Dari Berkerjaya Jadi Suri Rumah, Puan Carol Nekad Berniaga Jana Pendapatan Bantu Keluarga

Sebelum menjadi Master Stokis Cellglow, Tan Hwi Ling atau lebih dikenali sebagai Puan Carol merupakan seorang bekas jururawat. Beliau terpaksa tinggalkan kerjaya sebagai jururawat untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selepas kejadian yang menimpa ibu mertuanya. Ibu mertua beliau terjatuh dan patah kedua-dua kaki menyebabkan tiada sesiapa dapat menjaga anak Puan Carol.

Demi tanggungjawab dalam keluarga dan anak, Puan Carol tinggalkan kerjaya sebagai seorang jururawat walaupun pada awalnya ramai yang tidak sependapat dengan beliau. Bayangkan sudah ada income tetap, tetapi masih memilih untuk tinggalkan pekerjaan itu.

Sebagai seorang suri rumah merupakan satu cabaran baru untuk Puan Carol apabila beliau sendiri terpaksa meminjam duit kepada suami kerana tidak mempunyai kewangan sendiri. Bahkan situasi itu menyebabkan beliau rasa tidak mempunyai ‘life’ sendiri.

Walaupun suaminya bekerja tapi hidupnya masih lagi cukup-cukup makan sekadar cukup tampung keperluan hidup tapi bukan kemahuan yang di inginkan.

“Saya rasa itu bukan kehidupan yang saya nak dan saya rasa saya tak boleh hidup macam itu, saya nak tolong husband juga,” ujarnya.

Nekad dengan keputusan yang beliau ambil, Puan Carol mula buat bisnes sendiri (Produk Sabun) secara online.

Puan Carol nak ada financial sendiri serta tidak mahu lagi minta duit dekat suami merupakan big why mengapa beliau mula berbisnes. Bukan itu sahaja, Puan Carol juga tidak mahu ibunya risau memikirkan nasib anaknya yang kini tidak mempunyai kewangan yang tetap untuk teruskan kehidupan sekiranya apa-apa situasi yang tak dijangka berlaku.

“Saya nak mak nampak, walaupun saya housewife saja, tapi saya boleh buat bisnes dari rumah, saya boleh jaga anak dan dapat merasai kebebasan kewangan dalam bisnes,” ujarnya.

Kemudian itu beliau mula berniaga sebagai agen Cellglo sehinggalah sekarang telah pun berjaya menjadi Master Stokis kepada produk tersebut. Menjadi Master Stokis pun bukan satu perkara yang mudah.

“Dulu fikir big why untuk diri sendiri, kini fikir big why untuk pekerja sendiri.’ ujarnya.

Journey Puan Carol bersama RichWorks

Sebelum mempunyai pekerja dan team, beliau nekad untuk hadir ke RichWork untuk dapatkan ilmu bisnes yang betul. Puan Carol hadir ke Millionaire Marketing Mastery (MMM) untuk belajar ilmu marketing bahkan beliau juga pernah melaburkan duit sebanyak RM60 untuk hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) walaupun ketika itu terpaksa duduk di tempat duduk belakang.

“Di situlah tempat saya start my journey, building my dreams and my business. Saya lihat kenapa orang jual popcorn boleh capai juta-juta macam itu,” ujarnya yang menyaksikan sendiri kisah kejayaan orang lain.

Pada November 2019, beliau nekad untuk ambil pekerja dan mendaftar untuk dapatkan bimbingan di bawah Mentorship SPIRE! Kini apa yang beliau berjaya buat betul apabila belajar untuk buat LIVE dan telah pun berjaya konsisten selama 2 tahun setengah tanpa henti. Puan Carol juga berjaya ubah mindset dan jadikannya lebih besar.

“Dulu saya tiada impian, kehidupan selalu up and down, tapi kini bila ada circle, ada galakan daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang selalu bagi kata-kata semangat dapat mengajar cara kita berfikir bukan sahaja dalam bisnes bahkan kerohanian dalam kehidupan,” jelasnya.

Hasil usaha bersama ilmu dan bimbingan RichWorks, Puan Carol kini berjaya mempunyai syarikat sendiri dan juga mempunyai pekerja tetap. Beliau juga berjaya bina visi dan misi dalam bisnes hasil menuntut ilmu bisnes yang betul. Kini Puan Carol mampu bantu keluarga dan beri duit kepada mak dan ayahnya.

Bukan itu sahaja, pencapaian jualan sales bisnes Puan Carol pada 2019 sebanyak RM847,000 meningkat kepada RM2.7 juta meskipun ketika pandemik yang melanda pada tahun lalu. Kini Puan Carol sudah pun berjaya menjadi salah seorang ahli Titanium di RichWorks.

Artikel terbaru

Leave a Reply