Suri Rumah Bangkit Berniaga Sebab Tekanan Hidup

Suri Rumah Bangkit Berniaga

Seorang suri rumah juga mampu memulakan perniagaan hingga menyaksikan peningkatan dan perkembangan.

Sebelum itu, Puan Yulfa Aftia Yasa pemilik Fatia Solehah Resources bergantung sepenuhnya kepada suami dan tekanan hidup membuatkan dia mengambil keputusan untuk mula berniaga.

Beliau juga mempunyai keluarga di kampung yang berharapkan sepenuh kepada dirinya. Duit yang diberikan tidak cukup apatah lagi bila ada anak.

Kini kepakaran beliau bagi membantu ramai wanita muslimin dekat luar sana untuk menutup aurat kaki dengan sempurna menggunakan stokin yang selesa & harga mampu milik.

Beliau bermula selepas ada masalah kaki berpeluh, jadi beliau timbul idea untuk menjual stokin yang lebih selesa untuk bantu mereka yang ada masalah sama.

Cabaran suri rumah berniaga

Bagaimanapun beliau tidak ada duit untuk bermula malah suaminya juga tidak ada duit untuk bantu beliau. Namun atas kesungguhannya, beliau sanggup menjual mas kahwin yang disimpannya lagi. Beliau percaya akan dapat lebih lagi, niatnya untuk ubah hidup, bantu suami dan keluarga.

Beliau harungi cabaran ini sehingga bawa beliau ke tahap sekarang apabila beliau terbuka untuk mendapatkan bimbingan dengan RichWorks.

Beliau sedar, perlunya ilmu dan bimbingan untuk upgrade diri bagi dapat pimpin team yang ada. Beliau bermula dengan program Nak Ubah Hidup dan selepas itu sertai program Millionaire Marketing Mastery yang membawa bisnesnya berkembang lebih lagi.

Beliau buat ‘gila-gila’ selepas itu hinggakan jualannya juga dari RM3,000 sebulan naik kepada sampai hampir RM50,000 sebulan.

“Alhamdulillah, kini saya dah berjaya bantu suami langsaikan hutang,” kata Puan Yulfa.

Bukan itu saja, beliau berjaya buatkan rumah dua tingkat yang baru untuk emak dan ayahnya yang berada di kampung. Ketika itu, rumah yang diduduki keluarganya hendak diambil semula oleh pemilik rumah dalam masa setahun.

Kini Puan Yulfa sudah menyertai program mentoring Spire dan kini beliau mahu membantu lebih ramai orang terutama team bagi mencapai matlamat mereka.

Artikel terbaru

7 Comments

Leave a Reply