BEKAS KERANI SEKOLAH JUAL PEKASAM DAGING MAMPU BUAT JUALAN LEBIH RM1 JUTA!

Bermula dari tengok video Datuk Wira Dr Azizan Osman sahaja bekas kerani ini dah mula berniaga dan dapat idea nak berniaga pekasam daging.  Beliau kata dalam video itu cakap, “Kalau nak berbisnes, mulakan dengan apa yang ada di tangan”….

Dan ketika beliau tonton video tu, apa yang ada ditangan beliau adalah Pekasam Daging yang beliau tengah makan. Kebetulan beliau tahu buat pekasam daging. Jadi beliau pun buat beberapa pek untuk cuba-cuba nak tanya ada tak kawan-kawan yang nak beli!

Itulah bagaimana wujudnya bisnes Pekasam Daging Hakak Maneh. Dipendekkan cerita, pemilik produk ini Balkis Mohd Soib ini bermula dengan 50 pek. Bukan sahaja habis dijual tapi tidak cukup! 

Dan bermulalah beliau buat dan menjual pekasam daging sambil belajar melalui video-video percuma MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman sebelum buat keputusan hadir ke program RichWorks seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang banyak membantu berikannya ilmu dan strategi untuk melonjakkan jualan sampai cecah RM80,000 sebulan.

Balkis sebenarnya nak mulakan bisnes berbisnes sejak 2 tahun lepas, setelah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori asyik kemalangan akibat tertidui ketika memandu hingga patah-patah tulang. Keadaan ini menyebabkan beliau sangat sedih dan beliau nak ubah hidup beliau serta beliau nak suami beliau ada pendapatan lain tidak perlu memandu lori lagi!

Sekitar November 2018, beliau telah berjhenti daripada kerjaya seorang untuk fokus sepenuh masa kepada bisnes pekasam daging. Bukan itu saja, perkara paling penting yang Balkis dapat capai selepas dah ada bisnes sendiri adalah dapat bantu suaminya yang dulu bekerja teruk sebagai pemandu lori sehingga banyak kali kemalangan akibat keletihan.

Sekarang, Alhamdulillah dengan bisnes yang dah makin naik. Beliau juga sudah boleh lantik suaminya sebagai pengurus kilang pekasam daging mereka. Tambah beliau, bila mak ayah minta apa saja, mereka boleh tunaikan, dah tidak perlu fikir alasan apa nak beri seperti masa tidak ada duit dulu-dulu.

Sekarang, Balkis juga sudah menjadi ahli Titanium RIchWorks dan berMenThorkan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Dan, pada penghujung tahun 2019, di saat bisnes lain buat jualan murah untuk habis stok, tanpa diduga beliau keluar produk baru iaitu Daging Salai. Lebih mengejutkan, ketika itu jualan untuk daging salai belum keluar sudah terjual RM34 ribu lebih. Pada 2018, jualan produk beliau adalah RM402 ribu, kemudian meningkat sebanyak 210.48% kepada RM1.5 juta pada 2019.

Artikel terbaru

Leave a Reply