Puan Che Sukma – Dulu Buat Bisnes Ikut Emosi Dan Tak Konsisten

Selama 5 tahun  Puan Che Sukma Ayu berbisnes namun tak berjaya disebabkan emosi selalu naik dan turun. Bila suami cakap sikit, terus tak buat iklan seminggu, tak konsisten dengan jual macam-macam produk dengan banyak try and error.

Beliau merupakan Partner Circle Sabella yang mempunyai syarikatnya sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Superbmom Legacy Sdn Bhd, kalau tak boleh kawal emosi, ia dapat mempengaruhi bisnes dan sebenarnya anda sendiri yang akan menentukan ke mana bisnes itu.

Titik tolak perubahannya untuk serius dalam bisnes selepas melihat sendiri kesusahan abah yang merupakan seorang buruh. Pernah satu ketika beliau nak membayar bil klinik abahnya yang hanya seratus lebih namun ketika nak bayarnya beliau tak ada duit dalam dompetnya. 

Dari situ, beliau merasa seperti tak berguna sebagai anak yang dibesarkan ibu dan bapanya. Sampai bila beliau nak jadi sebegitu saja. Ditambah satu masa beliau melihat keadaan abangnya yang sedang bekerja di atas sebuah bumbung rumah dalam keadaan yang panas. Beliau kemudian memberikan duit yang ada padanya hanya sebanyak RM20  sebelum beredar dari situ.

Katanya, beliau menangis di sepanjang perjalanan dalam kereta selepas tersentak bahawa ada keluarganya yang kesusahan sedangkan beliau agak ‘selesa’ untuk dirinya saja.

“Ya Allah, jika kau buka jalan untuk aku, aku nak bantu lebih ramai macam abang aku,” doanya ketika itu. 

Beliau tak sedar orang di sekelilingnya berada dalam susah. Itulah big why dia untuk membantu lebih ramai orang dan kemudian beberapa hari selepas itu beliau diterima menjadi Partner Circle Sabella dengan sales RM18,000 tanpa pegang modal dan stok di tangan.

Beliau tahu untuk berjaya, tak boleh buat apa yang dilakukan ketika itu, perkara yang sama saja. Sebaliknya beliau kena buat sesuatu luar biasa. 

Puan Che Sukma capai RM1 juta pertama dengan hanya menonton video Youtube RichWorks. Beliau wajibkan diri untuk menonton beberapa video MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman setiap hari ditambah mengikuti kelas mingguan bersama Founder Sabella. 

“Sangat mudah nak berjaya jika kita betul-betul nak, sebab saya sudah mencapainya,” ujarnya lagi.

Seterusnya, pada Januari 2020, beliau mengikuti Program Mentoring SPIRE yang terbukti dapat bantu membina bisnes yang berjaya. Malah dalam SPIRE, beliau tak sempat nak down sebab sokongan dan bimbingan diberikan buatkan dia terus bergerak ke depan dengan menyaksikan hasil yang lebih baik.

Pesan beliau lagi, bagi bangsa usahawan lain, mereka perlu fokus pada satu benda sebab beliau sendiri pernah menjual macam-macam produk dan pernah lalui saat susah. Disamping itu, perlunya MenThor yang sentiasa bimbingnya hingga menyaksikan pertumbuhan cepatnya dan pentingnya kawal emosi.

Apa saja diperkatakan orang di luar sana yang merendahkan anda jangan layan. Kalau nak berjaya, jangan dengar sebab ia hanya akan mensabotaj diri sendiri. Percaya pada diri dan buat dengan betul-betul.

Pencapaian Puan Che Sukma

Jualan beliau pada 2019 berjaya mencapai RM1 juta pertama dengan ilmu diperolehi daripada video-video youtube RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan pada 2020 sales berjaya mencecah RM9 juta.

Beliau kini sudah mempunyai lebih 1,800 dropship dan berjaya tingkatkan sales jualan berganda-ganda. Malah terkini setakat Februari 2021, sales beliau sudah pun mencapai RM2.4 juta.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply