Founder BILISS : ”Saya mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam peti sejuk sahaja iaitu ikan bilis”

Founder BILIS mulakan bisnes

Begitulah bermulanya bisnes dijalankan seorang suri rumah sepenuh masa yang sudah menjadi Founder Biliss Rich, Puan Siti Fatimah pada September 2020. Mungkin pada mulanya takut untuk bermula, namun selepas sertai program RichWorks – Zero To Million beliau terus mulakan tindakan.

“Bila saya teringat Datuk Wira Dr Azizan Osman cakap, mulakan apa di tangan kita. Itulah permulaannya.

“Saya buka peti ais dan rasa macam nak buat apa dengan ikan bilis ini. Saya pegang ikan bilis dan teringat kata Datuk Wira – kalau kita sudah timbunyal idea, tak boleh tunggu lama dan terus buat. Saya mulakan tindakan,” katanya dalam sesi temu bual Result Matters baru-baru ini.

Tambahnya, kemudian beliau goreng ikan bilis itu dan rasa namun macam tak boleh makan mungkin sebab tak ada perisa.

“Dari situ timbul idea untuk saya untuk ‘blender’ telur masin dan dari situlah tercetusnya snek ikan bilis salted egg,” ujarnya lagi.

Malah beliau mulakan modal bisnesnya hanya dalam RM20 saja. Beliau gunakan sebaiknya ilmu diperolehi dalam Zero To Million yang diperolehi secara percuma.

Tidak kira ilmu itu percuma atau berbayar, paling penting bagi Puan Siti adalah perlunya tindakan dan jelas kepada apa yang kita nak. Bagaimanapun, pada mulanya suaminya seperti tidak percaya bahawa bisnes snek ikan bilisnya boleh berjaya,

Namun, beliau tekad dan melakukan suaminya sendiri pada mulanya dengan mendapatkan feedback dulu melalui beri orang rasa sebelum mula memasarkannya. Daripada memberi orang cuba saja, beliau sudah mula mendapatkan dropship dan ejen kepada snek yang belum dipasarkan lagi ketika itu.

Selepas itu, benda betul dilakukan beliau adalah melakukan live. Bagi Puan Siti, perlunya bina personal branding seperti diajar Datuk Wira bagi orang kenal dan kepercayaan orang kepada bisnes itu.

Dalam pada itu, beliau juga berasa takut ketika memulakan bisnes pada peringkat permulaan. Cabaran-cabaran tetap ada yang perlu ditempuhi, namun Puan Siti tetap komited dan teruskan meskipun ada orang yang tak suka.

“Ketakutan saya adalah saya takut rugi sebab saya tak ada duit ketika itu dan saya takut suami marah kalau saya rugi dan gagal…”

“Kenapa saya tetap mula sebab saya nak buktikan pada suami yang saya bukan hanya tahu minta duit dan habiskan duit sahaja, saya juga boleh jana duit sendiri,” jelasnya.

Pesan Puan Siti bagi usahawan, mereka perlu ada MenThor yang betul dan terbukti dapat bimbing mereka capai kejayaan di samping terus lakukan tindakan tanpa bertangguh-tangguh lagi.

Cari ilmu dan bertindak menghasilkan Biliss

Program pertama yang Puan Siti mula hadiri adalah Program Nak Ubah Hidup 2020 dan seterusnya sesi Zero To Million.

Sesi ini membuka fikiran dan jalan untuk Puan Siti Fatimah bermula dengan menarik pelanggan dan buat sales hari-hari. Terus fokus dan konsisten menggunakan apa ilmu marketing yang dipelajari, kini beliau berada dalam Richworks Mentorship SPIRE. Sales beliau pada bulan Mac lalu sudah pun mencecah RM115,000, malah terkini sudah cecah RM300,000.

Bayangkan, hanya beberapa bulan saja beliau sudah berjaya capai jualan bukan saja puluhan ribu malah ratusan ribu ketika ini. Siapa di sini yang mahu berjaya seperti Siti Fatimah dan ramai lagi usahawan-usahawan berjaya?

Anda juga mampu lakukannya meskipun ketika pandemik masa ini.

Artikel terbaru

19 Comments

  • Endewara B. Mansor

    Sy endywara first syukur alhamdullilah 🤲 pd Allah gerak kn hati ambik ilmu pd Dr azizan & team dgn bmula Dsp.. sy ambik tindakn ilmu ttp kena cari Tq 4 all.. Team Richwork 🤲🤲💯💲

  • alhamdulillah tahniah atas kejayaan Business Biliss. Saya juga menjalan kan perniagaan sebagai seorang consultan takaful, sehingga sekarang telah ada Kumpulan Sendiri. Soalan saya bagaimana sy nak naik kan production jualan dan aktiviti , miliki agen yg ramai. Apa yg perlu saya lakukan.

    • Team RichWorks

      Kami cuba bantu. Boleh tinggalkan no telefon untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai : )

  • MashaaAllah..
    saya setuju bila kita sang isteri ada keinginan maju dalam hidup tapi kita diuji daripada pasangan kita yang tidak akan support kita…
    Rasa down tu memang kuat! Mana mungkin sebelah sayap aje boleh terbang .

    • Team RichWorks

      Usahawan yang bijak, pandai mengambil hati. Show results. Lakukan yang terbaik dan buktikan pada mereka mengapa anda lakukan dan untuk siapa.

  • RESTY ARROGANCIA AGPALO

    Terina Kasih

  • Zahurin bt Md Zain

    Sharing yang sangat menginspirasikan. Saya sangat teruja. Nak jadi agen boleh?

  • Sha

    Saya nak join class marketing macam puan fatimah .. Saya baru nak bermula bisnes

    • Team RichWorks

      Boleh Cik Puan. Boleh tinggalkan no telefon untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai : )

  • Bagaimana nak jadi agent bilis?

  • AMRAN BIN ABU BAKAR

    Sy ada niat nak buat bisnes dropship tp x tau mcm mana nak mulakan …. sy nak ada duit lbh.. biarlah belajar tak pandai @ kelaut janji ada duit utk diri sendiri dan bantu orang yang kita sayang.. 0177160159

  • Saya teringin nak ade brand dan keluarkan product sendiri..tapi saya x tahu camne cara nak mule kan bisness dan nak start dari mana.. sebelum ni sy just part time dr rumah mengambil tempahan kuih sahaja ..sebab saya seorang ibu yang bekerja sepenuh masa..tapi tahun ni saya sudah pasang niat untuk berhenti kerja untuk menjaga anak2 akan tetapi saya perlu ada satu income lain untuk saya survive. saya ingin cuba kuorkan product saya sendiri. Product yang saya plan nak buat ni sudah terdapat dalam pasaran.. camne sy nak mula ya..boleh bantu saya 016-9101264

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian puan. Kami akan berikan kepada pegawai bertugas dan mereka akan lakukan tindakan selanjutnya. Semoga dipermudahkan urusan dan dapat capai matlamat akan datang.

  • Anton Nazeem

    Assalamualaikum pn. Sy ada sebuah kelong (tangkap ikan bilis) dan seterusnya proses pengeringan di Kg Inderasabah Tawau, Sabah. Setakat ni sy jual dalam kalangan setempat sahaja. Bagaimana sy hendak kembangkan bisness saya lagi. Mohon bantuan.

Leave a Reply