Sedar Perlunya MenThor, Puan Nurmah Kini Dibimbing Bagi Bina Empayar Cendekiawan Educare

Sedar Perlunya MenThor, Puan Nurmah Kini Dibimbing Bagi Bina Empayar Cendekiawan Educare

Ketika mulakan bisnes pada 2001, 3 tahun pertama itu merupakan tempoh yang sangat mencabar buat usahawan wanita ini.

Founder Cendekiawan Educare, Puan Nurmah Ibrahim berkata, tempoh sangat mencabar tersebut berlaku kerana tiada ilmu menyebabkan banyak trial & error dan kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Katanya lagi, ketika itu baru beliau tahu bahawa untuk menjalankan bisnes secara realitinya tidak sama seperti perancangan yang dibuat sebelum itu.

Pastinya ada cabaran-cabaran yang tak diketahui dan di luar jangka ketika menjalankan operasi. Apa yang dilakukan hanya main redah saja. Sebelum berbisnes, beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang sudah berkhidmat selama 12 tahun.

Meskipun susah, beliau tetap teruskan hingga pelajar makin bertambah dan ada 6 cawangan namun langit tidak selalu cerah.

Perjalanan dan cabaran Cendekiawan Educare

Cabaran bermula pada 2016 apabila Puan Nurmah berasa selesa, ego bahawa bisnes dilihat sudah berjaya dengan staf yang semakin ramai.

“Tak pedulikan pelanggan, tak ada minta feedback servis yang diberikan dan tak pernah ambil tahu tentang pasaran dan pesaing kita,” jelasnya.

Sehubungan itu, pada penghujung 2017, jualannya mula jatuh dan mula rasa bimbang dan fikir apa yang boleh dibuat untuk menangani masalah ini.

Beliau lupa dan tak sedar kedai upgrade ilmunya dalam bisnes. Tak pernah lihat apa benda betul dilakukan hingga jualan semakin jatuh dari tahun ke tahun.

Bagaimanapun, perubahan dapat dilihat selepas beliau kenal RichWorks pada penghujung bulan Mac 2020 ketika PKP tahun lalu.

Beliau sedar perlukan MenThor untuk bimbing bisnesnya dapat bertahan malah berkembang walaupun dalam tempoh sukar ekoran pandemik disamping kegawatan ekonomi.

Selepas ikuti program RichWorks, Puan Normah ambil keputusan untuk sertai Program Mentoring SPIRE. Di sini banyak perkara dipelajari malah terlebih bagi seseorang usahawan hingga tak terkejar.

Disamping itu, circle yang bersemangat dengan results dan wins mereka membuatkan beliau juga ‘terbakar’. Namun beliau rasa, perlu dapatkan bimbingan lebih dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan berjaya sertai Titanium pada 5 November tahu lalu.

Meskipun 2020 menjadi tahun sukar buat usahawa dengan saksikan pada mulanya sektor ekonomi ditutup kecuali sektor essential, jualan beliau berjaya cecah RM1.8 juta. Ketika ini, Cendekiawan Educare menjalankan perkhidmatan tadika penjagaan kanak-kanak seawal 3 bulan sehingga 6 tahun dengan pembelajaran berkonsepkan ‘Fun & Play’.

 

https://www.youtube.com/watch?v=Su3D_plvCGM&ab_channel=AzizanOsman

Artikel terbaru

Leave a Reply