Laziz Patin : Dari Jualan RM10,000, Kini Mampu Capai RM140,000 Sebulan Dengan Ilmu & Bimbingan RichWorks

Laziz Patin : Dari Jualan RM10,000, Kini Mampu Capai RM140,000 Sebulan Dengan Ilmu & Bimbingan RichWorks

Bisnes Laziz Patin yang dimulakan pada 2016 kini mempunyai beberapa produk utama seperti Ikan Patin Segar, Ikan Patin Sejuk Beku, Pes Gulai Tempoyak dan Pes Pais Tempoyak ketika ini.

Terdahulu, bisnes ini diwarisi daripada ayahnya dengan ada hutang berjumlah RM250,000. Permulaan menguruskan bisnes itu menjadi tempoh paling sukar disebabkan tiada ilmu bisnes membuatkan beliau banyak langgar tembok.

Bukan saja kesilapan-kesilapan, bisnes yang dilakukan sebabkan beliau tidak cukup masa dengan 24 jam bekerja.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mega Laziz Food Industry Sdn Bhd (Laziz Patin), Tuan Saharuddin Ahmad memberitahu, perkara tersebut berjaya diubah apabila pergi belajar dan mendapatkan ilmu-ilmu keusahawanan dengan menyertai program-program anjuran RichWorks.

Bahkan Tuan Saharuddin kini sudah berada dalam SPIRE circle bagi terus mendapatkan bimbingan daripada RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi terus kembangkan bisnes lagi.

Kejayaan Laziz Patin

Alhamdulillah kini Tuan Saharuddin berjaya sewa kilang baru yang lebih besar, berjaya menyelesaikan hutang yang besar sebanyak RM250,000 yang ditanggung ketika ambil alih dan menguruskan bisnes itu.

Bahkan, kini beliau ada banyak masa dengan keluarga dan yang paling penting sebagai seorang anak adalah beliau berjaya membanggakan ayahnya.

Dari segi jualan, Laziz Patin ketika perbualaan hanya mencapai jualan RM10,000 namun pada tahun lalu saja jualan sebulan mampu capai RM140,000 sebulan.

Tuan Sahaduriddin telah banyak belajar ilmu keusahawanan bagi bina bisnes yang berjaya bersama RichWorks terutamanya soal ubah sikap dan diri sendiri dulu.

Terkini beliau target untuk tambah sangkar ikan patin bagi dapat memenuhi permintaan yang semakin hari semakin meningkat.

https://www.youtube.com/watch?v=vRxkMX14oO0&ab_channel=AzizanOsman

2 Comments

  • Saya pun nak. Skrg ini saya terpaksa bawa masuk susu kolustrum. Alhamdulillah saya jual sendiri setiap kali bawa masuk 30 kotak. Dlm 10hari dah habis. Modal tak byk. Duit tu saya pusing balek. Nak tau camne nak expand

    • Team RichWorks

      Wow bagus! Cik Puan mesti boleh capai jika betul- betul fokus. Boleh terus berhubung dengan Team Richworks jika ingin ilmu dan bimbingan untuk kembangkan perniagaan Cik Puan.

Leave a Reply

logo richwell