Tidak Ada Satu Bisnes Kekal, Namun Tuan Norshahid Tak Mengalah

Tidak Ada Satu Bisnes Kekal, Namun Tuan Norshahid Tak Mengalah

“Macam-macam bidang bisnes yang saya lalui sendiri sampaikan pernah jual nasi lemak dan bubur”

Founder One Dream Management (Syarikat Pengurusan Hartanah, Tuan Norshahid Karim

Tuan Norshahid merupakan satu-satunya anak tunggal di dalam keluarga, beliaulah yang memikul tanggungjawab untuk berikan kehidupan yang baik buat ibu bapanya.

Seperti yang beliau pernah cakap, banyak bisnes pernah dicuba tapi tidak ada satu pun yang kekal dan membawa keuntungan yang memuaskan.

Sudah tentu sepanjang perjalanan karier dan bisnesnya, banyak pengalaman pahit telah dilalui oleh beliau. Sehingga sekarang, beliau masih menjadikan pengalaman itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam kehidupan serta bisnesnya. 

“Paling saya tak boleh lupa bila rumah ayah saya nak kena lelong…”

“Dulu tak ada ilmu, pengurusan bisnes sangat tidak sistematik. Susah nak bertahan lama…”

Beliau mula serius untuk berbisnes apabila sedar akan pentingnya ilmu. Tuan Norshahid mulakan kerjaya barunya sebagai seorang trainer di dalam sebuah syarikat property management.

Beliau menggunakan segala pengalaman dan ilmu yang ada hasil pembelajaran bersama RichWorks dan MenThor bagi membina sendiri bisnes berjaya beliau.

Alhamdulillah, segala perancangan beliau telah dipermudahkan. Kini, beliau mampu memilik perniagaan hartanah dan mampu menggajikan lebih ramai orang di luar sana.

Pencapaian Tuan Norshahid Karim

Sebulan selepas menyertai program mentoring SPIRE, Tuan Norshahid sudah mampu mencapai RM1 juta pertamanya. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM1.7 juta pada 2018.

Pada 2019, jualannya melonjak naik kepada RM3.7 juta. Diikuti pula pada 2020 sebanyak RM6.4 juta. Kemudiannya pada awal 2021, Tuan Norshahid berjaya menempatkan diri beliau di bawah program mentoring TITANIUM.

Sehingga Februari 2021 beliau mampu menghasilkan jualan berjumlah RM1.3 juta. Melihat daripada pencapaian beliau, bimbingan merupakan faktor utama yang melonjakkan kejayaannya.

Artikel terbaru

Leave a Reply