulis masa IMKK 2013! Saya mula bagi wang secara bulanan kepada mak dan ayah dan menjelaskan bil utiliti mereka. Saya juga dapat membeli kediaman impian.
“Saya nampak tak ada apa yang mustahil untuk kita capai kalau kita ada ilmu, ada guide, ada mentor, dan kita sendiri nak buat. Saya nak jadi orang yang berjaya, saya nak banggakan mak ayah,” jelasnya pengasas syarikat pembekal pakaian, Sueffi Holdings Sdn Bhd ini.
Pada tahun 2021 hasil jualan meningkat kepada RM3.4 juta dan mempunyai duit simpanan bulanan serta mempunyai dua lot kedai.
Setelah impiannya menjadi kenyataan, tahun 2022, beliau menanam cita-cita untuk membantu pasukannya merealisasikan impian.
“Ada saya punya team, dia juga berjaya upgrade dia punya kehidupan. Dia team jualan, tahun lepas dia buat jualan 300,000 lebih, komisen sahaja dia dapat pendapatan lebih RM50,000 dan dapat membeli kereta idaman.
“Saya gembira sangat, apa yang saya dapat team akan rasa juga,” ujarnya.
6 Comments
terimakasih,,, artikel ini menjadikan motivasi untuk saya, agar berusaha mencapai impian semaksimal makin… Dan saya akan tetap semangat,,,moga bisa bangun masjid di wilayah Pantura.
Good! Terima kasih atas perkongsian puan. Semoga bermanfaat.
MasyaAllah.. Terima kasih atas pkongsian ni dr. Saya perlukan ketukan hati agar sy terus tertolak utk ke depan dan mengubah nasib keluarga saya.. Moga Allah perkenankan..
Terbaik! Semoga dapat mengubah nasib keluarga dan bermanfaat kepada lebih ramai orang.
sy mempunyai perniagaan paste mee bandung n sebagainya. cuma belum jumpa cara yang terbaik untuk memajukannya
Terima kasih atas perkongsian tuan. Boleh whatsapp di 0192442244 untuk dibantu mengenai program Richworks. Semoga bermanfaat.