Rabi Sugarflour : Kalau Saya Tak Bantu Keluarga, Siapa Yang Akan Bantu

Rabi Sugarflour : Kalau Saya Tak Bantu Keluarga, Siapa Yang Akan Bantu

Puan Robiatul Takut Kehilangan Suami Sendiri Di Atas Jalan Raya

Bayangkan, dulu ketika 2016 usahawan jutawan yang mengusahakan Rabi Sugarflour ini perlu bangun jam 3 pagi untuk masak dan selepas pulang tadika sekitar pukul 12 tengah hari pergi buat penghantaran pula sebelum membeli barangan berniaga dan sambil itu buat marketing untuk ambil order orang serta masak lagi sehingga 12 tengah malam.

Founder Rabi Sugarflour (Durian Crepe), Puan Robiatul Adawiyah

Macam itulah kehidupan Founder Rabi Sugarflour (Durian Crepe), Puan Robiatul Adawiyah suatu ketika dulu dengan sales bisnes dibuatnya kalau ‘kaw kaw’ dapatlah dalam RM1,000. 

Beliau ketika itu merupakan seorang guru tadika yang bergaji RM900 sebulan dengan suaminya yang bekerja sebagai runner pizza, mula berniaga macam-macam umpama 7-Eleven, semua ada seperti lunch box, kek dan lasagna.

Titik Tolak Perubahan Puan Robiatul

Paling sedih, beliau tengok keadaan ibu bapanya dengan hutang keluarga pula dekat RM40,000. Ketika itu pemiutang mahu menggunakan duit dia dan meminta untuk membayarnya.

Bukan itu saja, beliau pernah beberapa kali lihat suaminya balik dalam keadaan luka-luka disebabkan kemalangan ketika bekerja. Suaminya tak hubungi Puan Robiatul pun sebab tak mahu beliau susah hati dengan kemalangan itu. Itulah yang menjadi push factor membuatkan Puan Robiatul buat bisnes secara serius.

Satu hari, kebetulan beliau ternampak Live Datuk Wira Dr Azizan Osman dekat Facebook sebut tentang sebaik-baik manusia adalah manusia beri manfaat pada orang lain.

Beliau cuba fahami ayat ini yang membuatkan dirinya tersentak untuk buat perubahan pada diri dan keluarga. Kalau tak, siapa lagi yang nak bela nasib keluarganya kerana duit hanya cukup makan saja. Bermula dari situ, beliau mengikuti Live dan video-video Datuk Wira.

Rabi Sugarflour

Puan Robiatul tekad untuk bisnes sepenuh masa hanya dari rumah dan berhenti kerja pada 2018. Beliau menggunakan ilmu-ilmu dari RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diberikan secara percuma, untuk berbisnes dari rumah saja.

Selain itu, beliau kemudian ada sertai program Black Magic yang dipelajari secara online menyaksikan sales beliau dari RM5,000 berjaya mencecah RM20,000 secara konsisten. Sebelum itu sales RM20,000 hanya akan dapat ketika musim perayaan. Bayangkan, kalau secara online pun sudah saksikan sales capai RM20,000 apatah lagi kalau berjumpa.

Puan Robiatul juga hadiri program IMKK dan kemudian teruja untuk mendapatkan bimbingan secara dekat. Beliau kemudian telah sertai Mentorship SPIRE pada Mac 2019. Malah kemudian diterima menyertai Titanium circle pada Oktober 2019.

Pencapaian Rabi Sugarflour

Rabi Sugarflour

Puan Robiatul berjaya mencapai RM1.1 juta pertamanya pada September 2019.

Bayangkan sales pada 2018 hanya sebanyak RM147,000, kemudian menyaksikan peningkatan sehingga RM1.3 juta pada 2019 dan pada tahun lalu berjaya capai RM2.4 juta ketika PKP 1.0.

Ketika PKP tahun lalu, beliau memang dalam ketakutan namun sokongan dan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks membuatkan bisnes masih mampu beroperasi.

Bukan saja beroperasi untuk bertahan, malah berkembang hingga saksikan peningkatan yang baik. Malah pada 2020, beliau sudah ada kedai sendiri.

Bukan itu saja, beliau sudah dapat hadiahkan kereta untuk ayahnya secara tunai dan berikan duit saku kepada emak dan mertuanya RM1,000 setiap bulan.

Sementara itu, pesan Puan Robiatul kepada bangsa usahawan di luar sana agar tidak berhenti untuk belajar. Dalam bisnes memerlukan ilmu apatah lagi untuk membina bisnes yang berjaya.

Kata Puan Robiatul, anda perlu belajar untuk diri sendiri dulu sebelum dapat bantu mengajar orang lain. Dulu beliau tak nampak bisnes dibuat boleh grow disebabkan silap sendiri yang tak ada ilmu.

Artikel terbaru

Leave a Reply