Nasi Briyani Hj Ali Batu Pahat : 3 Bulan Saja, Sales Capai RM100,000 Hampir Menyamai Sales Setahun Sebelum ini

Nasi Briyani Hj Ali Batu Pahat : 3 Bulan Saja, Sales Capai RM100,000 Hampir Menyamai Sales Setahun Sebelum ini

Dahulunya, Founder Myma Rich Trading, Tuan Mohd Yusri Mohd Ali yang mengusahakan Nasi Briyani Hj Ali Batu Pahat yang bertapak di Batu Pahat Johor ini tidak tahu ke mana hasil yang diperolehi daripada bisnes yang dijalankan.

Menurutnya, beliau merupakan usahawan yang terlampau berusaha tapi tak tahu apa yang diusahakan sebab tak nampak pun results sebelum ini.

Bagaimanapun, semua itu telah berubah apabila beliau sedar akan kepentingan ilmu dan bimbingan daripada MenThor.

“Benda betul yang saya buat adalah dengan belajar daripada MenThor yang proven success dengan results.”

Tuan Mohd Yusri Mohd Ali

Jelasnya lagi, beliau kemudian memilih untuk bersama RichWorks kerana percaya dengan kemampuan mereka dalam melahirkan ramai usahawan jutawaan.

Sebab itu, Tuan Mohd Yusri memilih untuk menjadi anak didik MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan menyertai Program Mentoring SPIRE pada 1 September 2020.

Kini beliau lebih jelas dalam bisnesnya dengan kepakaran beliau adalah membantu anda mendapatkan kenikmatan rasa sebenar nasi briyani dengan adunan rempah ratus Haji Ali yang berkepakaran lebih 40-tahun yang mana sesiapa mencubanya pasti merasai kepuasan sehingga anda sedih untuk menghabiskan suapan terakhir.

Macam mana, rasa nak cuba tak Nasi Briyani Hj Ali ini?

Tapi apa yang membanggakan lagi, hanya dalam tempoh 3 bulan beliau bersama SPIRE, sales dari belasan ribu sebulan meningkatkan kepada sekitar RM113,000 sebulan pada Januari 2021.

Jika nak dibandingkan sales jualan Januari tahun ini sudah nak menyamai sales sepanjang 2019 berjumlah RM141,780. Sales pada tahun lalu pula dapat mencecah RM561,062.

Kenaikan berkali-kali ganda jualan beliau ini diperolehi selepas mendapatkan bimbingan dengan ilmu, strategi dan sistem yang terbukti berjaya.

Bahkan Nasi Briyani Hj Ali kini telah pecah tradisi menguasai Lembah Klang dengan pembukaan central kitchen di Sungai Buloh, Selangor. Kini orang di Lembah Klang sudah tak perlu ke Batu Pahat nak cari nasi briyani yang betul-betul padu dan sedap.

Nasi Briyani Hj Ali yang betul-betul power dalam masakan nasi briyani sudah boleh didapati di Lembah Klang.

Tidak berhenti di situ, Tuan Mohd Yusri juga merancang untuk melahirkan 100 jutawan di bawah Briyani Hj Ali Batu Pahat dalam tempoh 3 ke 5 tahun ini.

 

Artikel terbaru

4 Comments

  • Mohamed Fieruz b Othman

    Saya amat berminat Dan bersungguh-sungguh untuk membina kerjaya yang cemerlang bersama-sama dgn empayar Briyani Hj Ali 40 tahun….

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan membina kerjaya dan empayar yang cemerlang. Semoga bermanfaat.

  • Fairul

    restoran di batu pahat ada kerja kosong ke
    tuan

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment. Maaf, ini adalah diluar bidang kuasa kami. Sila hubungi pihak berkenaan untuk maklumat lanjut. Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Reply