Noureen : Kekalkan Bisnes, Bisnes Kena Kekal Relevan

Noureen : Kekalkan Bisnes, Bisnes Kena Kekal Relevan
Noureen : Kekalkan Bisnes, Bisnes Kena Kekal Relevan

Ketika menjalankan bisnes dalam waktu biasa mahupun krisis, untuk kekalkan bisnes, ia kena kekal relevan.

Founder Noureen, Puan Nik Norezreen berkata, perkara betul yang dilakukannya untuk terus kekal relevan dengan sentiasa upgrade ilmu dan berada dalam circle yang betul.

Jelas bekas Eksekutif Kanan Finance & Strategic Development itu, circle itu penting yang dapat menyokong sesama usahawan dengan perkongsian ilmu masing-masing disamping berikan motivasi untuk kita kekal positif.

“Saya datang daripada keluarga berbisnes. Bisnes keluarga kami walaupun pernah capai beberapa kejayaan, tapi tak dapat sustain sebab tak sedar tentang pentingnya upgrade ilmu.”

“Jadi untuk bisnes saya sekarang, saya meletakkan ilmu sebagai satu perkara penting,” jelasnya lagi.

Perjalanan Noureen

Noureen bermula pada 2018 dengan tumpuan 100% diberikan selepas menyertai bisnes keluarga pada 2007. Puan Nik Norezreen pilih untuk buat bisnes pada mulanya bagi mendapatkan masa yang fleksibel sebagai seorang ibu berbanding bekerja di dunia korporat.

Tapi lama-kelamaan beliau rasa bisnes adalah peluang untuk kita membantu ramai orang bermula dengan ibu bapa dan adik-beradik.

Puan Nik Norezreen memilih untuk mendapatkan latihan dan bimbingan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana melihat mereka memberikan pengalaman yang menyeluruh.

Beliau telah menyertai SPIRE sejak dimulakan yang dilihat merupakan circle yang awesome. SPIRE betul-betul dedikasi untuk emmbantu persiapkan ahlinya untuk mengembangkan bisnes hingga berjaya capai RM1 juta pertama.

“Bukan ajar jual untuk dapat berjuta-juta saja. Bisnes bukan hanya pasal jual saja. Ada pengisian leadership, teknikal seperti compliance disamping peringatan tentang keseimbangan hidup di dunia dan akhirat.

“Kelas teknikal banyak di luar sana tapi di RichWorks saya dapat belajar bisnes sebagai a way of life,” ujarnya.

Beliau lebih jelas dan yakin bila nak buat tindakan bila menyertai Mentorship SPIRE ini.

Pencapaian Noureen

Alhamdulillah sekarang beliau sudah ada team, dropshipper, butik sendiri, mempunyai pelanggan tetap bukan sahaja dari dalam malah luar negara.

Beliau juta mampu beli kereta syarikat, dapat upgrade hidup dan konsisten memberi kepada ibu bapa dan yang memerlukan dengan lebih banyak hasil perniagaan.

Pada tahun lalu, jualan menyaksikan peningkatan hampir 3 kali ganda iaitu sebanyak RM893,060 berbanding RM339,054 pada 2019.

InsyaAllah dalam tempoh 3 tahun nanti, Noureen sudah bertapak kukuh bukan sahaja di negara tapi juga di Brunei, Singapura dan Timur Tengah. Bahkan, Puan Nik Norezreen mahu menyediakan peluang pekerjaan kepada 100 team dan berkongsi rezeki dengan 10,000 Noureen Family.

Pesan beliau kepada bangsa usahawan di luar sana, untuk berjaya tidak mudah yang mana mereka perlu rajin, komited untuk sentiasa beri manfaat kepada orang. Anda sudah buat keputusan nak bisnes, maka perlulah komited untuk tindakan yang luar biasa serta rajin upgrade ilmu.

Komited untuk sentiasa mahu buat lebih baik lagi.

Artikel terbaru

Leave a Reply