TanzeelWorks : Mula Dengan Telefon Bimbit, Kini Sudah Ada Studio Ajar Mengaji

TanzeelWorks : Mula Dengan Telefon Bimbit, Kini Sudah Ada Studio Ajar Mengaji

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) pada tahun lalu, kelas mengaji yang djalankan terpaksa ditutup ekoran pandemik yang melanda dunia. Bermula dari situ, TanzeelWorks telah beralih kepada online 100%.

Pengasas TanzeelWorks, Ustaz Amar Samsuri berkata, langkah tersebut berjaya dengan menjimatkan banyak kos malah boleh membantu lebih ramai orang lagi.

Kepakaran beliau adalah membantu mereka ada masalah tak lancar baca al-Quran, yang bertahun-tahun masih tak paham al-Quran untuk lancar dan memahaminya.

Katanya, dulu beliau hanya dapat mengajar 15 orang dalam satu masa namun apabila fokus dalam bisnes dan seterusnya beralih kepada online, lebih ramai orang dapat dibantu.

Mula dengan telefon bimbit saja untuk berhubung dengan peserta-peserta. Kemudian sedikit demi sedikit Allah bagi rezeki dengan ilmu dan strategi yang betul dengan usahawan itu sendiri jelas apa yang nak dicapai.

“Kalau diikutkan, campur-campur sudah sekitar 3,000 orang yang mengikuti programnya (Online Tadarus & Tadabbur- OTATA),” kata Ustaz Amar.

Perjalanan TanzeelWorks

Cabaran dalam pendidikan ini bila kita mengembangkannya akan ada mulut-mulut orang lain mula bercakap dan berlaku halangan.

“Tapi perkara betul, saya cuba beranikan diri sebab selama ini tak berkembang bila tiada ilmu bisnes untuk grow dan bagi manfaat pada orang. Jadi kena mula belajar cari ilmu di tempat betul dengan guru betul. Alhamdulillah, berbaloi jumpa tempat betul di RichWorks.”

Ustaz Amar

Beliau bermula dengan program Zero To Million (ZTM) pada Oktober 2019 sebelum menyambung kepada Millionaire Marketing Mastery (MMM) November dan Januari 2020 menyertai Nak Ubah Hidup (NUH). Pada NUH, nampak hala tuju dan jalan lebih jelas macam mana nak berjaya dalam hidup ini. ZTM lebih kepada strategi manakala NUH pula tumpu kepada orang yang memacu bisnes itu.

“Saya faham bila nak improve diri, kita perlu ada ilmu. Malah dalam ilmu agama, kita nak jadi manusia yang dekat dengan Allah SWT, kita kena ada ilmu. Nak beramal dengan sempurna pun kena ada ilmu. Dalam hadis-hadis nabi pun banyak menekankan kepentingan untuk belajar, kena ada ilmu,” jelasnya lagi.

Hasil ilmu dan bimbingan yang diperolehi dalam Spire sejak 2019, 101 impian yang ditulis dalam NUH sudah mula dicapai 1 demi 1 dengan menyaksikan perkembangan baik.

Kini beliau sudah ada 2 studio bagi program online, Centre Quran dua tingkat dengan 4 orang team bagi akaun, pemasaran dan menjaga perhubungan pelajarnya.

Jualan beliau pun semakin meningkat dengan permulaan bisnes mendapat RM19,000 dengan pada tahun lalu, jualan berjaya capai hampir RM300,000. Pada Februari 2021, beliau berjaya mencapai lebih RM60,000 sebulan.

Alhamdulillah, mak ayah pun makin gembira dengan beliau dapat beri lebihan duit yang ada untuk mereka secara konsisten.

Kepentingan impian dalam bisnes dan kehidupan

Jelas Ustaz Amar, beliau boleh katakan bahawa kalau kita orang Islam tidak ada impian, maka anda menempah neraka sebenarnya.

“Orang Islam kena ada matlamat dalam hidup, kena ada impian. Sebesar-besar impian orang Islam adalah masuk dalam syurga Allah SWT.

“Kalau dia tak ada pelan nak masuk syurga, sebab itu hari ini ramai orang Islam lupa Tuhan, tak solat, tak baca al-Quran dan sebagainya. Anda boleh jauh daripada Allah SWT,” ujarnya.

Sebab itu, kenapa ramai orang Islam banyak buat dosa kerana tak nampak apa nak capai dekat akhirat nanti sebenarnya.

Kepentingan MenThor

Ustaz Amar memberitahu, MenThor merupakan orang yang sudah lalu banyak cabaran dalam hidupnya hingga mencapai kejayaan sekaran ini. MenThor akan menunjukkan jalan apa yang dilalui, apa yang kena buat dan jangan buat.

Beliau sebenarnya tolong tunjukkan shortcut, agar kita tak buat kesilapan sama yang dilakukan sebelum ini. Justeru itu, anak-anak didik hanya buat benda betul saja. Sebab itu bila ada MenThor, kita cepat dapat result, dia awal-awal buang kesilapan yang tak sepatutnya dibuat

“Namun strategi hingga langit dan bumi pun, kalau you tak ada energy, tak ada usaha dan tindakan tiada benda akan berlaku. Sebab itu, mula buat keputusan dan bertindak. Bila lambat, syaitan masuk line.

“Bila jelas, terus jalan. Kalau lambat buat keputusan akan ada pelbagai benda yang akan ganggu keputusan kita,” katanya.

 

Leave a Reply

logo richwell