Mommyzone : Bermula Sebagai Ejen, Kini Ada Brand Bisnes Sendiri

Mommyzone : Bermula Sebagai Ejen, Kini Ada Brand Bisnes Sendiri

Bermula dengan menjual produk orang lain, jadi ejen jual tudung & baju muslimah serta baju menyusu muslimah.

Founder Mommyzone, Puan Aishah Md Ali memang minat berniaga dan telah mula melakukan bisnes secara part time ketika bekerja sebagai penyelidik.

Tahun kedua bekerja, beliau melahirkan anak pertama dan terpaksa kerap cuti berikutan kesihatan bayi yang kurang baik pada awal bulan, kerap masuk hospital dan diri juga diuji dengan masalah kesihatan.

Kemudian beliau berhenti kerja dan dari situlah bermulanya serius menjalankan bisnes bagi mendapatkan pendapatan yang stabil untuk bayar komitmen kehidupan seperti kereta, barang anak-anak dan lain-lain.

Perjalanan Mommyzone:

Puan Aishah yang menjadi ejen baju menyusu muslimah dengan beliau sendiri pakai baju itu sebab menyusukan bayinya. Dalam masa sama dapat beli harga murah & jual kepada orang lain dengan nama kedai online Hafsah Collection.

“Pelanggan saya merupakan ibu menyusu dan ramai bertanya ada tak produk-produk penyusuan? Jadi timbul idea untuk jual peralatan penyusuan disebabkan ada banyak permintaan dari pelanggan-pelanggan baju menyusu tadi.

“Saya mula jual sikit-sikit pam susu, cooler beg, botol susu, warmer dengan bermula 1 dan ditambah kepada 2, 3, 4 brand. 2013, saya terpaksa berpindah ke luar negara namun saya masih meneruskan perniagaan secara online. Barang semua ada di rumah mertua,” katanya.

Dari satu bilik menyimpan barang, lama-lama barang bisnesnya sudah penuh pada 1 tingkat di rumah mertuanya.

Kemudian pada akhir 2017, keluarganya pindah ke Negeri Sembilan dan ambil keputusan untuk kembangkan bisnes secara serius. Beliau ambil keputusan untuk sertai MMM yang fokus mengenai marketing dan branding.

Beliau kemudian buat penjenamaan semula daripada Pamsusu Hafsah Collection kepada Mommyzone malah sudah berjaya di trademark.

Kepakaran beliau adalah membantu ibu bekerja mendapatkan pam susu & saiz corong yang sesuai supaya ibu dapat mengepam dgn bahagia & selesa seterusnya berjaya dalam penyusuan susu ibu sampai 2 tahun.

Pencapaian Mommyzone :

Kemudian Puan Aishah sertai bimbingan Elite X yang mana beliau mempelajari ilmu keusahaawanan terutama sales & marketing dalam Elite X. Pada tahun lalu, beliau ambil keputusan untuk sertai program mentoring SPIRE pada Mei 2020.

Keputusan untuk sertai SPIRE sebab sudah terbukti banyak result usahawan berjaya hingga mampu capai RM1 juta pertama. Beliau juga nak upgrade dan kembangkan Mommyzone ke peringkat lebih tinggi di samping menyertai program mentoring Titanium kelak.

Puan Aishah melalui Mommyzone berjaya mencapai jualan RM1 juta pertamanya pada 1 November 2020.

Banyak bezanya apabila seseorang mendapatkan bimbingan MenThor. Beliau mendapat tunjuk ajar, matlamat yang lebih besar, momentum untuk terus positif dapat dikekalkan dan tak sempat rasa down kerana circle yang betul.

Beliau sudah ada perancangan yang teratur dalam bisnes, bukannya hanya hentam dan ikut suka hati. Selain itu, bila berdepan banyak masalah tidak buntu kerana beliau dapat mencari jalan untuk mengatasinya. Saya boleh berkongsi dengan rakan usahawan lain yang boleh berikan pandangan dan sebagainya.

Perkara betul yang dilakukan untuk membina bisnesnya terdapat 4 perkara berikut :

  • MenThor & ilmu yg betul
  • Tindakan yang betul
  • Konsisten & persistent
  • Ada team yang supportive

Pesan Puan Aishah kepada usahawan di luar sana bahawa untuk membina bisnes mereka memerlukan ilmu yang betul dan MenThor yang dapat tunjuk ajar mereka.

Tapi itu saja tidak cukup jika tiada tindakan luar biasa, komited dan konsisten daripada usahawan itu. Mereka sanggup berkorban dan berani mengambil risiko bagi mencapai big why atau impian masing-masing.

Artikel terbaru

Leave a Reply