Sumosauna : Bermacam Bisnes Pernah Dibuat, Puan Norrizah Nekad Buat Bisnes Ini Sampai Berjaya

Sumosauna : Bermacam Bisnes Pernah Dibuat, Puan Norrizah Nekad Buat Bisnes Ini Sampai Berjaya
Sumosauna : Bermacam Bisnes Pernah Dibuat, Puan Norrizah Nekad Buat Bisnes Ini Sampai Berjaya

Bermacam-macam bisnes pernah dibuat Co Founder dan Ketua Pegawai Eksekutif The Sumo Group Sdn Bhd (Sumosauna), Puan Norrizah Hazirah Maulana, tidak ada yang bertahan dengan banyak jatuh dan melingkup.

Beliau juga pernah alami kesusahan hinggakan terpaksa makan bubur saja, bil api dan air rumah kena potong sampai kereta kena tarik kerana tidak bayar beberapa bulan.

“Pada tahun 2017, saya pernah mengalami saat bawah dalam hidup saya sehinggakan tiada sesen pun dalam wallet. Pergi ke dapur cuma ade semangkuk kecil beras untuk meneruskan kelangsungan hidup. Terpaksa korek syiling di setiap penjuru rumah untuk membeli 1kg beras untuk hari hari seterusnya.”

“Pada waktu itu saya berkata dalam diri – Bila Allah keluarkan saya dari kesempitan hidup, saya akan pastikan saya bangkit dan terus bangun untuk membantu lebih ramai lagi suri rumah di luar sana,” katanya

Perjalanan Puan Norrizah dan Sumosauna

Beliau mula menyertai program RichWorks Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada 2014. Sejak menyertai program pertama itu, beliau mula merasa peningkatan dalam diri dan mula bina impian.

Dalam 2 tahun kemudian, Puan Norrizah menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada tahun 2016. Selepas program ini peningkatan jualan beliau semakin ketara malah berjaya melaksanakan impian kedua ibu bapa tercinta mengerjakan umrah.

Namun pencapaian dan peningkatan ketika itu membuatkan beliau berada dalam zon selesa hinggakan mengabaikan soal ilmu dan pembelajaran yang dicari sebelum ini.

Sebab itu bisnesnya semakin menurun dan beliau tidak dapat mencapai impiannya yang sebenar. Beliau nekad untuk bina bisnes yang berjaya hingga saksikan produk Sumosauna hingga capai jualan sekitar RM700,000 pada 2019.

Beliau juga telah berada dalam Mentorship Titanium Circle bagi mendapatkan latihan dan bimbingan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Syukur berada dalam circle ini, beliau dan team berjaya berdepan cabaran pada tahun lalu meskipun dengan pelbagai kekangan dan halangan.

Lebih membanggakan, ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, jualan Sumosauna berjaya capai jualan sebanyak RM7 juta. Bukan itu saja, beliau sudah dapat berikan lebih banyak peluang pekerjaan dengan kini mempunyai seramai 22 staf.

Ekoran bisnes yang berkembang, beliau kini ada 4 lot kedai serta Sumosauna menerima Anugerah Brandlaureate pada Disember 2020.

Puan Norrizah juga mahu meneruskan misinya untuk membantu anggota masyarakat terutama suri rumah yang dalam kesusahan untuk menjana pendapatan.

“Sehingga hari ini, saya tidak mampu untuk mendengar jika ada suri rumah yang struggle dalam hidup. Dengan sumosauna, saya akan terus komited dan bantu mereka untuk keluar dari zon struggle mereka. Itu janji saya.”

Alhamdulillah, team Sumosauna kini sudah membantu sekitar 4,000 orang ejen dan stokis.

Artikel terbaru

Leave a Reply