Betty’s Kitchen : Main Redah Saja, Ingatkan Selebriti Mudah Buat Bisnes Sebab Ada Followers

  • Selepas mendapatkan ilmu dan bimbingan jualan Betty Rahmad meningkat naik

“Saya percaya ramai usahawan seperti saya sebelum menyertai program RichWorks,” kata selebriti, Puan Betty Rahmad. Beliau yang kini merupakan Founder Betty’s Kitchen mengeluarkan produk sambal dan terbarunya gulai pes.

Menurutnya, beliau memang berminat kepada bisnes sebabnya mahu kehidupan yang berlainan sebagai selebriti seperti kakaknya Erma Fatimah, Umie Aida yang ada ketikanya, masa tak menentu dan agak sibuk ketika penggambaran.

Jadi beliau berfikir adakah nak berada dalam keadaan sebegitu dan memilih untuk menjalankan bisnes.

Perjalanan Bisnes Betty

Founder Betty's Kitchen

Sebelum ini, bermacam-macam bisnes pernah dilakukannya. Bisnes pertamanya adalah butik cafe namun selepas 2 tahun ditutup. Kemudian buka lagi sekali butik namun tutup juga selepas 2 tahun. Tidak berhenti di situ, beliau ada buat event, jual cookies dan sebagainya namun semuanya tak dapat bertahan.

“Alhamdulillah, apa yang saya buat (bisnes) orang akan tertarik dan viral, tapi saya ada masalah untuk sustain bisnes itu sebab saya tak pernah belajar bisnes tak ada ilmu (bisnes) apa-apa,” jelasnya.

Dulu, beliau fikirkan buat bisnes ini hanya perlukan modal, kemudian jual dan beli kepada pelanggan-pelanggan.

Puan Betty tidak berputus asa dalam bisnes, beliau kemudian  membuka cafe dengan berkongsi dengan 2 lagi partner. Selama 2 tahun, dari satu kedai menjadi 3 kedai namun beliau menarik diri daripada bisnes itu tanpa mengambil apa-apa keuntungan yang disimpan dalam bisnes sekitar RM80,000 ekoran berlakunya perselisihan dengan salah seorang partner.

Pada waktu itu, beliau mula berfikir di mana kesilapan yang dilakukan dalam membina bisnes. Adakah sudah ditakdirkan bisnes memang bukan bagi dirinya?

“Kenapa apa aku buat semua sekejap-sekejap, apa silapnya, kenapa I dilayan macam itu dalam bisnes itu sedangkan sudah menyumbang banyak. Benda itu buat I jadi geram, marah dan sedih. 

“Apa aku nak buat ini, aku tak ada apa-apa ini, fikir-fikir sebelum pergi holiday I bawa sambal. Masa travel itu semua suka dengan ‘Sambal Gila’ (produk pertama Betty’s) dan buat keputusan untuk jual,” ujarnya.

Produk sambail keluaran Betty's Kitchen
Produk sambal

Bermula dari situ semuanya dilakukan sendiri, beliaulah reply mesej, email, bungkus, uruskan ejen bagi produk sambal itu selama 3 tahun. Namun hasilnya tak berapa nampak sangat.

Puan Betty ambil keputusan untuk menyertai program RichWorks pertamanya – Zero To Million (ZTM) secara online saja ketika PKP 1.0 selama 3 hari. 

“Impak ZTM itu, rasa seperti disimbah air panas. Apa ke benda yang aku buat selama ini, bisnes apa yang aku buat sebab I main redah saja,” katanya.

Jelasnya beliau percaya ramai orang menghadapi keadaan seperti beliau terutama selebriti dan artis ke apa, sebab rasa orang sudah kenal dan ada followers buatkan senanglah nak menjual apa-apa orang akan beli. Itulah kesilapannya kerana tanpa ada ilmu dan guide daripada MenThor, bisnes yang dijalankan memang itu takkan ke mana.

Seterusnya, Puan Betty buat keputusan untuk daftar Program Mentoring SPIRE. Alhamdulillah sales beliau mula naik hinggakan masalah lain pula timbul disebabkan tak cukup stok sambal.

Beliau kemudian dapat menempuh PKP 1.0 bersama-sama RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang bimbingnya hingga berjaya mencatatkan pencapaian lebih baik lagi. Dalam masa beberapa bulan, Puan Betty sudah berjaya upgrade ke TITANIUM circle pada Ogos agar dapat bimbingan lebih dekat bersama MenThor.

“Saya tahu sudah berada pada landasan yang betul, banyak saya belajar dalam Titam dan circles. Bukan hanya pasal bisnes, pasal akhirat juga so sebenarnya setiap kali kita buat bisnes selalu tersasar , lari fokus  tapi dalam circle yang betul susah nak terlari.

“I total change my circle dan persekitaran saya. Sekarang sudah tak lepak sangat dan fokus bersama RichWorks dan kawan dengan Titan (usahawan jutawan) lain,” katanya.

Ketika bimbingan secara dekat, beliau ikut saja dan trust the process untuk mendapatkan ilmu bisnes yang betul-betul terbukti dan berkesan disertakan tindakan.

Pencapaian Betty’s Kitchen

Bisnes yang dijalankan Puan Betty berjaya capai RM1 juta pertamanya pada bulan Oktober 2020 selepas mendapatkan bimbingan bersama MenThor dalam beberapa bulan saja. Sepanjang tahun lalu, beliau mencapai RM1.4 juta berbanding sekitar RM820,000 pada 2019 sebelum mendapatkan bimbingan.

Setakat Februari 2021, jualannya sudah pun mencapai RM237,000.

Tambah beliau, pertama sekali yang perlu dibetulkan bagi dirinya adalah mindset. Kemudian belajar soal leadership untuk mampu membina team dengan kini sudah mempunyai 5 staf berbanding sebelum ini..

Beliau juga sarankan kepada orang di luar sana perlunya belajar dapatkan ilmu dulu dalam bisnes. Bisnes juga perlukan guru, usah main redah saja seperti dilakukan Puan Betty sebelum ini.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply