7 Tips Mula Bina Sistem Ejen Berkualiti

Nampaknya, semua peniaga pun nak ada ejen sendiri!

Betul, salah satu cara untuk meluaskan aktiviti pemasaran anda ialah dengan memiliki ejen yang ramai. Ramai peserta program Richworks terutamanya yang telah menyertai Titanium, mempunyai bilangan stokis dan ejen yang besar.

Pernah tak terfikir, bagaimana peniaga yang ada lebih dari beribu-ribu ejen contohnya seperti Puan Nur Aini Zolkepeli, pengasas produk Nurraysa dan ramai lagi para peserta program Richworks mampu menguruskan ejen yang ramai?

Kami senaraikan 7 tips membina sistem ejen yang berkualiti dengan anda. Semoga anda pun dapat bina rangkaian ejen yang ramai sedikit masa lagi.

1/ Do’s and Don’ts

Kesilapan ramai peniaga yang nak bina rangkaian ejen ialah tiada undang-undang yang jelas dan juga pemantauan. Peniaga sepatutnya dari awal lagi telah menerangkan garis panduan yang jelas tentang beberapa perkara penting seperti:

[1] Peraturan harga – Contoh, tidak boleh jual lebih rendah dari harga yang ditetapkan oleh pemilik.

[2] Peraturan tentang promosi produk – Promosi hanya boleh dilakukan oleh pemilik atau stokis terbesar.

[3] Peraturan yang jelas tentang kawasan liputan – contoh, tidak boleh adakan promosi di kawasan stokis atau ejen yang lain.

[4] Penggunaan alat promosi – Penggunaan alat promosi hendaklah dengan keizinan ibu pejabat supaya dapat menggunakan tema dan penjenamaan yang sama.

[5] Tiada perjanjian yang khas – Sepatutnya ada dokumen perjanjian yang khas di antara peniaga dan ejen. Dokumen ini sepatutnya mempunyai garis panduan yang jelas tentang bagaimana mahu menjadi ejen kepada perniagaan anda.

2/ Jumlah sasaran jualan

Ada peniaga yang tak kisah dan tak peduli untuk meletakkan sasaran jualan kepada ejen. Tanpa sasaran jualan, ejen tak akan kisah nak buat jualan! Atau mereka tak akan berusaha untuk buat jualan.

Ada banyak kes, peniaga yang ada ‘agen lompat-lompat’ kerana ejen tak serius nak jadi ejen akibat pemilik produk pun tak serius nak bantu ejen bina pendapatan.

3/ Imbuhan

Manusia perlukan sesuatu untuk menjadi inspirasi mereka untuk membuat tindakan. Selalunya, peniaga yang berjaya memiliki dan mentadbir ejen mereka sebaiknya, mempunyai strategi memberi imbuhan kepada ejen, mengikut pencapaian mereka.

Ada yang beri hadiah berbentuk barang kemas, Iphone, tiket umrah dan berbagai lagi. Bila anda imbuhan, ejen akan nampak dengan jelas target yang mereka nak capai.

4/ Bimbingan

Ejen tak boleh dibiarkan berniaga tanpa bimbingan. Sebagai pemilik produk, anda perlu tahu, anda akan dapat buat jualan yang tinggi bila ejen anda juga buat jualan yang tinggi. Jadi, jika anda biarkan mereka berniaga tanpa ilmu, anda sendiri yang akan ditimpa masalah.

Anda mungkin juga perlu buat lawatan ke setiap negeri yang anda mempunyai ejen untuk memberi latihan dan bimbingan tentang produk dan cara nak berbisnes. Atau, ada juga peniaga yang membuat bimbingan melalui group WhatsApp, Live Video di FB Group, Webinar dan lain-lain lagi.

Jika anda tak tahu bagaimana nak latih mereka, cara paling mudah ialah dengan menghantar mereka ke program-program seperti yang diadakan di Richworks. Dalam program asas seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) ramai pemilik-pemilik perniagaan menghantar stokis dan agen mereka hadir.

5/ Sistem

Untuk mempunyai bilangan ejen yang ramai, penting untuk anda ada sistem pengurusan ejen yang betul.

Ada beberapa peserta program kami yang mempunyai ejen yang ramai tetapi tidak pernah berurusan secara langsung dengan ejen, sebaliknya pemilik atau ibu pejabat hanya berurusan dengan stokis utama dan stokis biasa. Dan, stokislah yang akan berurusan dengan ejen.

Sistem yang betul juga penting untuk anda memantau ejen yang tidak aktif, ejen yang perlu di bantu atau ejen yang memberikan masalah.

6/ Matlamat yang jelas

Satu lagi kesilapan utama peniaga ialah tidak berkongsi matlamat perniagaan, misi dan visi syarikat dengan sejelasnya kepada ejen. Ini menyebabkan ejen tak tahu hala tuju perniagaan anda dan juga tak pasti bagaimana perniagaan anda boleh bantu mereka.

Ada juga peniaga yang sangat berahsia dan sangat skeptikal dengan ejen menyebabkan agen pun rasa takut nak berurusan dengan peniaga.

7/ MenThor

Anda perlu menjadikan diri anda sebagai mentor kepada ejen anda. Untuk menjadi mentor, anda perlu ada ilmu, anda perlu ada pengalaman dalam memasarkan produk anda sendiri, anda perlu tahu dengan jelas semua aspek tentang produk anda.

Anda perlu pandai menginspirasikan mereka dan mampu untuk membantu mereka memperbaiki kehidupan dengan menjadi ejen produk anda.

Anda sendiri harus mempunyai kredebiliti yang tinggi untuk menjadi mentor yang bagus selain dari kepercayaan yang teguh terhadap bisnes anda sendiri dan aktif membantu ejen anda dengan melakukan aktiviti promosi dan lain-lain.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “7 Tips Mula Bina Sistem Ejen Berkualiti” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



6 Comments

Leave a Reply