Katering Pilihan Selebriti Buka Rahsia Susahnya Berniaga Dengan Ibu Sendiri…

Mungkin ramai yang dah kenal dengan nama Suri Katering. Mereka ni dah lama berada dalam industri tapi tak ramai yang tahu kisah di sebalik nama yang menjadi sebutan di kalangan selebriti ni.

Korang patut baca ni sampai habis untuk tahu bagaimana bisnes legasi ni dapat bertahan sejak dari tahun 1989. Tak mudah ye gais. Banyak liku-liku yang dihadapi. Bisnes ini bermula dari seorang wanita kini diwarisi anaknya iaitu Tuan Ahmad Anas Mustafa Kameel, salah seorang ahli Titanium dari RichWorks.

Suri Catering ni asalnya mula ditubuhkan oleh Puan Sharifah Sharizad. Dia mula berniaga di rumah rakan-rakan dan seterusnya berkhidmat untuk majlis di jabatan-jabatan kerajaan dan korporat. Kesungguhan ibu ini memang tiada tandingan. Tapi sebenarnya anak-anaknya termasuk Anas menyimpan derita yang tidak tertanggung.

Setiap kali raya dia tidak dapat beraya dan bersalam-salaman bersama ibu sebab sibuk menguruskan katering raya. Bila nak beraya bersama dan nak bersalam-salaman memohon ampun maaf, ayah dia yang akan bawa mereka ke tempat ibu menguruskan katering. Sebab itu juga dia tak dapat keluar beraya macam orang lain. Walaupun begitu, kelengkapan hari raya tetap disediakan sebaiknya oleh ibu bapa.

“Dari kecil saya melihat kepayahan dan penat lelah ibu berusaha membangunkan perniagaan sehingga terpaksa menggadaikan masa bersama keluarga. Hati ibu mana yang tak sedih, hati anak mana yang tak pedih tapi demi kehidupan, kami terpaksa menerimanya. Dari situ timbul azam yang kuat dan nekad untuk membangunkan bisnes dan membantu ibunya bila dewasa kelak.”

Setelah tamatnya pengajian di UiTM pada tahun 2004, dia mula bekerja di Suri Catering sebagai supervisor. Tiada pengalaman bekerja, hanya berbekalkan segulung Diploma dia melangkah belajar menguruskan syarikat yang diamanahkan oleh ibu sendirian bersama kakak.

Hanya bergajikan tiga angka, dia belajar menguruskan syarikat dari semua aspek demi mengukuhkan syarikat ini. Bak kata orang, redah sahaja apa yang ada di depan mata.

Pada 2008, General Manager resigned dari Suri Catering jadi menyebabkan Anas dan kakaknya berbincang dengan ibu dan menyatakan hasrat nak menguruskan syarikat ini sendiri. Ibu bersetuju tapi lain pulak isu yang timbul. Ibunya tak beri sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menguruskan syarikat.

Dia banyak berselisih faham dengan ibunya. Banyak idea diberi tapi malangnya tak ada satu pun yang ibunya terima. Bukan tu jer, dia juga sering dimarahi dan tidak dipersetujui berikutan hal syarikat. Akibatnya dia berdendam dan membatasi pergaulan mesra bersama ibu terutamanya berkaitan dengan hal-hal syarikat. Aduhai…sebab kerja tiba-tiba hubungan ibu dengan anak jadi keruh. Sedih kan macam ni?

Ramai orang berpendapat, cabaran menguruskan perniagaan legasi ni lebih mudah daripada memulakan perniagaan dari bawah. Sejujurnya menguruskan perniagaan legasi juga mencabar dari sudut berbeza. Walaupun dia bekerja sebagai pengurus syarikat, dia memilih untuk bermula dari bawah bagi memahami struktur dan operasi syarikat yang lebih baik. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui untuk mengembangkan syarikat. Begitu juga bila berhadapan dengan ibu iaitu pengasas kepada syarikat ini dari pelbagai sudut.

“Kerana berasa rimas dan rasa terkongkong dalam membuat keputusan dalam syarikat, saya bersemuka dengan ibu. Saya bertanyakan apa yang sebenarnya dia mahukan dan harapkan dari saya dan kakak saya dalam menguruskan syarikat yang diasaskannya. Setelah ibu memberitahu kesemua yang dia mahu dan harapkan, saya memohon masa kepada ibu untuk saya dan kakak saya buktikan kepadanya.”

