Eng’s Popcorn : Berusia 23 Tahun, Sudah Miliki Kilang Dengan Jualan RM8 Juta Pada 2020

Eng's Popcorn : Berusia 23 Tahun, Sudah Miliki Kilang Dengan Jualan RM8 Juta Pada 2020

Kejayaan tak mengenal usia. Ketika berusia 23 tahun pada tahun ini, Founder Eng’s Popcorn, Tuan Mohamad Shazarul Ismail sudah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit.

Apatah lagi, pada tahun yang sangat mencabar iaitu 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan, Eng’s Popcorn mencapai jualan sehingga RM8 juta. Bukan itu saja, pada usia semuda itu, beliau telah berjaya memiliki kilang dan kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG.

Mungkin yang tak mengenali beliau ada terfikir mesti beliau ini anak orang kaya, bolehlah jadi Founder sampai bisnes juta-juta. Betul tak?

Kisah Perjalanan Founder Eng’s Popcorn

Tuan Mohamad Shazarul Ismail merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan bapanya seorang penyabit kelapa dan mak suri rumah.
Pada 2016, beliau hanya budak pasar dengan kerjanya mengupas bawang dari awal pagi sebelum Subuh lagi dan bantu uruskan kedai pak cik untuk bantu keluarga selepas pemergian arwah ayah.

Beliau beliau belajar bagaimana uruskan kedai, ketahui budaya bagaimana orang berniaga di pasar. Kutukan dan hinaan orang sebagai budak pasar yang tiada masa depan sudah menjadi biasa.

Beliau kuat untuk mencari rezeki demi keluarga dan mak walaupun dengan situasi sedemikian. Bagaimanapun, semua ini mula berubah selepas beliau sertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Daripada niat hanya untuk teman kakak, beliau menerima impak besar kepada dirinya hingga berjaya buang semua perasaan negatif ketika itu. Apa yang paling penting beliau mula sedar dan dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT.

“Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya tentang bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan.”

Pada masa itulah, popcorn menjadi pilihan kerana itulah produk yang beliau pandai masak. Beliau kemudian berniaga popcorn sambil menaik taraf diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan seperti program MMM.

Popcorn juga telah dijenamakan sebagai Eng’s Popcorn. Nama itu buat anda yang tak tahu berasal daripada moyangnya yang keturunan Cina yang tak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail dan hanya sebut Engs!

“Nama Eng’s Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah saya , ketika dia hidup saya tak dapat balas jasa dia”

Tuan Mohamad Shazarul Ismail

Kemudian pada 2019, beliau yang berusia 20 tahun konsisten belajar dengan RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman hingga memohon ke dalam Program Mentoring Titanium.

d“Pada masa itu, saya rasa confirm kena reject sebab rasa tak matang dan muda sangat, takut tak terima , tapi hati keras, berani jugak cuba apply dapat tak dapat itu nombor 10, janji saya nak belajar lagi dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.”

Tapi dengan kelayakannya, beliau diterima memasuki Titanium Circle. Daripada situ, beliau telah berjaya capai RM2.9 juta pada 2019.

Malah pada tahun lalu, beliau masih dibimbing dan berada dalam Titanium Circle yang banyak mengubah hidupnya bahkan hidup ramai orang di luar sana. Lebih 1,500 orang ejen telah dibantu di bawah Eng’s Popcorn dengan menjana pendapatan mereka.

“Saya bersyukur sangat asbab Allah gerakkan saya berjumpa dengan orang yang betul (Dr Azizan) untuk bantu saya ubah hidup diri dan keluarga.”

“Kalau tak ada Dr Azizan, saya mungkin seorang budak pasar sampai sekarang. Terima kasih untuk Dr Azizan sebab bagi sinar cahaya dalam hidup saya,” luahnya.

Tuan Mohamad Shazarul Ismail
https://www.youtube.com/watch?v=r-4ljSTfx_A&ab_channel=AzizanOsman

Siapa kata anak muda tak boleh bina bisnes yang berjaya? Bukan daripada keluarga bangsawan, hanya bermula sebagai budak pasar, kopek bawang dari pukul 4 pagi sehingga ke petang, uruskan kedai pun boleh mengubah hidup beliau.

Kini beliau walaupun hanya berusia 23 tahun, sudah mempunyai bisnes yang berjaya malah dapat bantu orang lain mendapatkan pekerjaan bagi menjana pendapatan masing-masing.

Tidakkah anda di luar sana mahu menjadi seperti beliau? Pilihan ini terletak di tangan anda!

Artikel terbaru

2 Comments

  • Saya bersyukur kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman dan atas izin Allah bertemu orang yang bermanfaat ilmu untuk bantu saya dan ubah hidup diri dan keluarga kalau tak ada Dr Azizan . saya munkin seorang menjalankan tugas saya . terima kasih untuk Dr Azizan sebab bagi sini cahaya dalam hidup saya luahnya

Leave a Reply