Puan Shahriza : Macam-Macam Bisnes Pernah Cuba Tapi Tak Menjadi

Tak Jadi Founder Pun Mampu Hasilkan Jualan Jutaan Ringgit

“Dulu buat bisnes macam-macam. Langgar dinding macam orang lain. Sekarang alhamdulillah bila fokus dan aplikasi ilmu yang betul, saya sudah mampu jadi usahawan jutawan.”

Puan Shahriza Ibrahim. Associate Executive Partner Faith Fleur

Ramai orang beranggapan kakitangan kerajaan dan individu yang ada kerja hakiki memiliki kehidupan yang selesa.

Namun dulu bila sampai ke hujung bulan, beliau sudah mula rasa sesak akibat wang yang sudah semakin berkurang. Oleh kerana dibebani hutang kad kredit yang banyak, beliau mula mengambil keputusan untuk berbisnes.

Bermacam-macam perniagaan pernah beliau cuba, tapi semuanya tidak menjadi oleh kerana kesilapan yang beliau lakukan tanpa sedar oleh kerana tiada ilmu.

Walaupun sudah bekerja di awal perkahwinan, kehidupan mereka suami isteri masih sukar. Mereka menggunakan kelebihan sebagai kakitangan kerajaan dengan memohon loan untuk teruskan kelangsungan hidup.

Sehingga suatu masa beliau dan suami terpaksa menjual rumah untuk selesaikan hutang kad kredit. Duit yang masih berbaki digunakan untuk menunaikan umrah bersama keluarganya.

Semasa di depan Kaabah, Puan Shahriza berdoa bersungguh-sungguh agar Allah SWT tunjukkan jalan untuknya ubah hidup dan bantu suami. Selepas enam bulan pulang ke tanah air, Puan Shahriza dipertemukan dengan Faith Fleur apabila beliau menyertai satu peraduan yang dianjurkan oleh pengasasnya Puan Siti Mariam.

“Saya menang peraduan yang dianjurkan dan dihadiahkan produk penjagaan rambut Faith Fleur. Apabila saya menggunakan produk tersebut, saya rasai perubahan yang positif pada rambut dan kulit kepala saya. Dari situ saya buat keputusan untuk menjual produk tersebut.”

Pada permulaannya Puan Shahriza hanya ingin menjadi Dropship, tetapi beliau tersalah cakap untuk menjadi seorang ‘Agent’. Yuran ketika menjadi agent hanya RM170 ketika itu.

“Dulu masa mula-mula buat bisnes saya sangat susah kerana saya masih bekerja. Untuk buat dua kerja dalam satu masa merupakan satu perkara yang sukar bagi saya. Waktu rehat di pejabat saya gunakan sepenuhnya untuk bungkus pesanan pelanggan.”

IMKK adalah program pertama yang disertai oleh Puan Shahriza. Kelas itu ditaja sepenuhnya oleh founder Faith Fleur.

“Selepas saya sertai program IMKK, benda yang paling terkesan dan ubah hidup saya adalah apabila Datuk Wira Dr Azizan Osman suruh semua peserta call mak dan suami minta restu dan doa supaya kami semua dapat bermula dengan kolam hati yang bersih.”

Semangat beliau semakin hari semakin bertambah, setiap kali hadir ke program beliau akan membawa suaminya sekali untuk turut serta. Dari situ, suami Puan Shahriza nampak kesungguhan yang ada di dalam dirinya.

Pencapaian Associate Executive Partner Faith Fleur, Puan Shahriza

Selepas berada di bawah bimbingan program mentoring SPIRE, jualannya meningkat kepada hampir RM800 ribu. Beliau berjaya mencapai RM1 juta pertama pada Ogos 2020.

Pada tahun yang sama, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM1.6 juta dengan hanya menjadi Associate Executive Partner Faith Fleur. Kini Puan Shahriza berjaya memiliki pejabatnya sendiri walaupun beliau bukannya founder produk. Pasukannya juga lebih teratur menjadikan perniagaan yang diusahakan berjalan lancar.

Walaupun beliau diuji dengan kehilangan suami tercinta di saat berada di puncak kejayaan, Puan Shahriza berjaya mengawal emosi dan kekal berada di tahap terbaik bagi memastikan masa depan anak-anak, team dan perniagaan sentiasa terbela.

Siapa di sini yang mahu mencapai kejayaan seperti yang dikecapi Puan Shahriza? Beliau bermula dengan program IMKK yang mana, pada masa ini sudah ditambah baik dan digantikan dengan program Nak Ubah Hidup.

Sebab itu, bagi mereka yang serius nak berubah dalam hidup dan bisnes, perlu menghadiri program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 – 28 Mac 2021.

Jangan ketinggalan, layari www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendapatkan tiket anda bagi mulakan langkah pertama anda bagi ubah hidup ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply