Tokey Emas Ni Buat Lebih RM 8.5 Juta Setakat Tahun 2019… “Tokey Emas…Boleh La…..”

Tokey emas

Ada Yang Cakap Macam Tu Kan? TAPI Anda Tak Tahu Ini Halangan Dalam Bisnes Yang Tokey Emas Ini Kena Lalui..

Dunia ni adil.  Kau usaha lebih, kau dapat lebih.  Betul kan? Masalahnya, dalam kepala ramai orang kat luar sana suka melihat kejayaan orang lain dari perspektif yang negatif.

“Tokey Emas…boleh lah buat RM 8 juta, kalau aku tokey emas pun mungkin aku boleh buat lebih…”

Kalau jumpa orang yang cakap macam ni, anda tanya dia…”Dah tu kenapa tak buat? Bila nak mula?”

Talk is cheap! Bila dah buat dan lalui prosesnya, baru kau tahu tak mudah sebenarnya nak berjaya dalam bisnes. Sehubungan itu, kami nak share kisah Tuan Haji Mohd Shaiful Hasri  pemilik Kedai Emas Halijah yang katanya, bukan senang untuk dia sambung legasi bisnes keluarganya. 

Sharing owner Kedai Emas Halijah semasa sesi coaching One on One ahli Titanium bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa perjalanan bisnes yang dibuat sangat jauh untuk dia  berada pada kedudukan ini.

Dia beritahu, bukan senang sebenarnya nak buat customer datang balik, memang sangat susah. “So bila pakai satu-satu strategi, if buat sekali je dan tak konsisten maka kita akan kalah,” kongsi Tuan Haji Mohd Shaiful.

Memang betul, tak konsisten adalah sebab utama  ramai orang kalah dalam bisnes. 80% bisnes melingkup dalam 3 tahun pertama kerana, tak konsisten. Tak percaya cuba lah, anda akan nampak hasilnya tapi kena buat benda yang betul.

Rahsianya, ramai orang boleh buat marketing, buat strategi yang hebat-hebat tapi berapa ramai orang yang boleh konsisten dan jadikannya lebih power seperti ramai usahawan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman buat?

Tuan Haji Mohd Shaiful cakap dia juga tak boleh leka untuk sentiasa konsisten dan komited dalam bisnes. Selain itu, beri inspirasi kenapa team agar sama-sama bergerak seiring dan jelas target bisnes.

Alhamdulillah, sales tahun lalu dia sebanyak RM7.5 juta dan setakat ini dah pun capai RM8.5 juta…Kita doakan supaya semua usaha Tuan Haji Mohd Shaiful dipermudahkan dan diberkati Allah. Moga sharing ni juga dapat membantu anda di luar sana.

3 kunci penting sharing Tuan Haji Mohd Shaiful:

1. KONSISTEN, dapat buat bisnes anda terus grow dan membezakan dengan pesaing lain.

2. Komited dengan apa dibuat hingga nampak hasil. Kalau anda komited, insyaAllah ada hasilnya.

3. Pembangunan team penting untuk menyokong grow bisnes anda.

Bagaimanapun, sebelum nak konsisten, anda kena pastikan apa dibuat adalah betul. Bayangkan kalau benda dibuat tak betul, lepas tu anda konsisten buat benda yang salah. Rasa-rasa apa jadinya?

Nak elakkan benda ni mudah saja,  mesti ada ilmu.

Artikel terbaru

Leave a Reply