Najib Asaddok – KAU TIADA MENTHOR SEBAB TU KAU TAK BERJAYA

Najib Asaddok
Najib Asaddok - KAU TIADA MENTHOR SEBAB TU KAU TAK BERJAYA

Melingkup dalam pelajaran bukan penentu nasib kita akan terus gagal selamanya. Tapi punca kegagalan adalah bila kita putus asa untuk menuntut ilmu hingga berjaya.

Ini telah dibuktikan sendiri oleh pemilik Momentum Internet Sdn Bhd, Tuan Najib Asaddok. Disebabkan gagal menamatkan pelajaran, beliau sentiasa mencari jalan bagaimana beliau boleh perbaiki hidup dengan berniaga.

Ramai mungkin tak tahu, Najib Asaddok pernah berniaga macam-macam. Beliau juga antara insan-insan yang mempelopori online bisnes di Malaysia. Tapi, usaha beliau dalam bisnes ketika awalnya hanyalah setakat cukup makan sahaja. 

Dan dari situlah beliau mula mencari ilmu bisnes dengan hadir ke Program RichWorks sehingga sekarang. Awal-awal dulu, beliau pun hadir ke Program RichWorks dan duduk di seat belakang. “Jauh sangat dari Datuk Wira Dr Azizan,” cerita beliau kepada kami dalam satu perbualan. 

7 tahun bersama RichWorks bukan tempoh yang singkat. Tapi Najib Asaddok sentiasa komited untuk belajar setiap ilmu daripada MenThornya Datuk Wira Dr Azizan Osman. Hadir ke program RichWorks sejak 2012, Najib masih simpan setiap barang-barang yang diperoleh setiap kali menyertai Program RichWorks. Bagi beliau itu adalah peringatan tentang bagaimana beliau bermula dahulu.

Kata Najib, “Saya simpan semua nota program RichWorks supaya saya sentiasa sedar diri. Saya takut bila saya senang nanti, saya akan lupa diri. Itu ketakutan saya”.

Cerita Najib, “Dulu saya hadir ke program hanya memandu kereta Kancil dan pernah diuji dengan kereta rosak dan pernah duduk hotel yang entah mana-mana, tapi saya yakin MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah guru yang boleh membantu saya”. 

Akui Najib, ketika pertama kali ke program RichWorks, beliau hanya fikirkan mahu mencapai jualan sebanyak RM30 ribu sebulan. Itu pun dah cukup besar baginya!

Tapi ternyata beliau silap kerana apa yang diajar oleh MenThor bukan setakat macam mana nak buat sales lebih tinggi dalam bisnes tapi juga tentang nilai dalam hidup. Ilmu ini berbeza dari ilmu bisnes yang boleh ‘di Google’  di internet dan pengajarannya tak sama dengan tempat lain.. 

Beliau yang juga merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama ini sentiasa konsisten datang ke kelas dan belajar, fokus dan ikut apa saja yang diajar Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Bagi beliau berguru dengan MenThor adalah pelajaran yang mahal kerana berada dalam kalangan ahli Titanium, beliau boleh nampak sesuatu peluang tanpa perlu mengeluarkan kos.

Hasil bimbingan dan nasihat dari MenThor, bisnes beliau yang dulunya hanya dibantu oleh 2 orang staf sahaja tetapi sekarang sudah memiliki 26 orang staf dan nama Momentum Internet semakin dikenali. 

Beliau yang sangat menghormati guru juga berkata, jika tidak bersama RichWorks beliau belum tentu dapat merasai moment menerima apa-apa anugerah.

Anugerah yang diterima Najib Asaddok

Antara anugerah yang diperolehi Najib adalah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada tahun 2017 dan The Best Social Media Trainer Award 2018 daripada Majalah Nona. Dan atas nasihat Datuk Wira Dr Azizan Osman juga, beliau berjaya menamatkan pengajian MBA di Anglia Ruskin University demi menebus  segulung ijazah yang diharapkan oleh ibunya.

Sehingga 29 November 2020, jualan Momentum Internet telah mencecah RM16.5 juta.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Tengku Anneke Nasution

    Nak tanya,macam ni ke sebagai motivasi seperti dia?sebenarnya ramai usahawan yang berjaya lebih bagus daripada dia.dia itu siapa?jual air liur.

Leave a Reply