Alhamdulillah, mereka berjaya meningkatkan sales dan mendapatkan beberapa kontrak kerajaan. Ibu mereka berasa lebih yakin dan mula mempercayai mereka menguruskan syarikat.

Perkhidmatan katering telah berkembang kepada Event Management. SCES terus berkembang maju. Berkat usaha, syarikat masih berkembang dan maju ke hadapan. Banyak majlis dimonopoli oleh Suri Catering di jabatan-jabatan kerajaan, korporat serta majlis perkahwinan. Sales Suri Catering mencecah sehingga RM3 juta pada waktu itu. Sales yang bagus inilah yang membuatkan dia selesa di zon selamat.

Malangnya pada tahun 2014 ke 2016, SCES mula merundum. Banyak pesaing telah muncul di pasaran dan berlaku peperangan harga. Akibat terlalu selesa berada di “comfort zone”, saya mula merasakan bahang kejatuhan syarikat. Pelbagai cara dilakukan untuk menaikkan kembali sales syarikat. Dia telah berkolaborasi bersama seseorang untuk membuat sebuah dewan untuk menaikkan syarikat, projek membekalkan makanan tapi GAGAL!

“Pada saat itu saya merasakan “sudah jatuh ditimpa tangga”. Saya hilang arah malah berputus asa. Hutang dengan pembekal tidak dapat dibayar. Beberapa pekerja terpaksa diberhentikan kerana tidak mampu untuk bayar gaji hingga merasakan syarikat harus dijual.”

“Pada saat itu juga dendam lama terhadap ibu membuak kembali. Sekiranya ibu tidak menghalang saya menjalankan idea-idea perniagaan saya dahulu, sudah tentu perkara buruk yang terjadi tidak akan berlaku.”

Tahun 2017 mengubah hidupnya. Dipaksa oleh kakaknya untuk mengikuti program IMKK Oktober 2017. Sebetulnya dia berat hati untuk mengikuti program sebegini atas sebab ego. Tapi lain pulak jadinya. Dia terjatuh hati kerana program ni mengubah dia di setiap sudut. Bukan hanya dari segi perniagaan malah juga diri saya sendiri. Masa ni juga dia mula sedar betapa pentingnya mengubah diri, hubungan bersama tuhan dan ibu yang merupakan keramat hidup saya dunia akhirat.

“Dendam saya terhadap ibu sekian tahun telah saya buang selepas menghadiri IMKK. Saya sedar keberkatan dalam mencari rezeki amat penting menjaga hubungan dengan ibu. Hubungan ini yang merupakan kunci kejayaan di setiap apa yang kita lakukan di dunia dan akhirat.”

Bagi menuntut ilmu yang lebih baik, dia turut mengikuti program MMM Oktober 2017 dan mohon untuk program Titanium Circle. Program RichWorks juga membuka peluang ilmu yang luas buat saya dari segi struktur syarikat, cashflow, marketing strategy, kepimpinan, teamwork dan sebagainya.

“Baru saya sedar banyak saya tak tahu perkara yang saya tak tahu. Saya sedar Mentor amat penting dalam membantu kita terus berada di jalan yang betul serta struktur syarikat yang lebih teratur.”

Banyak perubahan yang berlaku di dalam perniagaan setelah dia berada dalam Titanium Circle. Struktur pentadbiran dan strategy pemasaran lebih teratur dan jelas. Mission dan vision syarikat juga jelas. Hala tuju syarikat untuk 10 tahun akan datang telah saya nampak dan telah disusun dari sekarang.

Kini brand Suri Catering & Event Services lebih dikenali umum terutama di kalangan VVIPAhli Politik malah selebriti. Brand dan services mereka juga dipercayai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed sendiri malah Suri Catering menjadi pilihan utama beliau bagi majlis majlis rasmi dan majlis peribadi. Suri Catering juga menjadi pilihan penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza yang mana hampir setiap minggu akan mengambil perkhidmatan catering dari Suri Catering.

Tahun lepas, pada 2019 SCES berjaya capai jualan sebanyak RM5.9 juta berbanding RM4.9 juta pada 2018.

WOW!! Awesome kan? Korang nak tak bisnes korang dikenali oleh orang-orang kenamaan? Ambil peluang untuk do better pada bisnes korang.

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Artikel terbaru

Leave a Reply