Nerry’s : Bermula Sebagai Ejen, Kini Jualan Cecah Jutaan Ringgit

Nerry's : Bermula Sebagai Ejen, Kini Jualan Cecah Jutaan Ringgit

Nerry’s : Dahulunya pada 2005, Puan Narimah Mohamed Shahriman atau lebih dikenali sebagai Puan Nerry bekerja sebagai seorang Executive di Bank Bumiputra Commerce, kemudian 2011 sebagai Manager di RHB Bank dan selepas itu menyambung perkhidmatan secara kontrak di salah sebuah GLC.

Selepas tamat kontrak dengan GLC dan kontrak beliau tidak disambung gara-gara anak pertama dimasukkan ke hospital gara-gara demam denggi. Majikan tidak boleh menerima situasi di mana Puan Narimah  perlu mengambil 2 hari Emergency Leave untuk menemani anak di hospital. Kontrak setahun tidak disambung dan beliau menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Dah biasa bekerja dan dalam dunia korporat bila 4 bulan tak kerja makan tidur makan tidur mula rasa bosan dan ingin bangkit supaya menjadi suri rumah yg berjiwa besar dan dipandang tinggi oleh keluarga, ibu suami dan anak-anak.”

Beliau sangat terinspirasi dengan results usahawan-usahawan di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau bertindak awal kerana beliau tidak mahu rugikan masanya dan mahu berbakti kepada kedua-dua ibu bapa dengan lebih cepat.

Selepas 4 bulan tidak bekerja, Puan Nerry mulakan perniagaan dengan berjinak-jinak menjadi seorang dropship untuk produk orang. Dalam masa 24 jam sahaja beliau upgrade menjadi ejen!

Selepas 3 bulan menjual produk orang, beliau upgrade lagi menjadi seorang stokis. Kemudiannya, beliau menjadi salah seorang Top Stokis di HQ selama 7 bulan! Beliau menjadi seorang Master Stokis dan mempunyai stokisnya sendiri, 30 orang ejen dan 80 dropship pada Oktober 2018.

Untuk mencapai kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah, banyak liku dan cabaran perlu dijalani. Orang hanya nampak masa ceria, tidak tahu di sebalik duka.

Ketika berbisnes, Puan Nerry pernah diuji dengan anaknya sakit selama sebulan akibat sakit yang tidak dapat dikenal pasti. Dimasukkan ke 3 buah hospital – Hospital Pantai, Columbia Asia dan Hospital Serdang. Penyakit anaknya masih juga tidak pulih.

“Bangkit kerana ujian membuat kita kuat dan sabar dengan ujian yang diberikan. Ujian buat kita matang.”

Beliau mula follow Datuk Wira Dr Azizan Osman di Instagram dan Facebook.

“Setiap pagi saya tengok video Doc untuk dapatkan mood.”

Puan Nerry terdorong untuk menyertai program mentoring SPIRE ketika beliau hadiri program Nak Ubah Hidup (NUH) pada tahun 2020. Bagi beliau, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan setakat MenThor dunia, tetapi juga MenThor akhirat untuk mendekatkan diri pada Allah SWT.

Pencapaian Nerry’s

Kini Puan Nerry merupakan CEO syarikat NERRYS International Sdn Bhd @ Founder kepada brand NERRYS. Kepakaran Puan Nerry adalah membimbing suri rumah, oelajar, penjawat awam, pekerja swasta untuk jana pendapatan sebanyak 1000-5000 sebulan melalui platform social media.

Sales meningkat meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jualan berlaku setiap bulan ketika menyertai program mentoring SPIRE.

Sebelum menyertai program mentoring SPIRE, jualan Puan Narimah adalah RM743,957. Menyertai SPIRE pada Februari 2019, berjaya mencapai RM1 juta pertama pada Ogos 2020 sebanyak RM1,158,090.

Beliau berjaya mencipta jualan RM1.4 juta pada tahun 2020. Kini, Puan Narimah telah berada di dalam program mentoring TITANIUM.

Artikel terbaru

Leave a Reply