Paru Rangup : Bekas Pramugari Nekad Bangkit Jadi Usahawan Jutawan Paru

Paru Rangup : Bekas Pramugari Nekad Bangkit Jadi Usahawan Jutawan Paru

Ini kisah Puan Aida Khurniah Sulaiman, Founder Paru Rangup by Aunty Rock yang sudah 16 tahun berada di awan biru. Ketika usia mencecah 30 tahun beliau mula sedar dan nekad untuk bina bisnes.

Hal ini kerana beliau bengang dengan diri sendiri kerana tidak mempunyai simpanan kewangan yang cukup.

“Saya pulang dari bekerja dalam keadaan bengang, saya nampak Datuk Wira Dr Azizan Osman, saya nak tahu apa yang doc buat sebenarnya. Masa tu banyak sangat berita negatif tentang doc. Bagi saya selagi saya tak kenal, saya tidak akan berprasangka pada seseorang. Saya nak kenal Doc saya perlu menyertai Doc.”

Mula Nampak Perjalanan Bisnes Paru Rangup Dengan Jelas

Alhamdulillah setelah beberapa kali hadir, beliau mula jelas dan mula nampak peningkatan jualan dalam bisnes.

“Saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Jadi saya ingin bantu wanita-wanita suri rumah yang hanya menunggu duit suami, mengharapkan nafkah suami sahaja untuk berniaga. Sebab saya tengok mak saya susah”

“Saya mulakan bisnes dengan buat semua perkara secara manual, tanpa bantuan mesin, ketika PKP semua kedai tutup. Saya tetap buat, sampai nampak orang nampak”

Pencapaian Paru Rangup by Aunty Rock

Mulakan bisnes selepas sesi Zero To Million (ZTM) Virtual Online, satu titik perubahan luar biasa dalam hidup beliau terutama mulakan bisnes semasa PKP.

Dengan ilmu dari MenThor dan jualan produk Paru Rangup by Aunty Rock kini jualan beliau dah berjaya mencecah RM 1 Juta tak sampai 1 tahun berniaga.

Bahkan sekarang beliau sudah boleh penuhkan simpanan ASB, dapat buat simpanan duit yang lebih beli emas untuk diri sendiri dan ibu serta boleh beri kegembiraan pada adik-beradiknya.

Artikel terbaru

Leave a Reply